CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Konsert Dan Pakaian BLACKPINK Punca Keruntuhan Moral - Kelab Perkim UUM, Pu Syed

2-3-2019 09:50 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7468| Komen: 38|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Sebuah posting Facebook yang dimuat naik pada 25 Februari oleh Kelab PERKIM, Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi tular minggu ini kerana mencetuskan kritikan dan perbahasan antara netizen.



Kredit foto: Facebook

Status mereka menentang kehadiran kumpulan KPop BLACKPINK kerana dikatakan menjadi penyumbang kepada keruntuhan moral dan merosakkan pemikiran masyarakat. 

Status itu menjadi lebih hangat apabila seorang personality TV, PU Syed turut masuk campur memberian sokongan kepada kenyataan berkenaan.


Posting yang ditulis oleh Maryam Jamilah, Timbalan Ketua Exco Kesenian dan Kebudayaan itu mengutuk keras konsert kumpulan penyanyi wanita tersebut yang berlangsung pada Sabtu lalu. 


Menurutnya, Kelab PERKIM tidak menyokong konsert itu dan sebab utamanya kerana cara berpakaian dan tarian mereka.


Kredit foto: Facebook

Beliau turut menegaskan bahawa persembahan dan cara berpakaian ini akan mempengaruhi rakyat Malaysia terutamanya golongan pelajar. 

‘Bukan sekadar pemakaiannya sahaja yang melampau, malah tarian yang diperpertontonkan juga seolah-olah mencabar sesebuah negara Islam dan sekali gus menanam pengaruh yang tidak baik kepada rakyat Malaysia khususnya mahasiswa secara tidak langsung,’ tulisnya. 


Kredit foto: Carian Google

Beliau menggesa agar pihak yang bertanggungjawab dalam memberikan keizinan program tersebut dijalankan lebih berhati-hati dan perlu bertegas demi menjaga imej negara Malaysia. Bagaimanapun, kenyataan ini disambut dengan berbelah bagi oleh netizen.

Ada yang bersetuju seperti PU Syed yang berkata Malaysia menunjukkan kebebalan kerana menjemput BLACKPINK dan satu penghinaan kepada Islam.


Kredit foto: Facebook

Tetapi, penyokong BLACKPINK pula mempertahankan kumpulan itu dan berkata PERKIM perlu menghormati hak negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. 

'Kalau PERKIM nak melindungi nilai moral, apa kata halang penjualan tiket kepada orang Islam sahaja? Bukannya menghalang kedatangan BLACKPINK kerana kita ada kaum dan agama lain di negara ini,’ kata seorang netizen lagi.


Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook

Ini bukan kali pertama persembahan artis luar ditentang di Malaysia. Sejak 1996, negara ini telah mengenakan sekatan terhadap artis luar susulan bantahan daripada beberapa pihak.


Persoalannya, perlukan artis luar dihalang masuk ke Malaysia atau adakah penjualan tiket dibenarkan hanya untuk bukan Islam? Adakah anda berpendapat hiburan seperti tidak mendatangkan kesan negatif dan mempengaruhi moral masyarakat? - CARI
5

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 2-3-2019 10:05 AM
Definisi...'Tengok konsert...runtuh moral'???
Quote Artemesiaa 2-3-2019 10:09 AM
Dia orang tak datang sini pun dah berpuluh tahun ramai jer orang Malaysia yang berpakaian macam tu.  Contohnya cer tengok bila berada di shopping mall mau pun ke pejabat
Quote nazzse 2-3-2019 10:14 AM
Moral rakyat malaysia dah lama ru tuh dekk.
Aku pun tak suka BP tapi jgnlah salahkan mereka semata-mata, mentang2 baru dtg sini. Berlambak lagi faktor peruntuh yg senang nak access tiap masa.
Quote Sang_Pencinta 2-3-2019 10:20 AM
Teringat zaman-zaman universiti

Asal ada isu besar mesti nak menyampuk sama
Quote syadq 2-3-2019 10:56 AM
Moral ummah senipis kulit bawang.

Padahal sis pon layan du-du-du, habis exam marathon coffee prince, secretary kim kan?
Quote giyomi 2-3-2019 10:58 AM
Artemesiaa replied at 2-3-2019 10:09 AM
Dia orang tak datang sini pun dah berpuluh tahun ramai jer orang Malaysia yang berpakaian macam tu.  ...

