Sudah lama kita tidak mendengar berita mengenai Wak Doyok sejak dua menjak ini. Seakan tenggelam dalam industri hiburan, baru-baru ini telah menghebahkan bahawa kisah hidup beliau bakal difilemkan oleh sebuah produksi Indonesia.
Bertuah sungguh Wak Doyok ya, apabila rata rata undian masyarakat Indonesia lebih memilih kisah hidup beliau berbanding Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Amy Search. Menurutnya lagi, dia benar - benar tidak menjangka mengenai pemilihan tersebut kerana bersaing dengan dua nama yang sangat besar. Namanya meraih undian tertinggi menerusi undian yang dibuat oleh produksi di negara itu. Filem mengenai biografi Wak Doyok katanya akan diarahkan oleh pengarah filem Box Office Indonesia, Hanung Bramantyo yang pernah mengarah filem Ayat-ayat Cinta. Mengulas lanjut, beberapa siri perbincangan akan diadakan sebelum projek filem ini diteruskan, katanya kepada BH Online. Beliau juga mendakwa bahawa beliau tidak terlibat sebagai pelabur mahupun penerbit untuk produksi filem tersebut, jadi tiada soal syok sendiri dalam projek ini.
|
ADVERTISEMENT