Pada Jumaat lepas, rata-rata lelaki memberikan hadiah kepada ibu, kakak, isteri atau teman wanita sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.
Tujuan Hari Wanita ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran kepada dunia tentang hak wanita yang sering ditindas dan diambil kesempatan pihak tertentu. Namun, lain pula yang terjadi di Malaysia, sebuah perhimpunan aman disalah gunakan sesetengah pihak untuk menyebarkan dan melaungkan gerakan LGBT. Hal ini tular di laman sosial dan mendapat perhatian netizen yang rata-rata kurang senang dengan tindakan kelompok ini. Jika dilihat gambar berikut, beberapa kelompok dari perhimpunan itu membawa bendera pelangi yang membawa simbol LGBT. Perarakan ini juga memperjuangkan hak wanita yang boleh memilih jantina mereka serta hak komuniti pekerja seks dan LGBT. Perhimpunan ini turut mendapat perhatian beberapa menteri dan selebriti seperti Dr Mujahid Yusoff Rawa dan Caprice.
|
ADVERTISEMENT