Samirah Muzaffar, 44, dan dua remaja yang masing-masing berusia 14 dan 16 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan.
Pengakuan tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ab Hakim Ab Rahman. Harian Metro melaporkan, Samirah yang juga balu kepada mangsa dari dalam kandang tertuduh berkata, “saya tidak bersalah.. saya tidak buat.” Mengikut kertas pertuduhan, tiga individu itu didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, warga Indonesia dengan niat bersama melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Nazrin, 47, di kediamannya di Mutiara Homes di Petaling Jaya, antara 11.30 malam, 13 Jun 2018 dan 4 pagi, 14 Jun 2018.
Mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan. Tiada jaminan diberikan kepada Samirah dan dua remaja lelaki itu. Ahli keluarga Samirah dan dua remaja itu termasuk bapa tertuduh yang juga penganalisis politik terkenal, Dr Chandra Muzaffar yang berkerusi roda turut kelihatan di galeri awam. -CARI
|
5
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
2
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sharlenetexas: Dah tu sape yang panah memanah dalam rumah? Takkan maid kot?
gujiwa replied at 12-3-2019 01:12 PM
bace kat twitter.. ank die kena penderaan seksual..
tapi mahkamah tak boleh la nak terima aduan te ...
gujiwa: bace kat twitter.. ank die kena penderaan seksual.. tapi mahkamah tak boleh la nak terima aduan tersebut.. ntah kenapa iols plak rasa alasan penderaan ...
Ferr_Remy replied at 12-3-2019 01:21 PM
penderaan seksual kt tmpt diorg ditahan ketika ni
gujiwa replied at 12-3-2019 01:23 PM
oooooo iols bace sekali imbas.. je.. so sbb tu dia letak kat tempat adik beradik dia ye..
ADVERTISEMENT