Malaysia sekali lagi digemparkan dengan gosip Aliff Aziz yang dikatakan mempunyai skandal dengan pelakon Octavia Manrose. Video mereka di sebuah kelab malam dirakam oleh orang awam dan dihantar kepada isterinya, Bella Astilah.
Berikutan itu, Bella memuat naik status emosional tentang Aliff dan mendedahkan Aliff sudah lama tidak pulang ke rumah. Dalam beberapa hari ini juga, terdapat banyak progres yang berlaku tentang isu ini. Antaranya termasuklah ibu Aliff yang memuat naik status seolah-olah ditujukan kepada menantunya supaya memelihara aib suami.
Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan ibunya yang dilihat seolah-olah menyalahkan Bella serta mempertahankan perbuatan anak sendiri walaupun salah. Justeru, Aliff yang menyepi setelah beberapa hari telah membuat Live Video di laman instagramnya lebih kurang jam 12 tengah malam tadi secara tiba-tiba. Berdasarkan latar belakang di dalam video tersebut, Aliff berada di dalam sebuah bilik, dan mungkin dia masih belum pulang ke rumah isteri dan anaknya. Orang ramai ternanti-nanti apakah yang ingin diperkatakan Aliff berkenaan isu tersebut. video itu ditonton lebih tujuh ribu pengikut. Rupa-rupanya, Aliff hanya ingin netizen supaya tidak melibatkan ibunya ke dalam isu tersebut. Menurut Aliff, ramai menghakimi ibunya yang kononnya membela Aliff sedangkan mereka tidak kenal siapa ibunya dan bagaimana dia mendidik anak-anaknya. Aliff mempertahankan ibunya dan menyebut status itu adalah status umum dan tidak menyebut nama sesiapa pun. Dia tahu ibunya tidak mempedulikan tohmahan netizen, namun sebagai anak Aliff rasa bertanggungjawab untuk menjernihkan keadaan. Aliff juga menceritakan bahawa ibunya ialah seorang yang tegas dan tidak membelanya seperti didakwa netizen. Bahkan, ibunya pernah memblok dia di aplikasi whatsapp disebabkan kesalahannya untuk menghukum Aliff supaya dia sedar. Selain itu, ibu Aliff turut mengambil langkah untuk tidak bercakap dengan anaknya itu sebagai pengajaran buat Aliff agar dia berubah. Walau bagaimanapun, Aliff tidak mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Bella, kerana dia akui semua adalah kesilapannya dan tiada guna jika dia memberi komen mengenainya seolah-olah menegakkan benang basah. Sebagai penutup videonya, Aliff meminta orang ramai untuk berhenti melemparkan tohmahan kerana dia manusia biasa dan melakukan kesilapan sama seperti orang lain. Dia berharap agar para netizen tidak mengeruhkan lagi keadaan. Video berdurasi selama lebih kurang 30 minit itu mendapat pelbagai respon dan reaksi daripada netizen. Isu ini masih belum reda nampaknya. Semua orang tertanya-tanya apakah Aliff dan Bella akan berbaik semula selepas isu sama berlaku kali kedua. Kepada Aliff, cubalah menjadi anak, suami serta ayah yang baik. Semoga ini kali terakhir kita mendengar cerita kurang enak mengenai Aliff Aziz! - CARI |
6
Bagus |
9
Marah |
12
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
salmon-suki replied at 2-3-2019 01:28 AM
Kalau aiolzs laa,aiolzs mmg xkan rujuk balik ngn belaa tu,first and second case sama,bella meroyan k ...
ADVERTISEMENT