CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Isteri Pegang Tangan Di Pantai Berang 'Dijerkah' Pegawai Agama

11-3-2019 10:30 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6251| Komen: 23|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Seorang wanita baru-baru ini memuat naik sebuah cerita di Facebook mengenai sekumpulan individu yang memperkenalkan diri mereka sebagai 'pihak berkuasa' dan menegur beliau dan suaminya secara kasar kerana berpegangan tangan di tempat awam.



Kredit foto: Facebook

Wanita itu berkata, kejadian berlaku di Pantai Senok ketika beliau dan suaminya sedang mengambil angin. 

'Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki yang menegur kami secara kasar kerana berpegangan tangan, malah mereka juga merakam video,' katanya.


Kredit foto: Facebook

Tambahnya lagi, beliau sebenarnya tidak kisah ditegur pegawai agama kerana itu adalah tugas mereka, tetapi bukan dengan cara kasar dan seperti mencari gaduh. 

Menambah kehairanan beliau, pegawai agama tersebut tidak menegur beberapa pasangan remaja lain yang berpegangan tangan dan duduk di atas riba teman lelaki secara terang-terangan.


Kredit foto: Facebook

'Bila kami menunjukkan kad kahwin, mereka tidak langsung meminta maaf, malah terus mengambil video. Jadi, dua adik saya yang ada bersama membalas tindakan mereka dengan merakam video pegawai itu pula,' tambahnya.


Kredit foto: Facebook

Netizen yang membaca perkongsian wanita itu turut mengecam perbuatan pegawai berkuasa tersebut. 

'Mereka sepatutnya menunjukkan kad kuasa sebelum membuat sebarang teguran,' kata seorang pembaca.

Beberapa orang lagi mencadangkan wanita itu supaya mengambil tindakan undang-undang kerana memalukan mereka. 

'Biarlah menegur secara molek dan berbudi bahasa' kata seorang lagi.


Kredit foto: Facebook

Menutup perkongsiannya, wanita itu memberikan amaran kepada pasangan suami isteri lain supaya tidak berpegangan di tempat awam.  Semoga insiden ini menjadi peringatan untuk semua. - CARI

2

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • edmorita79


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 11-3-2019 10:44 AM
Saman jah sis.
Quote farlis 11-3-2019 11:10 AM
Saman jah.diorang ingat diorang ada power sgt ke??? Diorang ni la yg merosakkan islam. {:freak.
Quote chacon 11-3-2019 11:27 AM

apa pasal pulak laki bini tak boleh pegang tangan tempat awam. betul ke ni? ke  pusing cerita. lain lah bercium ke

Quote saviour_09 11-3-2019 11:27 AM
holier-than-thou punya approach la ni

main sergah takde adab takde apa
dia je betul belaka



Quote zulka 11-3-2019 11:29 AM
meluat aku tengok org2 berlagak mcmni
Quote Sang_Pencinta 11-3-2019 11:37 AM
chacon replied at 11-3-2019 11:27 AM
apa pasal pulak laki bini tak boleh pegang tangan tempat awam. betul ke ni? ke  pusing cerita. lai ...

Dia sarkastik tu
Quote fushimi 11-3-2019 11:39 AM
saman je

bangsat sangat perangai kalau cite ni betul

Quote ashcroft86 11-3-2019 11:48 AM
Saman je! Tak senonohnya officers. atas nama agama kononnya. adab pon xde. SOP lagi la xikut. Guna nama agama, segala bnde pon ko langgar. Jamin ke firdausi la sgt.
Quote seri_mawr 11-3-2019 12:08 PM
pegang tangan isteri sendiri pun kena tegur...adoi la...

dah org tu tunjuk kad kawen...ckp jek la sorry....

lain la kalu mereka ber french kiss ke...meraba2 ke... tu ada la logic nak tegur...sbb tempat awam...x sesuai...event laki bini pun..
Quote dokupangg 11-3-2019 12:30 PM
mampus aku hari2 jalan pegang tangan husband siap kadang2 main tendang bontot gitchewww
Quote kroit92 11-3-2019 01:39 PM
haha, teringat masa zaman study dulu. member2 ramai kawen masa blaja
masing-masing muda, tapi dah jadi laki-bini
of course la selalu bersweet, bersemut ke hulu-ke hilir. dating la, honeymoon la

tapi tu la, orang selalu ambush macam ni
diorang tak marah, tapi beradab la sikit, kan dah malu sendiri
lagi pulak zaman sekarang ni ramai pasangan muda, parents muda. takpun sebab product, masing-masing muka babyface
Quote pokaibanktokyo 11-3-2019 03:25 PM
Rupa macam p#ndek saja sekor sekor
Quote kucingitam 11-3-2019 03:52 PM
saman je sis..
benci tol dgn org acah2 alim ni..
Quote intan_smsb 11-3-2019 04:02 PM
so apa iktibarnya disebalik kisah syahdu ini
Quote b_n_c 11-3-2019 07:01 PM
babi apa nak rakam2 orang ni...
naktegur tu tegur je la, mbik indkan je la ni nk rakam2 lak...

Quote duricinta 11-3-2019 08:38 PM
Kn make sure org tu btl dr pejabat agama.. Skrg ni mcm2 bole jd.
Quote LostStar 11-3-2019 09:43 PM
Mohon saman dengan orang yang tadak etika ituuuu... tak gune betul... tu sah2, forever alone..
Quote Sazida 11-3-2019 10:40 PM
Aku igt dye tgkp laki bini tu tgh ngeseks ke ape, pegang tgn jah? Mesti yg mnegur tu bini xkasi dorang pegang tgn
Quote pokaibanktokyo 12-3-2019 07:15 AM
Diganggu geng sotong. Rupa sekor sekor pun macam sotong. Silap haribulan terkacau kumpulan gedebe...habis kena pukul atau kena parang

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.148328 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top