Iol setuju dek, sebelum diaorg terkenal pon dah teruk dah runtuh dah moral anak2 muda kat sini. Iol mmg tak minat kpop lgsng, abis tu radio2 tempatan yg sibuk merancakkan lagu2 kpop sehingga mereka fofular taknak lar tegur. saja nak propa. bg pendapat iol, ko kekang knsert o no, it's still going to be the same, sama cam ko wat ceramah bagaimana pon, pembuangan anak tp berlaku...opppsss tersasar
Quote hasniey 2-3-2019 11:01 AM
Alahaiiii...lenkali tulis siap2.non halal.non muslim.ramai cina & india g concert.xyah la halang hak diorg.lgpon xabes2 salahkn kpop.
Artis islam sendiri ikut x garis panduan.peluk2 kt tv lepas.pegang2 lepas jgk.pastu salahkan artis non muslim runtuhkan moral pulak.
Quote Victorioussss 2-3-2019 12:04 PM
Gajah depan mata xnmpk

Xpyh nk tarbiah psl konsert korea la
Tgk dulu dlm negara
Kes bamjat safie bagai tu
Drama kul 7 waktu maghrib jalan cerita melalaikan
Konsert2 local
Retis leak video gmbr tunjuk bebird dan ketet

Bran, sound la y tu dlu
Quote kroit92 2-3-2019 01:28 PM
aku tak follow cerita-cerita artis korea ni
tapi nampak macam heavy je kes ni
hati-hati dik, awak tu student lagi. kalau cetus kontroversi, abis lecturer, universiti pangkah nanti
Quote 7doors 2-3-2019 01:55 PM
Ummah ni xtau ka?? Dlm Malaysia ni bukannya muslim saja yg ada..jgn la jdi ekstrim mcm ni...xda org paksa pun dtg konsert diorang tu...feeling suci sangat korang kan
Quote buapakperut 2-3-2019 02:26 PM
dorang dah balik dah pun sana, entah2 ekauorang dah puas rewind video konsert.
Quote sonatalady 2-3-2019 02:49 PM
Memang minat k pop.tp x delah sampai nak pergi tgk konsert...tu sayalah.
Cuma ni malaysia..dh sampai kaum lain x bole tgk ke?.sbb tu dorang pandang sebelah mata kat agama islam..siap hina lg.kdg2 sikap kita.
Nanti kalau BTS dtg ...jadi isu lg sekali.ke x jadi dtg.
nanti terpalit lah plak..ct bole plak buat konsert.
Quote NmeeraR 2-3-2019 03:46 PM
Kenapa tiap kali kpop dtg je ada isu erk?? Oghang puteh mai buat konsert takda bising  manapun...
Iuolss pun tak paham pasaipaa..

kalau bab pakaian n keruntuhan moral.. takyah kata dri  anasir luar la awk.. dalam malaysia ni pun dah banyak..... Ini Malaysia, yes negara Islam..

But kita still ada kaum lain, dan agama yang berbeza...  

Pokok pangkal diri sendiri ok. Kat mana kita nak letak pendirian kita. Iuols pun minat kpop, lagu oghang puteh, lagu melayu... ke apa..

tak terpikir pun nak ikut budaya or cara berpakaian...



Quote belilies 2-3-2019 04:14 PM
Kadang aku kesian ngan org muslim. Especially yg wujud manusia seagama dorg yg jenis kata dressing blackpink menyesatkan iman muslim di negara nih. Cana kau nak jadi penganut yg berbangga ngan agamanya sendiri kalu kau tak mampu tahan iman? U need other people to PREVENT SOMETHING BAD SUCH AS BLACKPINK happened to keep your iman in tact. Puihhh!
Quote nadie90 2-3-2019 05:10 PM
Xabis2 isu artis KPOP buat konsert punca keruntuhan moral.....adik ceq dah brp kali p tgk konsert...xdak pun smpai meruntuhkan moral...p enjoy tgk konsert...pastu habis blik rumah....cri la isu yg lbih pnting yg prlu kita ambil brt dri isu mcm ni....
Quote alesandra 2-3-2019 09:05 PM
NmeeraR replied at 2-3-2019 03:46 PM
Kenapa tiap kali kpop dtg je ada isu erk?? Oghang puteh mai buat konsert takda bising  manapun...
...

ko umur brape dik?ikut peredaran masa la.ini zaman kpop.kpop la jadi isunya.dulu zaman rock usahkan omputeh mai ..konsert battle of band melayu pun gomen kata haram.awie tu siap potong rambut digunting dek menteri penerangan masa tu secara live kat rtm ko tau dak??
Quote AbukRokok 2-3-2019 10:18 PM
benda dah jadi baru kau nak bising hanat
org berparti malam tahun baru kau dah tau awal siap booking polis join serbu
Quote kay781 2-3-2019 11:36 PM
Zizi kirana apa citer pu? Tak nak tegur?
Dan ramai lagi artis perempuan on off tudung, seksi ketat sendat. Itu yang sebenarnya punca utama.

Takat konsert ni apalah sangat. Dulu kecik-kecik circa 1998 I terdedah la jugak, dengar radio lagu lagho lagu jiwang dan kat tv pun ada klip video berbikini light2. Tapi takde pun I nak tiru. Duhhh
Quote LautBiru52 3-3-2019 12:56 AM
Blackpink punca keruntuhan moral? Biar betul diorang ni. Hahahahahaha. Lawak sungguh

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.111150 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top