CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Hang Tak Boleh Join, Pi Solat Luar" - Dulu Kembang Dipuji Jadi Imam, Kini Dihalau Dari Saf

1-3-2019 02:38 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11328| Komen: 49|Original author: Oleh: LilRose

Menjadi kebiasaan orang akan memandang aneh dan ragu-ragu terhadap individu yang berpenampilan sedikit luar biasa.


Kredit foto: FB Empayar Media

Seperti yang berlaku kepada lelaki berimej rock ini, dia dikatakan dihalau salah seorang jemaah apabila masuk ke surau dengan penampilannya berambut berwarna merah.


Kredit foto: FB Angah Cole

Lelaki yang dikenali sebagai Izat ini lebih popular dengan nama Kembang dan dia pernah tular selepas gambarnya menjadi imam di surau Aman Central tersebar di laman sosial.



Kredit foto: FB Angah Cole



Terbaru, seorang pengguna berkongsi mengenai kejadian pahit yang menimpa Kembang ketika ingin menunaikan solat di Masjid Pantai Johor.

Usai mengambi wuduk dan ketika nak masuk saf, seorang jemaah menegur penampilannya yang tidak sesuai sebelum menyuruh Kembang solat di luar.


Kredit foto: FB Angah Cole

Rata-rata netizen yang melihat posting itu memberi pandangan dan hujah mereka sendiri. 


Kredit foto: FB

Ada yang menyokong dan ada yang menempelak anak muda seperti Kembang yang tidak mengutamakan penampilan bersih ketika menghadap Yang Esa terutama di surau atau masjid.


Kredit foto:FB

Dalam masa sama, ada yang berkata, tindakan segelintir masyarakat yang cepat melenting menyebabkan ramai anak muda semakin menjauhi masjid.


Kredit foto: FB

Rambut berwarna tidak sah solat? Segelintir netizen menerangkan kebanyakan pewarna rambut di pasaran hari ini telap air, sekali gus memperlekehkan golongan yang tidak mengikuti peredaran zaman, tetapi menuduh membabi buta.


Kredit foto: FB

Kongsikan pula komen dan pandangan anda. - CARI
6

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
13

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 1-3-2019 03:03 PM
slow2 sembang boleh layan lagi kot
dah kalo kena terjah, cakap menekan2 tetiba
mana tak sentap

knowing budak2 sekarang fragile namateyyy
luar je punk rock, hard core, black metal yadayada
dalaman taman astakona

masing2 relax2 sudah

ko kena nasihat ko hadam
ko bagi nasihat ko adab

perlu ke viral?
Quote idakamaruddin 1-3-2019 03:05 PM
masalah dia kan mana sah solat rambut kaler mcmtu nape aku rasa mamat rambut merah ni viral je sebenarnye ek?

Quote Orgkgdukobesi 1-3-2019 03:09 PM
Apsal dia tak boleh sembahyang disini? Situ ada dress code kah? Kena bersih ikut standard penduduk disitu kah? Kalau dia fikir dia dah cukup bersih nak menghadap Tuhan, siapa kita nak menghalang??

Kalau masjid atau surau dan kariahnya sendiri tidak mesra dgn ummah, jangan marah kalau ada ummah yang menjauhi masjid dan surau in future.
Quote Zeatyisaac 1-3-2019 03:46 PM
Kalau dia sekadar singgah untuk solat, boleh diterima kerana dia dalam perjalanan, mana nak sempat tukar pakaian. Tapi kalau dia kariah masjid tersebut, mohon sopan dan hormatilah kariah kerana kita hidup bermasyarakat. Jangan pentibgkan diri sendiri.
Quote Zeatyisaac 1-3-2019 03:54 PM
himun_hino replied at 1-3-2019 03:14 PM
dia bersih atau ikut dress code pun tetap takboleh jd imam jika tak sempurna wuduk.
rambut color ...

