Tujuannya adalah untuk saman syarikat yang tidak membayar ganjaran pertandingan Funniest Person In The World 2016, tidak pasal-pasal pula disaman balik RM40 juta. Itulah yang berlaku kepada pelawak Harith Iskander apabila Laugh Factor membuat saman balas terhadapnya sebanyak RM40 juta. Untuk pengetahuan semua bulan lalu Harith telah memfailkan saman terhadap Laugh Factor kerana gagal membayar baki wang kemenangannya berjumlah RM280,000 kepadanya. Justeru itu, pihak Laugh Factor membuat saman balas berjumlah RM40 juta terhadap Harith Iskander. Antara tuntutan Laugh Factory dalam saman tersebut adalah penyelewengan rahsia perdagangan, pelanggaran kontrak, persaingan tidak adil. Laugh factor juga mendakwa bahawa Harith dan isterinya, mencuri harta intelek Laugh Factory dengan berlakon akan membuka kelab komedi Laugh Factory di seluruh Asia.
Mereka juga menegaskan bahawa Harith mesti membuat 10 perjalanan berjadual ke Amerika Syarikat untuk membuat persembahan, barulah wang kemenangan AS$100,000 akan dibayar sebanyak 10 kali. Harith dalam kenyataannya di Facebook menafikan segala tuduhan Laugh Factor dan akan menyerahkan kes ini kepada pasukan peguamnya. BACA JUGA: |
6
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
helicornia replied at 9-3-2019 08:00 PM
kesian harith tak berbaloi dia masuk program tu.dah le tak dpt hadiah kena saman pulak
newyork replied at 9-3-2019 08:28 PM
Kot mana plak najib jadi silence partner dia? Tak paham di situ
bro_kr replied at 9-3-2019 11:28 PM
Ringkasan macam mana nama DS Najib terpalit. (Dari perspective Laugh Factory)
1. Harith contact ...
munchkin replied at 9-3-2019 11:31 PM
http://thejokefactory.com.my
Dia mention by harith iskandar.
ADVERTISEMENT