CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tuduhan Terbaharu Dera Seksual Kanak-Kanak, Lagu Michael Jackson Kena Gam

8-3-2019 11:30 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7478| Komen: 20|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Mendiang Michael Jackson bersama Wade Robson yang masih kanak-kanak. Kredit foto: Daily Mail


Lagu-lagu mendiang Michael Jackson digam oleh sebahagian besar stesen radio di seluruh dunia termasuk di Australia, Kanada dan New Zealand berikutan pendedahan dua lelaki yang mendakwa mereka pernah menjadi mangsa penderaan seksual Raja Pop itu.

Kesemua stesen radio berkenaan mengambil tindakan itu selepas orang ramai menyuarakan kemarahan mereka terhadap Jackson.

Jackson bersama James Safechuck pada 1988. Kredit foto: Daily Mirror


Memetik laporan Daily Mail pada 7 Mac, tuduhan Wade Robson dan James Safechuck itu disiarkan dalam dokumentari HBO yang bertajuk Leaving Neverland.

Robson berusia tujuh tahun manakala Safechuck berumur 10 tahun ketika insiden berkenaan didakwa berlaku.

"Susulan apa yang sedang berlaku sekarang, SmoothFM tidak memainkan lagu-lagu Michael Jackson pada masa ini," kata pengarah program stesen radio tersebut, Paul Jackson.


Dokumentari yang mula disiarkan di Amerika Syarikat pada 3 Mac lalu telah membangkitkan semula persoalan tentang gosip melibatkan tuduhan hubungan Jackson dengan kanak-kanak yang sehingga kini belum dapat dibuktikan kesahihannya.

Sementara itu, para netizen menerusi Twitter masing-masing menyifatkan Robson dan Safechuck mengambil tindakan yang berani apabila membuat pendedahan tentang apa yang didakwa dilakukan oleh Jackson semasa mereka masih kanak-kanak.


Kredit foto: Twitter


"Menyedihkan bagi saya apabila ada orang yang menuduh mereka menipu - sangat jahil dan memalukan," kata seorang wanita.

Ada juga yang mempersoalkan kewajaran tuduhan tersebut kerana Jackson telah lama meninggal dunia dan sudah tentu beliau tidak lagi dapat mempertahankan dirinya.

Kredit foto: Twitter


"Perbuatan memusnahkan legasi seseorang melalui pendapat awam dengan bersandarkan kepada tuduhan sepatutnya dianggap sebagai sesuatu yang memalukan," kata seorang netizen.

Tidak dapat dipastikan sama ada stesen-stesen radio di Malaysia akan mengambil tindakan serupa terhadap lagu-lagu Raja Pop yang masih diminati ramai walaupun beliau telah meninggal dunia hampir 10 tahun lalu. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 8-3-2019 11:39 AM
Ada tak scene angkut tilam ke mhkmah jd sbg bukti???
Hahahaha
Quote RatuDunia94 8-3-2019 11:41 AM
Xde ke istilah.. "hormatilah aib si mati".. {:smile
Quote hussaini4675 8-3-2019 12:03 PM
matbad: Ada tak scene angkut tilam ke mhkmah jd sbg bukti???Hahahaha


Kat msia je ada kejadian camtu
Quote hussaini4675 8-3-2019 12:04 PM
RatuDunia94: Xde ke istilah.. "hormatilah aib si mati".. {:smile


Orang putih mana peduli semua tu
Quote makbedah 8-3-2019 12:30 PM
Nasib lah famous sgt. Tapi skrg memang pedo konsep dia guilty until proven innocent sementara tunggu tu pandai2 lah cari job lain.
Quote hussaini4675 8-3-2019 12:31 PM
makbedah: Nasib lah famous sgt. Tapi skrg memang pedo konsep dia guilty until proven innocent sementara tunggu tu pandai2 lah cari job lain.


Dia dah meninggal pun
Quote apedehal 8-3-2019 01:39 PM
wade robson tu koreografer kan...dlu penah ada show heols kat mtv..papepun lagu2 xbsalah k
Quote matbad 8-3-2019 02:01 PM
apedehal: wade robson tu koreografer kan...dlu penah ada show heols kat mtv..papepun lagu2 xbsalah k

Yesss skrang mcm gigolo je hahaha
Quote hussaini4675 8-3-2019 02:28 PM
apedehal: wade robson tu koreografer kan...dlu penah ada show heols kat mtv..papepun lagu2 xbsalah k


Ada yg kata depa ni nak cari publisiti / duit
Quote hussaini4675 9-3-2019 02:50 PM
apedehal: wade robson tu koreografer kan...dlu penah ada show heols kat mtv..papepun lagu2 xbsalah k

Camna nak buktikan. Kes dah lama sangat. Yang kena tuduh pun dah meninggal
Quote zuuu 9-3-2019 03:14 PM
Kt Malaysia pon kena ban jugak ke???aq suka lagu black or white...
Quote greantea 9-3-2019 03:32 PM
org tu dah lama mati. diorg nak ape sebenarnya? nak publisiti? atau nak  harta y ada kat waris2 org tu? vongoks la.
Quote Mary_jane 9-3-2019 03:46 PM
Daily mail haprak saban hari burukkan MJ. Semak tau tak?
Quote hanakikan 10-3-2019 03:16 AM
tadi Budak tu dulu dah testify kat court kan? masa MJ hidup lagi. sekarang tukar pengakuan pulak
Quote delia3003 10-3-2019 10:40 AM
zuuu replied at 9-3-2019 03:14 PM
Kt Malaysia pon kena ban jugak ke???aq suka lagu black or white...

Tak tau ler, setakat ni belum lagi. Semalam baru dengar lagu MJ kat radio
Quote akubest 11-3-2019 12:22 PM
satu hari la akak mengadap filem HBO tu
dah la satu part 2 jam lebih

2 part dekat dah 5 jam

pastu sambung plak oprah interview dedua tu sejammm

tapi sampai skang mcm tak leh nak buat keputusan....hahahhaa

setakat ni apa yg akak rasa kan..
benda tu mmg betul terjadi..
tapi budak berdua ni go public bukan sbb kesedaran sivik.. pasai nak duit...
tp mcm betul je la citer deme berdua tu... mcm konsisten je dedua.
Quote nadie90 16-3-2019 09:37 PM
Skg in mood dgr lgu2 MJ...pastu tgk video MJ dgn ank2 dia....lmbut btul bila brckp dgn ank....tp tula...bila dah rmai brsuara psl MJ ni...xkan slh kot....ntah la...mgkin ceq ska MJ as a pop icon....tp personal life dia...ceq xpasti
Quote samasam90 17-3-2019 01:34 PM
utk kes ne, meolls bersyukur sangat adanya amber heard dgn pelakon lelaki empire tu.. bukti mangsa pun haprak nak publisiti, nak duit dan psycho.. bij please
Quote jeligoreng 26-3-2019 11:07 AM
Ada je ramai budak budak dah mengaku MJ tak buat kan... Pastu  Macaulay Culkin pun cakap tak ada. Juror yang kata dia buat.. Kalau betullah MJ buat, tu antara dia dengan Tuhan lah. nak buktikan macam mana lagi orang dah meninggal terang-terang senang je orang nak buat keputusan dia salah..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.225535 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top