CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wawasan 2020 Hampir Menjadi Realiti? Malaysia Bakal Menjadi Pengeluar Kereta Terbang!

4-3-2019 05:28 PM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 3883| Komen: 10|Original author: Oleh: monolog

Wawasan 2020 merupakan ilham Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Ketika itu ramai mengatakan akan wujud kereta terbang kerana kepesatan teknologi pada tahun tersebut.


Pada waktu tersebut perkembangan proton yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai industri kereta nasional pertama sangat tinggi dan memberangsangkan.


Maka kita tiada keraguan tentang berkemungkinan wujudnya kereta terbang akan menjadi kenyataan seumpama filem-filem kita tonton. 


Namun kini, ramai yang ragu-ragu akan kewujudan kereta terbang di negara kita memandangkan masalah negara berdepan hutang dan masalah-masalah yang lainnya.Pada era pemerintahan kerajaan terdahulu, wawasan 2020 tidak lagi menjadi hala tuju maka terkuburlah juga hasrat kita melihat kereta terbang akan memeriahkan ruang udara dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di darat.


Kredit foto: careta.my


Bagaimanapun baru-baru ini keluar satu kenyataan daripada Menteri Pembangunan  Usahawan,  Datuk Seri Redzuan Md Yusof di Bernama bahawa prototaip kereta terbang akan diperkenalkan pada tahun ini. Wah! tak sabar pula rasanya hendak melihat teknologi kereta terbang ini berada di pasaran negara kita.


 

Kredit foto: berita harian

Paling mengujakan penghasilan kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu oleh teknologi tempatan kerana Malaysia mempunyai kepakaran dalam bidang aeroangkasa, dron, UAV dan kereta nasional.


Kementerian mahu membuka mata semua pihak bahawa teknologi ini boleh dilaksanakan malah selamat. Kereta ini  dikatakan mempunyai spesifikasi yang berupaya terbang pada altitud yang rendah pada kelajuan munasabah dan mempunyai kapasiti dua penumpang.


Kereta terbang ini juga dijangka tidak akan di jual kepada orang awam, tetapi orang awam akan menjadi penumpang kereta ini. Apa yang penting, negara kita akan cuba menjadi pengeluar untuk kereta terbang dan akan merangsang pertumbuhan industri pembuatan negara dan menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.


Sebenarnya Aeromobil telahpun mencipta kereta terbang dan telah memasarkannya. Aeromobil merupakan pengilang protaip bagi kereta terbang yang direka oleh Štefan Klein. Mari kita layan foto-foto kereta-kereta yang dicipta oleh mereka dan adakah kereta terbang keluarkan kita akan setanding dengan kereta keluarannya.



Kredit foto:google
Kredit foto:google
Kredit foto:google
Kredit foto:google


Kredit foto:google
Kredit foto:google

Cantik juga kan? Apakah anda teruja? Apa-apapun biarlah ia selamat digunakan dan sama-sama kita nantikan pengeluarannya nanti.- CARI

1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 4-3-2019 05:59 PM
Kapla banar kereta terbang. Kereta biasa bawak kat jalan biasa pun ada risiko.
Quote pokaibanktokyo 4-3-2019 06:56 PM
Negara lain rilek jer benarkan orang awam beli. Redzuan sekor ni pulak gelupor nak harap orang awam jadi penumpang saja. Bongok tahap ulat
Quote zie_indah 4-3-2019 09:48 PM
Huwa ketreta uturn xdo ke..kikiii mimpilah adoiii
Quote CiliPadiSedap 4-3-2019 11:17 PM
Kereta terbang ni ada masalah power window? Masalah gearbox? Masalah peYno?

Kalau ada? Sila rebage kereta terbang honda

Now everyone can rebadge
Now everyone can car fly
Quote nafham 5-3-2019 09:41 AM
Kereta terbang - lbh byk eksiden. Kereta rosak, trus jatuh kereta tu. Rajin pulak meleis ni nak amik risiko gitu.
Quote CiliPadiSedap 5-3-2019 10:17 AM
Pastikan kereta terbang ni ada payung umbrella incase malfunction jadi penumpang driver boleh terjun macam jet fighter punya driver..

Buat projek kereta terbang guna duit siapa? Sorry xtahu
Quote wirazam 5-3-2019 10:27 AM
CiliPadiSedap replied at 4-3-2019 11:17 PM
Kereta terbang ni ada masalah power window? Masalah gearbox? Masalah peYno?

Kalau ada? Sila reba ...

he he...teringat peyno dan minatnya
Quote cepheid 5-3-2019 12:24 PM
CiliPadiSedap replied at 4-3-2019 11:17 PM
Kereta terbang ni ada masalah power window? Masalah gearbox? Masalah peYno?

Kalau ada? Sila reba ...

Kaka cili memang kelakar
Quote RatuDunia94 5-3-2019 12:28 PM
CiliPadiSedap: Pastikan kereta terbang ni ada payung umbrella incase malfunction jadi penumpang driver boleh terjun macam jet fighter punya driver..Buat projek keret ...


Kalau jatuh atas air cane cuols? Laut? Sungai? Tasik?
Quote Juju89 6-3-2019 03:59 PM
kereta terbang harap bolehlah milikinya bukan untuk di tonton sahaja.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.106273 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top