Selepas isu doula dan suplemen yang menarik tontonan ramai, kini TV Alhijrah sekali lagi membicarakan sebuah topik yang dekat dengan hati masyarakat.
Topik yang akan menjadi perbincangan bagi rancangan popular Analisis minggu ini adalah: Usia 7 Tahun Ketagih Seks, Salah Siapa? Sememangnya topik yang agak sensitif, penerbit rancangan itu telah mengundang beberapa panel untuk mengupas dan memberikan pendapat mereka termasuk Prof Datuk Dr Harlina Siraj, seorang pakar O&G dan Pendidikan Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Syed Azmi Alhabsi, seorang aktivis sosial.
Kepakaran Dr Harlina sememangnya tidak boleh dinafikan lagi dengan pengalaman puluhan tahun dalam bidang perubatan. Beliau sering dijemput memberikan ceramah, pembentangan dan perkongsian dalam dunia akademik. Manakala, Syed Azmi pula adalah seorang aktivis sosial yang dikenali ramai di dunia Facebook. Mengintai setiap status di media sosialnya akan mengesahkan kesibukan beliau dalam kerja-kerja sosial terutamanya dalam memberikan bantuan kepada remaja dan kanak-kanak yang berdepan dengan isu kehamilan dan pengabaian. Difahamkan, panel yang ketiga belum diputuskan oleh penerbit rancangan. Seperti siaran sebelumnya, rancangan ini akan dihoskan oleh pembicara berwibawa, Syafinaz Yunus. Sudah semestinya gandingan panel yang berkeliber dan topik yang menarik masyarakat akan membuatkan rancangan ini sekali lagi bakal menjadi bualan. Analisis bersama Dr. Harlina dan Syed Azmi akan bersiaran Jumaat ini, 8 Mac, jam 10 malam di TV Alhijrah. - CARI
|
5
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
4
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
vee_zara replied at 8-3-2019 11:08 AM
I dah lama unfollow dia ni sbb everytime i baca posting dia i rasa mcm terlalu negatif dgn kehidupan ...
vee_zara replied at 8-3-2019 11:08 AM
I dah lama unfollow dia ni sbb everytime i baca posting dia i rasa mcm terlalu negatif dgn kehidupan ...
duri_durians replied at 8-3-2019 11:54 AM
bukan semua orang boleh bergelumang dgn "negativity" tersebut. kebanyakan manusia cuma kisah hal s ...
ADVERTISEMENT