Pemakaian kanta lekap berwarna kini menjadi suatu obsesi dalam kalangan masyarakat di Malaysia, khususnya golongan remaja.
Frasa 'Eyes are the windows to the soul' sering kali menjengah ke minda apabila berbicara tentang fesyen pemakaian kanta lekap berwarna ini. Sememangnya, warna mata seseorang itu boleh menambah seri pesona wajah. Namun, demi penampilan, pemakai kanta mata berwarna terpaksa menaggung beberapa risiko dari segi aspek kesihatan oftalmologi. Masyarakat kita ini menjadi terlalu taasub dengan trend kanta mata berwarna. Tetapi, mereka tidak pernah menyedari ataupun mengendahkan sahaja risiko pemakaian kanta kosmetik ini.
Wajarlah sebelum memakai sebarang kosmetik, kita perlu membuat sedikit kajian mengenai manfaat dan risiko sesuatu produk. Apatah lagi, apabila berkaitan dengan mata. Kita seharusnya bersikap lebih waspada kerana anugerah penglihatan adalah sangat berharga. Pakar pembedahan laser mata Glenn Carp dari London Vision Clinic menyuarakan kebimbangannya terhadap trend pemakaian kanta mata kosmetik ketika ditemu bual OK! Online. Ujar beliau, kanta mata berwarna selalunya tidak dipadankan seeloknya mengikut preskripsi doktor memandangkan tedapat lambakan jenis kanta mata berwarna di pasaran. Rata-rata pemakai kanta mata berwarna tidak melakukan pemeriksaan mata yang teliti dengan pakar oftalmologi. Berikut merupakan risiko-risiko pemakaian kanta mata berwarna: 1. Luka / calar pada lapisan atas biji mata (corneal abrasion) 2. Allergi, mata gatal, merah, berair 3. Penglihatan menurun 4. Jangkitan 5. Buta Kajian terkini oleh beberapa saintis dar School of Optometry, The Hong Kong Polytechnic University mendapati permukaan pigmen kanta mata kosmetik mempunyai kadar kelekatan bakteria (bacterial adhesion) yang lebih tinggi berbanding kanta mata biasa. Oleh itu, hargailah kecantikan warna mata semula jadi anda. Jangan biarkan kanta mata berwarna merampas daya penglihatan anda. Jadikanlah frasa Inggeris 'beauty is in the eye of the beholder' sebagai pedoman anda sebelum mengikut trend kecantikan yang hanya memudaratkan. - CARI
|
11
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lilacomot replied at 6-3-2019 06:18 PM
Sepupu aku pkai smbil bwk tdo..bgun pg bukak cuci2 pastu pkai blik
farlis replied at 6-3-2019 09:04 PM
I kagum org yg terer pki lense ni. I penakut.. I x suka sgt tgk org yg terover pki contact lense ka ...
ADVERTISEMENT