Yer, saya selalu bertekak tentang pewarna rambut ni. Pewarna tu mungkin halal tapi pewarna itu menghalang wudhu' rata ke kepala, itu yang tidak sempurna. Camner nak solat.
Quote sinalegna 1-3-2019 04:04 PM
Kalau masjid / surau rural ni kariahnya mostly mmg semedang berlagak holier than thou je

Nmpk orang luar nk join berjemaah pon dok pandang atas bawah bagai nak rak. Cemuihh la
Quote palmolive 1-3-2019 04:06 PM
Zeatyisaac replied at 1-3-2019 03:54 PM
Yer, saya selalu bertekak tentang pewarna rambut ni. Pewarna tu mungkin halal tapi pewarna itu men ...

so pewarna ni telap air ker tak?
Quote kroit92 1-3-2019 04:18 PM
kalau ikut komen budak2 yang power follow peredaran zaman kat atas tu,
asalkan dye rambut permeable, boleh je kaler warna-warni, sah solat
jangan hidup zaman batu katanya

kalau ikut logik dia, lepas ni warna-warni bak riang-ria di aidilfitri la rambut budak2 Malaysia ni

macam mana pun, nak mengadap Tuhan, senonoh la sikit penampilan tu
pakai elok-elok, wangi-wangi
senonoh ni pulak, subjective sekarang ni
definisi senonoh budak2 muda sekarang lain
definisi senonoh orang tua2 sekarang lain

nak selamat, kena lah tau cultural conformity
brader kembang ni antara contoh sub-sub-culture.
tak salah, cuma sukar diterima sebab terlalu berbeza, tu yang jadi conflict tu
Quote irwansuhadi 1-3-2019 04:46 PM
Siapa lah aku untuk menilai, aku hanya manusia.
Quote lemak_masin 1-3-2019 04:59 PM
Kite ni kalau boleh elakkan dari menjadi punca fitnah.. dah tau nak solat, cuba laa buat penampilan tu sesempurna yang termampu.. ikat ler rambut tu skit walaupun ia berwarna..(pewarna la ni byk yg dah telap ayer)..  pakaian tu sopan  skit.. jgn solat pun nampak bulu ketiak.. tak salah nak berpesen, bila nak mengadap Allah usahakan la supaya lebih sopan.
Quote dekmieDandy 1-3-2019 05:03 PM
boleh je dia nak hulur kain pelekat ke, kopiah ke dulu

ni gi bantai halau terus
Quote ffbeauties 1-3-2019 05:50 PM
Ramai pulak yang memandai mandai hukum sah tak sah solat...
Mungkin kena belajar dulu sebelum bagi 'fatwa'
Quote bezita60 1-3-2019 05:52 PM
Pewarna rambut yg benar2 telap hanya dr inai. Tapi inai takkan mampu mewarnakan rambut hitam menjadi blonde dsb. Inai based product hanya mampu warnakan rambut yg uban menjadi lebih gelap, cth oren, coklat atau hitam.
Pewarna cerah ke atas rambut hitam, bukan jenis permeable. Lebih kepada coating/salutan. Kalau fikir logik pun, mcmne pewarna cerah tu dpt serap dan warnakan rambut yg asalnya hitam pekat? Sudah tentu pewarna rambut itu hanya salutan atas permukaan rambut asal.
Halal tidak semestinya telap air. Dah kalau tak telap air, mcmne mandi wajib dan wudhu’? Jadi imam pula tu dgn wudhu yg tak sah..
Parokk
Quote imransulaiman 1-3-2019 06:51 PM
idakamaruddin: masalah dia kan mana sah solat rambut kaler mcmtu nape aku rasa mamat rambut merah ni viral je sebenarnye ek?


Setuju 1000000%
Aku pun tak boleh nak husnuzon..
Quote kakigebang 1-3-2019 07:39 PM
pakai la elok sikit, ni pakai singlet ja, mmg la tutup aurat tp takda adab mengadap allah taala, bukan darurat pun, dgn rambut kembang kaler merah hang jg marah la kalau org pandang atas bawah...pakai la elok sikit...skrng mmg dah trend,  saya clubbing tapi pakai tudung, saya pakai ketat tapi bertudung, saya mencarut tapi sy berhijab, saya solat tapi rambut dreadknot dll
Quote najib888 1-3-2019 07:44 PM
Parking moto kat Aman Central jalan kaki ke Masjid Pantai Johor????
Mamat ni lembam ka apa? Gila isim? Ka bipolar?
Quote ffbeauties 1-3-2019 07:52 PM
[youtube]M1iE-S6uSlA[/youtube]
Quote kivio 1-3-2019 08:09 PM
Masuk istana manusia pon, pakai kene kemas. Padahal kalau pakai tshirt pon tak berdosa, masih tutup aurat.
Apatah lagi masuk rumah Allah.

Otak tu guna la sikit.
Quote safriehalim 1-3-2019 09:24 PM
Tutuplah kepala tu kalau nak sembahyang. Kalau dibiarkan pun tak bagus, jadi contoh yg tak baik. Ambil teguran tu utk ubah penampilan semasa solat. Kalau tak boleh tegur, duduk dlm gua.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.050310 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top