Ramai yang suka membaca terutama novel. Walau setebal mana atau sepanjang mana jalan cerita, pasti ada yang sanggup membeli dan membacanya.
Setiap cerita yang dikarang penulis sentiasa terselit mesej tersendiri dan mempunyai pengajaran dalam hidup serta boleh dijadikan panduan. Walaupun kita suka membaca, tetapi jarang kita mahu mengenali penulis kepada novel yang kita baca itu. Ada diantara mereka tidak menggunakan nama sebenar dan hanya menggunakan nama pena. Marilah kita mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. 1. Ramlee Awang Murshid Pasti ramai mengenali penulis novel ini yang pernah mendapat gelaran jutawan novel. Malah, Ramlee Awang Murshid pernah mendapat jolokan penulis novel triller kerana kebanyakan novel dihasilkannya berbentuk seram dan mistik. Beliau lahir pada 4 November 1967 di Papar, Sabah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam pada itu, beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan RTM selama lebih 20 Tahun. Novel pertama dihasilkannya adalah Igauan Maut pada tahun 1995 dan berjaya menerima Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996. Antara novel tulisan beliau adalah Tombiruo 'Penunggu Rimba', Rahsia Perindu, Pei Pan, Ranggau dan banyak lagi. Kebanyakan novelnya diterbitkan oleh Alaf 21. Namun, ada sebuah novelnya telah pun difilemkan iaitu Tombiruo "Penunggu Rimba'. Pasti peminat hasil karyanya menanti setiap naskhah novel beliau di pasaran. 2. Siti Rosmizah Siti Rosmizah Binti Semail yang berasal dari Kuala Lumpur telah menceburi bidang penulisan pada tahun 2008. Beliau merupakan seorang peguam dan juga berjaya sebagai salah seorang novelis terkenal. Hasil penulisannya yang pertama adalah Andai itu Takdirnya telah diterbitkan oleh Buku Prima dicetak sebanyak enam kali. Melalui novel Andai itu Takdirnya, beliau memenangi Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009. Jika ingin menangis, kecewa dan sakit hati, bacalah novel yang dikarya olehnya. Banyak hasil penulisannya diadaptasikan ke drama. Antaranya adalah Andai Itu Takdirnya, Lafazlah Kalimah Cintamu dan Andai itu Takdirnya 2. 3. Syamnuriezmil Novelis Syamnuriezmil memang terkenal dengan kata-kata manis dalam novel tulisannya. Penulis atau nama sebenarnya Nur Azyyati Abu Bakar lahir pada 4 Oktober 1980. Sebelum menceburi bidang penulisan, beliau pernah bekerja di sebuah bank selama 13 tahun. Sejak 2010, beliau memilih untuk menjadi penulis sepenuh masa. Novel tulisan beliau boleh dinobatkan sebagai novel paling banyak diadaptasi ke drama. Antaranya adalah Perempuan Paling Bahagia, Awak Sangat Nakal, Tuan Anas Mikail dan Mr. Grey. Kesemua novelnya mendapat sambutan hangat kerana cara penulisannya yang sempoi dan santai. Mudah untuk difahami dan dihayati. 4. Fauziah Ashari Siapa tidak kenal dengan penulis Fauziah Ashari yang novelnya pernah meletup suatu ketika dahulu. Ombak Rindu adalah sebuah filem romantik yang diadaptasi dari novelnya dania pernah mengegarkan panggung wayang serta menjadi saingan untuk filem-filem romantis lain. Fauziah Ashari lahir pada 13 Mei 1971 di Parit Sulong, Johor. Sebuah lagi novelnya yang telah diadaptasi ke drama adalah Kan Kukejar Cinta Kamu. Selain Ombak Rindu dan Kan Kukejar Cinta Kamu, banyak lagi novel tulisannya yang lain seperti Pergilah Sepi, Setia Menanti, dan Duri. 5. Damya Hanna Intan Suhana Ramli atau nama penanya Damya Hanna lahir pada 20 Oktober 1982. Beliau Berkelulusan Ijazah Dalam bidang perakaunan dan berminat menulis sejak di bangku sekolah rendah lagi. Bermula dari minat menulisnya, maka muncul novel pertama yang bertajuk Bicara Hati dan mendapat sambutan hangat di pasaran. Impian beliau ingin terus menjadi seorang penulis novel yang disenangi walaupun beliau bekerja sebagai akauntan. Selain novel Bicara Hati, novel lain hasil tulisannya adalah Sepi Tanpa Cinta, Saat Cinta Bersemi dan Senafas Rindu yang telah diadaptasi ke drama. Sementara itu, novelnya yang bertajuk Langit Cinta juga telah difilemkan. 6. Aisya Sofea Nama sebenar Aisya Sofea iaalah Hanizura Jamaludin dan berasal dari Klang Selangor. Beliau mula dikenali menerusi novelnya yang pertama, Jauh. Novelnya yang sangat popular adalah Jendela Hati. Novel tulisannya yang bertajuk Adam & Hawa juga diadaptasi ke drama dan mendapat sambutan ramai. Ramai penulis hebat di luar negara yang menjadi idola kita. Namun, tidak kurang juga penulis novel di negara kita sendiri. Hasil tulisan mereka dengan gaya penulisan berbeza memang dinantikan oleh peminat. Seperti satu petikan ayat dalam sebuah novel tulisan Syamnuriezmil, A Writer is good story-teller. - CARI
|
7
Bagus |
7
Marah |
8
Terkejut |
13
Sedih |
10
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
miszclassique replied at 5-3-2019 11:29 AM
Hlovate kekal misteri. Norhayati Berahim, Pitteriah Abdullah tak masuk list? Sekarang dah tak banyak ...
lee_sakura replied at 5-3-2019 11:51 AM
iols suka novel pitteriah abdullah
miszclassique replied at 5-3-2019 11:30 AM
Ahadiat akashah pun takde. Sepatutnya ahadiat akashah tu yg first {:handsome
RatuDunia94 replied at 5-3-2019 12:14 PM
Oh ini lah penulis novel2 anak tan sri syok kat cleaner pejabat.. ceo billionair kahwin senyap2 dgn ...
gerbera.memopad replied at 5-3-2019 02:12 PM
Rasanya RAM la novelis paling berjaya kat Malaysia ni. Laku keras hokey novel2 beliau. Beliau dah ad ...
miszclassique replied at 5-3-2019 03:29 AM
Hlovate kekal misteri. Norhayati Berahim, Pitteriah Abdullah tak masuk list? Sekarang dah tak banyak ...
zuuu replied at 5-3-2019 01:26 PM
X sume writer suka tulis cite gitu,antaranya ram n hlovete...novel dyorg antara yg aq leh terima l ...
Weller replied at 5-3-2019 10:06 PM
Novel RAM sekarang ke-thriller-an dia dah kurang
ADVERTISEMENT