Bagi mereka yang mengikuti pertandingan bakat realliti Asia's Got Talent (AGT) musim terkini, pasti terkejut melihat kemunculan kumpulan gadis berhijab, NAMA memukau barisan juri dengan persembahan bertenaga mereka.
Memilih untuk mempersembahkan lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga, mereka mendapat pujian daripada barisan juri penyanyi Anggun dan Jay Park serta penerbit David Foster.
Bagaimanapun, David Foster berkata kumpulan itu perlu meningkatkan tahap vokal mereka untuk lebih maju ke hadapan. Beliau bagaimanapun memuji imej gadis berhijab dan berkata sangat bernilai komersial untuk dipasarkan di pentas antarabangsa. Menyemak lebih mendalam lagi latar belakan ahli NAMA, rupanya barisan gadis-gadis ini adalah mahasiswa di Universiti Malaya yang banyak terlibat dengan kegiatan kesenian. Video persembahan kumpulan yang dimuat naik ke media sosial mendapat banyak komen positif. Personaliti TV, PU Nasir mengatakan bakat mereka perlu digilap dan diketengahkan untuk membuktikan industri muzik Malaysia tidak memilih rupa dan pengikut sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat juga komen-komen negatif yang mempersoalkan pakaian mereka yang terlalu santai. "Seperti makcik kantin pergi zumba," kata seorang netizen. Sebahagian lagi mencadangkan supaya mereka memperbaiki harmoni suara, koreografi dan pemilihan lagu yang lebih sesuai. Walaupun baru ditayangkan minggu ini di peringkat uji bakat, rupanya rancangan ini sudah dirakam sehingga ke peringkat separuh akhir. Berita baiknya, seorang penonton yang menghadiri rakaman tersebut memecahkan rahsia bahawa kumpulan NAMA berjaya ke peringkat semi final! Tahniah kepada anggota kumpulan ini dan diharapkan mereka mampu mara ke peringkat yang lebih jauh lagi! - CARI
|
buapakperut replied at 2-3-2019 03:55 PM
vokalnya tak berapa harmoni dan tak lunak. walaupun ada versatility. tak berapa sedap.
ADVERTISEMENT