CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Momo Dah Mati!' - Kerana 'Momo Challenge' Pencipta Terpaksa Musnahkan Ukiran Menakutkan

6-3-2019 11:00 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4421| Komen: 2|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Dikenali ramai sebagai 'Momo', ukiran yang menakutkan ini menjadi viral di seluruh dunia kerana permainan gila 'Momo Challenge' yang beredar meluas di aplikasi sembang WhatsApp. 



Kredit foto: Instagram

Meledak di media semasa, Momo Challenge menyebarkan rasa panik ke seluruh dunia sejak tahun lepas kerana mencabar penerima mesej supaya mencederakan atau membunuh diri mereka serta orang lain

Ianya juga menyebabkan kebimbangan di kalangan ibu bapa dan orang dewasa. Malah, personaliti siri realiti televisyen terkenal, Kim Kardashian pernah memberikan amaran kepada 129 juta pengikutnya supaya mengabaikan permainan gila itu.



Kredit foto: KWWL

Ramai tidak mengetahui bahawa tidak seperti watak Slanderman atau The Rake, Momo sebenarnya hanyalah ukiran yang dihasilkan oleh Keisuke Aiso, seorang artis berusia 46 tahun dari negara Jepun. Ukiran itu dipamerkan dalam sebuah galeri berkonsepkan seram di Tokyo. 


Kredit foto: The Sun

Malangnya, imej Momo yang menakutkan telah dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk cabaran berbahaya itu. Ini menyebabkan Keisuke Aiso berasa bersalah kerana terpalit dengan isu yang mencetuskan rasa panik di seluruh dunia.


Kredit foto: Youtube

Sehubungan itu, Keisuke Aiso telah membuat keputusan sukar untuk memusnahkan ukiran tersebut. 

'Sila sebarkan kepada kanak-kanak seluruh dunia bahawa Momo sudah mati. 

'Ianya tidak wujud lagi, sudah reput dan telah dibuang,' katanya kepada The Sun.


Kredit foto: The Sun

Ukiran Momo dengan konsep mirip burung sememangnya menghantui kerana senyumannya yang sinis dan matanya yang merenung tajam diilhamkan dari kisah dongeng Jepun, Ubume. 

Dalam cerita Ubume, ibu yang mati ketika melahirkan anak akan bertukar menjadi burung yang menyeramkan.


Kredit foto: Youtube

Kini, yang tinggal hanya bola mata Momo dan Keisuke bercadang untuk menggunakannya semula untuk projek lain.


Diharap dengan musnahnya ukiran Momo, cabaran gila ini akan berakhir! - CARI
8

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 6-3-2019 12:07 PM
Syukurlah, momo ni dah mati
Quote Sang_Pencinta 7-3-2019 11:00 AM
https://www.engadget.com/2019/03 ... omo-challenge-hoax/

Adults are the only ones who fell for the Momo hoax

Oh man, we really do live on the dumbest timeline. You probably recognize the horrifying visage you see above: it's Momo, the mascot for the internet's newest outrage sensation. The Momo Challenge, as it's called, reportedly encourages children and teens to commit increasingly brazen acts of self-harm and criminality. It's also a complete and utter, laughably obvious hoax. [b]Your kids are fine, literally nobody on the entire internet has fallen for this -- except, well, countless adults, law enforcement agencies, news outlets and school districts. You know, the responsible folks.

The Momo in the picture, it should be noted, is real. The figure is not digitally generated, nor is it photoshopped. "Momo" actually exists as a static sculpture, dubbed "Mother Bird," and was created by Japanese artist Keisuke Aisawa, who made it for his employer: the special effects company, Link Factory. It was first displayed in a Tokyo horror-art gallery back in 2016.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.063154 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top