Sebuah video berdurasi dua minit 31 saat menunjukkan seekor buaya terperangkap dalam jaring dipukul hingga berdarah di Miri menjadi viral sejak semalam.
Hari ini pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menyiasat perbuatan beberapa lelaki yang terlibat dalam penyeksaan haiwan tersebut. “Kita mahu mengenal pasti lokasi sebenarnya, sekarang,” kata pengurus besarnya Oswald Bracken, memetik The Star. Dalam pada itu, Persatuan Pencinta Alam Malaysia Miri berkata, lelaki terbabit seharusnya menghubungi pihak berkuasa dan bukannya bertindak memukul buaya itu. “Apa yang mereka lakukan adalah kes jenayah dan harus diheret dan dihukum,” kata pihak itu. - CARI
|
ADVERTISEMENT