Gosip hubungan di antara artis Indonesia, Luna Maya dan ahli perniagaan Faisal Nasimuddin semakin panas apabila baru-baru ini gambar-gambar mereka sedang keluar bersama tersebar di beberapa media Indonesia.
Jumaat lalu, sekeping gambar yang menunjukkan mereka sedang menikmati makan malam menambah lagi spekulasi bahawa mereka sedang memadu asmara. Sebelumnya, beberapa kolum gosip Indonesia mendakwa mereka dilihat bercuti di Bali. Foto terkini itu yang dimuatkan oleh sebuah Instagram gosip Indonesia dikatakan diambil dari akaun Diana Nasimuddin, adik kepada Faisal sendiri. Dalam gambar tersebut, Luna Maya hanya memakai pakaian ringkas blaus kuning berlengan pendek manakala Faisal pula memakai tshirt berwarna biru tua. Ketika ditanya oleh media, Luna Maya masih menafikan hubungan mereka lebih daripada sahabat. 'Kami hanya berkawan' terangnya. Kemesraan antara artis Indonesia dan duda beranak 3 itu dikatakan bermula sejurus selepas beliau putus cinta dengan pelakon Reino Barack. Menurut sumber Banjarmasin Tribunnews, hubungan antara mereka berdua sudah mendapat restu daripada ibu Faisal sendiri yang katanya teringin bermenantukan artis cantik Indonesia itu. Luna sendiri sudah beberapa kali dijemput menyertai acara keluarga mereka. Ramai peminat tertanya-tanya mengapa Luna Maya kembali ke Malaysia selesai menunaikan umrah baru-baru ini dan tidak pulang langsung ke Jakarta. Persoalan itu terjawab apabila rupa-rupanya Luna Maya dijemput oleh keluarga basar Naza untuk menonton konsert Maroon 5. Cubaan menutup keakraban mereka, Luna Maya hanya memuatkan gambar-gambar dengan adik Faisal, Diana di Instagramnya. Bagaimanapun, akaun Instagram Diana pula menunjukkan gambar kemesraan model Indonesia itu dengan abangnya. Rasanya, kalau dah mendapat restu dari ibubapa, pasangan ini tidak perlu menyembunyikan lagi hubungan mereka. Lagipun, masing-masing single dan tidak berpunya. Semoga sampai ke jinjang pelamin. - CARI |
4
Bagus |
4
Marah |
3
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mieymiey replied at 11-3-2019 12:20 PM
Dari Puteri Ecah ke Luna Maya.
pai.kacang replied at 11-3-2019 12:23 PM
fikir masak2 luna oiii.. elok khatam dulu bacaan kat forum ni sebelum decide nak masuk keluarga tu. ...
pai.kacang replied at 11-3-2019 12:23 PM
fikir masak2 luna oiii.. elok khatam dulu bacaan kat forum ni sebelum decide nak masuk keluarga tu. ...
lee_sakura replied at 11-3-2019 12:34 PM
org indon mmg cita2 nk kawen ngan org kaya malaysia...so tggu dan lihat je la
Sang_Pencinta replied at 11-3-2019 12:23 PM
Dia lebih sesuai kot dengan Luna Maya
Dua2 berpengalaman luas
vee_zara replied at 11-3-2019 12:37 PM
Tak logik la pn sri tu nak bermenantukan si luna ni. Indon kan exagerrate too much.
ADVERTISEMENT