Berita gembira buat pelakon dan pengarah Syamsul Yusof serta pelakon Puteri Sarah yang bakal melahirkan anak perempuan mereka dijangka pada 19 Mac ini. Kita doakan agar segalanya berjalan lancar dan proses bersalin dipermudahkan. Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat, 34, berharap sangat dia dapat bersalin secara normal dan lancar. Dia tidak mahu lagi melalui penderitaan bersalin secara bedah seperti dilaluinya ketika melahirkan anak pertama mereka. "Alhamdulillah, ini rezeki buat kami sekeluarga. Gembira dan syukur apabila doktor mengesahkan saya hamil anak perempuan. Insya-Allah, jika segalanya dipermudahkan cukup sepasang anak kami.
"Kalau boleh berharap sangat dapat bersalin secara normal. Apatah lagi anak pertama dulu dilahirkan secara pembedahan. Namun, saya berserah dan ikut saja apa yang terbaik menurut pandangan doktor," katanya kepada Harian Metro. Puteri Sarah dikatakan lebih suka duduk di rumah ketika ini kerana dia mudah keletihan dan perlu menjaga anak pertama mereka walaupun ada pembantu rumah. Dia juga sering mengikut suami ke acara dan aktiviti lain terutama berkaitan dengan perniagaan. Dia lebih suka tinggal di rumah sendiri berbanding di rumah mertua, tambahnya. Ini dapat mengajar dia dan suami lebih berdikari. Untuk pengetahuan semua, terdahulu pasangan ini dikurniakan anak lelaki, Syaikhul Islam bin Mohd Shamsul yang kini berusia dua tahun. - CARI Baca juga |
ADVERTISEMENT