Seorang kanak-kanak tiga tahun hilang, dipercayai dilarikan oleh sepasang suami isteri yang merupakan kenalan kepada ibu mangsa. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan dari ibu mangsa yang juga seorang warga Indonesia pada pukul 12.08 tengah malam.
Utusan Online melaporkan, Nur Aisyah Aleya Abdullah dijaga oleh pasangan berusia 37 dan 40 tahun sejak penghujung Januari lepas. “Ibu kanak-kanak itu yang berusia 31 tahun dipercayai mengenali suspek lelaki sejak November tahun lalu dan dia datang ke Langkawi untuk bekerja serta tinggal di rumah pasangan itu. “Bagaimanapun, isteri suspek yang juga seorang jururawat mengetahui hubungan suaminya dan pengadu, lalu menghantar wanita itu tinggal di tempat kerjanya di sebuah restoran di Kampung Bohor Tempoyak, namun anaknya tidak diserahkan kepada pengadu."
Ibu kanak-kanak itu datang ke rumah suspek di kuarters Hospital Langkawi namun diberitahu bahawa anaknya telah diberikan kepada pihak yang tidak dikenali. “Pemeriksaan di rumah suspek dan di tempat kerja isterinya telah dibuat namun mendapati pasangan suami isteri itu tiada di kedua-dua tempat tersebut. “Polis kini sedang mengesan pasangan suami isteri ini yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan, sementara hebahan menerusi Nur Alert juga telah diaktifkan. Kes disiasat di bawah Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak. -CARI
|
5
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
9
Sedih |
7
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
moonbug replied at 4-3-2019 02:43 PM
Hilang kat kawasan kuarters tu ke? Jalan cerita ada tak
clarizsa replied at 4-3-2019 02:43 PM
Kecik2 dah serkupkan kepala dia
Cmna boleh hilang tu ??
FanTasyCreaTioN replied at 4-3-2019 03:06 PM
ALOR SETAR 4 Mac - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan hilang dipercayai dil ...
eyansss replied at 4-3-2019 03:09 PM
ya Allah... kalau ye pun marahkan skandal suami, kenapa la dilibatkan anak tu... dimanakah naluri ...
eyansss replied at 4-3-2019 03:09 PM
ya Allah... kalau ye pun marahkan skandal suami, kenapa la dilibatkan anak tu... dimanakah naluri ...
fahdramli replied at 4-3-2019 03:24 PM
Dah jumpa pun, pengasuh budak tu bawak pi jalan2 tak maklum pada waris. Jadi waris igt kan hilang.
fahdramli replied at 4-3-2019 03:24 PM
Dah jumpa pun, pengasuh budak tu bawak pi jalan2 tak maklum pada waris. Jadi waris igt kan hilang.
sarahmirza replied at 4-3-2019 03:37 PM
Dah tu yang statement ni?
[quote]Tambah Mohd. Iqbal, ibu kanak-kanak itu telah pergi ke rumah ...
ADVERTISEMENT