CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hospital Tak Benarkan Proses Pengguguran, Mangsa Rogol 11 Tahun Dipaksa Lahirkan Anak

3-3-2019 11:56 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 4646| Komen: 16|Original author: Oleh: m&m

Tiada siapa dapat melawan takdir apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam kehidupan. Mangsa rogol misalnya, terpaksa berdepan dengan pelbagai kesusahan akibat perbuatan tidak bermoral orang lain.


Kredit: iPleaders

Seorang remaja perempuan berusia 11 tahun dari Argentina ditimpa nasib malang apabila diperkosa suami kepada neneknya sendiri hingga hamil.

Lebih menyedihkan lagi apabila dia tidak dibenarkan menjalani proses menggugurkan kandungan oleh pihak hospital. Sebaliknya, dia diberi pilihan untuk menjalani pembedahan Caesarean bagi mengeluarkan foetus berusia lima bulan itu. 

Di Argentina, terdapat undang-undang di mana pengguguran kandungan diharamkan kecuali bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kesihatan dan mangsa rogol.

Namun, pihak hospital biasanya tidak melayan mana-mana permohonan pengguguran sehingga ia sudah terlambat kerana bayi semakin membesar di dalam perut.

Menurut keterangan daripada pakar sakit puan di Hospital Eva Peron iaitu Cecilia Ousset, gadis itu tidak mempunyai saiz fizikal diperlukan untuk melahirkan seorang bayi memandangkan usianya yang baru 11 tahun. Maka, adalah wajar untuk kandungannya digugurkan. 

Pihak juri mahkamah juga telah memberikan hak pengguguran terhadap remaja itu, namun pihak hospital tidak mengendahkannya dan tetap meneruskan keputusan untuk menjalankan pembedahan Caesarean ke atas gadis malang berkenaan.

Foetus di dalam perutnya yang baru mencecah usia lima bulan berjaya dikeluarkan dalam keadaan masih hidup, tetapi kemungkinan besar ia tidak dapat hidup lama. 

Para aktivitis yang memperjuangkan hak menggugurkan kandungan tidak puas hati dengan keputusan hospital berkenaan. Mereka berkumpul di perkarangan hospital dan menggesa agar wanita diberi hak untuk menentukan apa yang terbaik untuk kandungan mereka sendiri. 


Aktivis berkumpul di hadapan hospital bagi membantah tindakan pihak hospital
Sumber: nzherald

Malang sekali bagi mangsa kerana terpaksa mengharungi semua ini pada usia yang masih muda. Apa pendapat anda? Wajarkah hak pengguguran kandungan diberikan kepada setiap wanita? - CARI
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kroit92 3-3-2019 12:31 PM
Seorang remaja perempuan berusia 11 tahun dari Argentina ditimpa nasib malang apabila diperkosa suami kepada neneknya sendiri hingga hamil.


so.. atuknya le kan?
Quote taniabecks92 3-3-2019 12:46 PM
kroit92 replied at 3-3-2019 12:31 PM
so.. atuknya le kan?

atuk tiri.
Quote munchkin 3-3-2019 01:08 PM
Jaht gila hospital tu
Quote CharlesDera 3-3-2019 01:12 PM
mustahil...penduboq lgbt juborix selalu habaq yang negara2 KAPIAQ ni makan khinzir minum ethanol tapi tak perenah buat jenayah....juborix la habaq bukan saya....saya habaq jenayah membawa padah 999 anim izati...wakakakakakakkakaka
Quote MissCarcosa9753 3-3-2019 03:12 PM
Lain kali makan la nanas banyak2
Quote kibodwatriuh 3-3-2019 03:13 PM
adoi kesiannya budak tu, gagalnya masyarakat melindungi kanak-kanak. Bodoh-sebodohnya nak bagi budak tu bersalin segala. BODOH!!
Quote cikrosienona 3-3-2019 03:15 PM
It’s her body!! Let her decide!
selfish hospital
Quote pai.kacang 4-3-2019 09:04 AM
kesiannya. boleh pulak hospital langgar perintah mahkamah? bodoh punya polisi!
Quote haryatie 4-3-2019 09:09 AM
kesiannya
sial betul la jntn2  perogol ni
Quote BoLapciOus 4-3-2019 09:12 AM
Hanat punya atok
Quote Zaien 4-3-2019 09:18 AM
jahat atok tiri!
spital punnn sme..
Quote enhe.duanna 4-3-2019 10:19 AM
5 months...... baby sudah boleh ada deria mendengar
Quote Burong_Hantuk 4-3-2019 10:32 AM
ya allah...kasehan
Quote sukacactus 4-3-2019 10:38 AM
Malang berganda2...kesian!
Quote fifie_olin 4-3-2019 10:42 AM
awal bdk tu dah peyed ek
Quote clarizsa 5-3-2019 10:24 PM
Aduii siannyaaaa
Sejak akhir2 ni byk post kt fb pic kemaluan yg rabak akibat beranak normal tu
Ngilu je i tengok
Kesiannya bdk kecik kna pksa beranak hasil rogol lak

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.045565 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top