CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Setakat UiTM Dengkil, Baik Guna Bahasa Melayu Jer' - Pelajar Kecewa Dihina

9-3-2019 09:38 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 23293| Komen: 179|Original author: Sang_Pencinta

Seorang pelajar UiTM meluahkan rasa kecewa apabila seorang pemilik syarikat kereta sewa menegurnya supaya menggunakan Bahasa Melayu sahaja ketika meminta maklumat sewaan kereta melalui aplikasi WhatApps.



Kredit foto: Carian Google

Screenshot perbualan antara pelajar UiTM itu dan pemilik syarikat kereta yang dimuatnaik di Twitter mencetuskan perbahasan apabila ramai netizen berpendapat pemilik kenderaan tersebut kurang adab dalam melayan pelanggannya.


Kredit foto: Twitter / Says.com




Ketika ditanya maklumat mengenai kenderaan yang boleh disewa, pemilik syarikat sewaan kenderaan tersebut menegur palajar tersebut kerana menggunakan Bahasa Inggeris. 'Setakat pelajar UiTM Dengkil, bagus gunakan Bahasa Melayu sahaja' kata pemilik syarikat sewaan kenderaan itu.


Merasa tersinggung, pelajar itu lantas menamatkan perbualan dan berkata tidak jadi menyewa kerana syarikat tersebut tidak mempunyai kualiti perkhidmatan yang baik. 

Perbualan semakin panas apabila pemilik syarikat sewaan kenderaan tersebut mengugut untuk membatalkan semua tempahan daripada pelajar UiTM. Malahan beliau juga menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat menjejak identiti pelajar itu.



Kredit foto: Twitter / Says.com

Screenshoot perbualan di antara kedua belah pihak mencetuskan perbahasan di kalangan netizen. Ramai yang berpendapat pemilik syarikat itu kurang sopan. Malahan ada yang mendakwa beliau beroperasi tanpa lesen yang sah.


Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter

'Kalau malas nak layan pelanggan, bagus jangan buat business' kata seorang netizen. Seorang lagi pelajar UiTM turut mencelah dan memaklumkan mereka sudah biasa berbual dalam Bahasa Inggeris kerana semua pembentangan dan kuliah dalam bahasa tersebut.



Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat pelanggan perlu tahu dengan siapa mereka bercakap. 'Takkanlah dengan makcik pakcik Melayu di kampung pun nak berbahasa Inggeris?, Bahasa jiwa bangsa' kata seseorang yang mempertahankan pemilik syarikat sewaan kereta itu.


Kredit foto: Twitter


Apa pendapat anda? Wajarkah pelajar itu menggunakan Bahasa Inggeris dengan pemilik syarikat sewaan kenderaan? Dan adakah respon pemilik syarikat sewaan itu keterlaluan? - CARI

5

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 9-3-2019 09:43 AM
Company mana ni
Gred e btoi
Quote jfq 9-3-2019 09:46 AM
Klu nak soh tulis malay pun tak payah la ckp setakat uitm dengkil bla bla bla
Kadang mmg naturally kita tnya in english
Tp klu acik atau pakcik kereta sewa tu continue balas in malay kita pun lama kelamaan balas in malay gak
Quote jfq 9-3-2019 09:48 AM
Lagi satu
Nak cancel biz dgn student uitm dengkil konon
Cuba try siapa yg lebih perlukan siapa
Quote CiliPadiSedap 9-3-2019 09:48 AM
Bila pemilik bisnes arrogant biadab kejap je viral.
Quote DARSITA 9-3-2019 09:51 AM
Bodoh piang yang bagi alasan tak kan dgn pakcik makcik kg nak ckp BI.

Eh bodoh kalau dgn makcik pakcik automatik ler bebudak ni ckp Melayu.  Apa ke bodoh punya backing.

Quote Sang_Pencinta 9-3-2019 09:54 AM
{:yametehJim{:yametehMoo
Quote jfq 9-3-2019 09:55 AM
Paling x bley bla nak korek number tu siapa punya
So unprofessional
Entah2 just a small timer yg buat biz sewa kereta xda lesen
Quote highcastle 9-3-2019 09:58 AM
Dua-dua tak leh pakai..............
Quote VioletsAre_Blue 9-3-2019 10:03 AM
Memang takde adab tapi akak sokong penggunaan bahasa malaysia.. Sesama kita tak payah nak english bagai
Quote prizadane 9-3-2019 10:08 AM
Iols pun kadang kadang start conversation in English. Reason being so, sometimes tak tahu dengan siapa kita dok message tu. once dah tahu malay, memang i cakap melayu je. Tapi owner car rental ni agak biadap la.. tak perlu la mention setakat uitm dengkil je
Quote Sang_Pencinta 9-3-2019 10:09 AM
Mungkinkah dia tak tahu pemilik kereta sewa tu Malay? Sy kalau bisnes chinese atau indian automatik ckp dlm BI
Quote baghal_bortuqal 9-3-2019 10:15 AM
Dia sendiri balas English. Kalau dia balas Bahasa melayu penyewa Pon boleh taip melayu apa.

Sendiri ego trip sendiri sentap.

Wahhh so bloody entitled one you know ..
Quote lkick2113 9-3-2019 10:18 AM
Grammar berterabur lah patut lah dia suruh budak tu cakap melayu
Quote cmf_almondpecan 9-3-2019 10:23 AM
Bodoh org yg bisnes sewa kereta tu. Kau yg start dulu sindir budak tu walaupun dia tak buat salah pun. Budak tu pun jawab sopan walaupun marah. Pastu kau ugut dia pulak. Siap boikot semua bisnes uitm. Tak sedar diri buat bisnes ada hati nak buat mcm tu seolah2 dia sorang ada kereta sewa. Kalau diteruskan perangai mcm ni, secara logiknya boleh melingkup.
Quote merrissa 9-3-2019 10:24 AM
yucks nak speaking eng pon kene hencap.....

Quote nikaido 9-3-2019 10:24 AM
Berani dia menghina uitm dihatiku, tempat gedung ilmu org melayu
Quote MMlava 9-3-2019 10:27 AM
stakat past tense catch jadi COUGHT takyah berlagak la

Quote gigahertz 9-3-2019 10:31 AM
jfq replied at 9-3-2019 01:48 AM
Lagi satu
Nak cancel biz dgn student uitm dengkil konon
Cuba try siapa yg lebih perlukan siapa

owner tu lupa purchasing power kat tangan budak umo 20 thun
Quote dua_chzy 9-3-2019 10:51 AM
Bodohnya rakyat terutama bumis yang rasa tercabar bila sesama bumis guna English huntok communicate. Gila bodoh nak mampus.

Lihat semua komen(179)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.079877 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top