CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Beradik Nekad Lari Dari Rumah Kerana Tak Tahan Dipukul Ibu

5-3-2019 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7631| Komen: 49

Remaja perempuan nekad melarikan diri dari rumah bersama dua adik lelaki dan perempuan berusia tujuh tahun selepas tidak tahan dipukul ibu mereka, semalam.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Gong Pasir, Jertih, jam 7.45 malam semalam.


Gambar Hiasan

Menurut laporan, ketika kejadian kesemua mangsa dan suspek berada di rumah sebelum ibu mereka tiba-tiba mengamuk dan mahu memukul anak lelakinya itu.

Difahamkan, suspek berusia 44 tahun dan tidak bekerja itu bertindak sedemikian dipercayai akibat masalah kewangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, anak perempuan mangsa berusia 15 tahun yang melihat kejadian bergegas menghalang suspek daripada memukul adiknya.


"Tindakan mangsa menyebabkan suspek naik angin, lalu menarik rambut mangsa sebelum remaja itu berjaya keluar dari rumah berkenaan bersama dua adiknya," katanya.

Tambah Mohd Zamri, mangsa yang tidak bersekolah dan bekerja sebagai jurujual pernah dipukul ibunya dengan kipas selepas berlaku salah faham pada 11 Februari lalu.

Mangsa yang patah jari kelingking tangan kanan bagaimanapun tidak melaporkan kejadian kepada polis.

Namun, sebaik keluar dari rumah semalam, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja dan suspek ditahan jam 11.30 malam tadi.

Suspek direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak -Kanak 2001. - CARI
4

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
2

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanearisu 5-3-2019 06:13 PM
Syabas dik kerana berani memulakan langkah dan tidak mementingkan diri.
Quote Sazida 5-3-2019 06:32 PM
Pasni jaga adik elok2. Mak kau biarkan dia insaf dlm penjara
Quote noor2 5-3-2019 06:37 PM
Kalau betul apa yg adik ni cerita. .runtun nya hati baca....benci betul dengan orang yang menganiaya anak2 ni....engkau pandai beranak tapi x pandai bela anak. ..
Quote nuralisa 5-3-2019 06:39 PM
Allah .. kesiannya dia ..
Berat dugaan dia ..masih terlalu awal utk dia paham ...  desakan hidup ni ..
Quote multinicky 5-3-2019 06:45 PM
meols trs teringat dkt kak bip @bipolarjourney .. kemanakah sheols?? adakah kak bip baik2 saje?
Quote CiliPadiSedap 5-3-2019 07:03 PM
tulah siapa kt sini rasa hidup susah? rasa dugaan berat ada orang kt luar sana lagi susah.. banyakkan muhasabah diri dari meratib .. nasihat untuk diri sendiri
Quote jazaa100 5-3-2019 07:10 PM
Eee....barbienya....

Umor 15tahun kau dah suruh benti sekolah & kerja.....kau duduk rumah mengangkang je ke.....salah gaya taik dadah ni...terengganu kannnnn...

Selalunya mak yg berhempas pulas cari duit sekolah kn anak....
Quote giyomi 5-3-2019 07:20 PM
masa sedap wat anak tak terfikir sal hal kewangan, bila dah kuar tiga org baru nak meroyan. jibai tul betina sundel ni
Quote matamata 5-3-2019 07:22 PM
Bapak isap dadah lah ni
Quote kroit92 5-3-2019 07:24 PM
kesiannya kakak dia
Quote sukacactus 5-3-2019 07:30 PM
Siannya budak2 ni
Moga lebih baik kehidupan diorang lps ni
Awal tahun ni, schoolmate ank aku, jiran di taman perumahan yg sama, tiba2 dtg umah waktu maghrib
Dia minta tlg panggilkan grab pasal dah xtahan duduk dgn mak tiri
Masa tu ayah dia xde, gi course
Dia citer, mcm mana mak tiri dlm citer tv tu, mcm tu la mak tiri dia
Sian...dah la nak spm tahun ni
Quote Malaysia.Doom 5-3-2019 07:50 PM
Maknya binatang...nasib baik kak nya waras
Quote merrissa 5-3-2019 07:52 PM
buat anak je reti...ceit!
Quote sapeka 5-3-2019 07:54 PM
ibu yang gila
Quote ninja boy 5-3-2019 07:58 PM
Teruk la zaman skrg hari2 masalah famili rosak sana sini
Quote tipuware 5-3-2019 07:59 PM
Kakak yg bagus. Takde tinggal adik dia kat belakang. Dia angkut semua skali. Smoga urusan anak2 ni dipermudahkan
Quote jahcomel 5-3-2019 08:54 PM
Kesian Adik ni, jgn salahkn Adik ni skiranya dia mmbenci ibunya, bkn salah ank
Quote Skuau 5-3-2019 09:42 PM
soalan....kemanakah mereka selepas kuar drp 'rumahku...nerakaku' itu???
Quote namr 5-3-2019 09:45 PM
Dah la ko tak keje mengangkang kat rmh, anak umur 15thn kena keje pastu ko belasah dia pulak.tak malu ke acik

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.060567 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top