Hanya dengan perkataan "relaks" yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al - Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah mampu membuatkan seluruh isi Dewan Rakyat riuh rendah buat seketika. Suasana dewan yang agak panas dan tegang pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Ke-14 semalam bertukar menjadi ceria dengan seloroh daripada Seri Paduka Baginda. Selaku ketua Negara, Baginda bukan sahaja bijak dalam pemerintahan bahkan pandai mengawal emosi Dewan Rakyat dengan memberikan aksi-aksi spontan yang dapat menggamatkan seluruh suasana dewan.
Tidak cukup dengan titah yang berbaur lucu, Seri Paduka juga turut berseloroh menyamakan umurnya dengan sambutan ulang tahun Parlimen yang ke - 60 tahun. Aksi spontan daripada Seri Paduka mendapat reaksi meriah daripada ahli-ahli Yang Berhormat yang kelihatan memberikan tepukan dan ada yang turut bersorak menepuk meja untuk menambah lagi keriuhan. Jika sebelum ini, kita dihangatkan dengan titah "sila duduk, dan jangan lari" oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, kini titah "relaks" daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah pula bakal digunapakai oleh para netizen. Begitulah ibaratnya perkataan biasa tetapi diucapkan oleh insan yang istimewa pasti menjadi luar biasa. Semoga suasana harmoni yang dapat dilihat pada majlis pembukaan Parlimen ini berterusan serta rakyat Malaysia hidup aman damai di bawah naungan kasih Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah. Daulat Tuanku! - CARI
|
4
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
3
Sedih |
5
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT