CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 13 Tahun Terjun Bangunan Kerana Tak Siap Kerja Sekolah

1-3-2019 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5587| Komen: 23

Seorang remaja berusia 13 tahun sanggup membunuh diri hanya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah ketika cuti musim sejuk, lapor Shanghaiist.


Menurut ibu bapa mangsa, Xiao Jin pergi ke sekolah seperti biasa pada hari pertama bagi semester baharu pada 21 Februari lalu.

Bagaimanapun, setengah hari kemudian gurunya menyuruh Xiao Jin pulang untuk menyiapkan kerja sekolahnya yang diabaikan semasa musim cuti persekolahan.

Namun, keadaan bertukar tragis apabila Xiao Jin bertindak terjun bangunan dan meninggalkan sekeping nota bunuh diri.


Foto: Shanghaiist

Difahamkan, polis dan pihak sekolah mengumumkan pihak mereka sedang menyiasat kes berkenaan.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna laman sosial Weibo cenderung memihak kepada guru berkenaan dan menegaskan bahawa guru terbabit hanya menjalankan tugasnya.

Di China, ibu bapa dan pihak sekolah terkenal dengan sikap mereka yang sering memberi tekanan kepada anak-anak hingga ada yang tidak sanggup memikul beban itu dan memilih jalan singkat dengan membunuh diri. - CARI
6

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • missayeen

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanny_1 1-3-2019 12:56 PM

aku punya buku sekolah pernah kena baling dengan cikgu dari tingkat 3 terbang ke bawah.
tunggu time rehat baru p ambik.
selamat aku tak terfikir nak terjun mana2 bangunan.
Quote MissCarcosa9753 1-3-2019 12:58 PM
Bising je cikgu ni
Biarlah budak tu xbuat pun
Asalkan dia sekolah
Quote bakingsoda 1-3-2019 01:09 PM
kesian budak tu kerja sekolah punya pasal sampai bunuh diri. teruk betul tekanan. dulu selamba jah mkn kat kantin dgn muka kena lukis dgn marker sbb tak siap kerja sekolah habis waktu rehat baru boleh cuci. tapi tetap tak insaf sekolah menengah duduk depan meja cikgu pon acah2 mintak budak belakang pas karangan konon nak kumpul hantar kat cikgu, kite punya takde pon hantar
Quote duri_durians 1-3-2019 01:21 PM
budak skrg tak kuat mental ke atau cikgu dan ibu bapa skrg melampau?
Quote fushimi 1-3-2019 01:34 PM
pendek tu akal ko dik

setakat tak siap kerja sekolah apa sangat

akak dulu ratu tak siap kerja sekolah aman aman ja walau kena bambu ngan cikgu je hari hari

Quote precious_chicas 1-3-2019 02:33 PM
nanny_1 replied at 1-3-2019 12:56 PM
aku punya buku sekolah pernah kena baling dengan cikgu dari tingkat 3 terbang ke bawah.
tunggu ti ...

ai pulak buku latihan kena campak dari tingkat tiga oleh cikgu sejarah
Quote nanny_1 1-3-2019 02:34 PM
precious_chicas replied at 1-3-2019 02:33 PM
ai pulak buku latihan kena campak dari tingkat tiga oleh cikgu sejarah



iols buku KOMSAS BM.
zaman dulu nak baca KOMSAS malas kot apatah lagi nak list nilai2 murni la pengajaran la apa la.
sejarah subjek fav tapi selalu tetido dalam kelas.
Quote Nana_Man 1-3-2019 03:40 PM
Kalau kat china, bole expect jd mcm ni...tak fail exam pun bunuh diri..
Quote wajaman 1-3-2019 04:01 PM
dlu masa sekolah rendah,ada member aku pernah buat2 padam satu muka surat konon2nya salah buat..
skali cgu bg ayat,kalau btul kamu salah buat kemudian kamu padam,kenapa takde langsung bekas tulisan pensel di muka surat kamu??

trus kne berdiri atas meja
Quote kroit92 1-3-2019 04:08 PM
nanny_1 replied at 1-3-2019 12:56 PM
aku punya buku sekolah pernah kena baling dengan cikgu dari tingkat 3 terbang ke bawah.
tunggu ti ...

sama la. hampir satu kelas buku terbang dari tingkat 3 ke tanah,
salah jawab satu soalan je. tapi dapat cikgu meroyan, cikgu baru dari sekolah lain. kena pindah sekolah tanpa rela. first time dia masuk kelas, terus dia maki seluruh rakyat negeri, daerah, sekolah, semualah dia tak suka   dia tak puas hati, budak2 jadi mangsa keadaan
Quote nanny_1 1-3-2019 04:12 PM
kroit92 replied at 1-3-2019 04:08 PM
sama la. hampir satu kelas buku terbang dari tingkat 3 ke tanah,
salah jawab satu soalan je. tapi ...



kah kah kah.
lawak weh cita hang.
kena dapat cikgu period pulak.
lagi naya.
pernah jadi 1 kes cikgu tu period. so bocor lekat kat kerusi.
ada ke disuruhnya kami yang g bersihkan kerusi dia duduk.
siap budak2 laki time tu p cium2 bau lagi darah period tu.
masa tu kan bodo dalam form 1 gitu.
curiousity kills the cat.
Quote ninja boy 1-3-2019 04:38 PM
Buat kerja sekolah kat sekolah la, apa barang Buat kerja sekolah kat Rumah time cuti, time cuti pergi cuti huhahua la pergi bela ayam mencangkul memancing
Quote giyomi 1-3-2019 04:59 PM
iol pon pernah kena campak dek cikgu matematik. tp akak menyesal skrng sebab bodo
Quote jalfa 1-3-2019 05:03 PM
Anak ku aritu nangis Inangis nak ponteng sbb cekgu math garang...aku layankan aje...
Quote nishikido 1-3-2019 07:15 PM
I pernah kena berdiri depan kelas sorang2 dan buku latihan kena campak keluar dari tingkat 4 sebab xbuat homework..mujur i berhati waja.mampu menjalani hukuman tanpa sebarang kesal malah berbangga bercerita dengan korang..huhuhu
Quote Nenolen 1-3-2019 07:44 PM
jalfa replied at 1-3-2019 05:03 PM
Anak ku aritu nangis Inangis nak ponteng sbb cekgu math garang...aku layankan aje...

Hehehe...you mcm I jugak yek...kekawan gelar I  memteri pendidikan...
Quote sehirkedi 1-3-2019 09:11 PM
Kesiannya.. Gamaknya takut sangat kena marah, denda atau pukul sebab kerja tak siap..
Heheeh.. teringat sekolah dulu.. Iols selalu menangis sebab kerja tak siap..
Tak siap sbb tak cukup masa.
7.00pg - 12.30 tgh hari sekolah kebangsaan
1.30 ptg - 6.30 ptg sekolah agama
Lepas maghrib mula buat kerja rumah kekadang sampai pukul 1pagi.
Matematik setiap hari 100 soalan kena siapkan, subjek lain lagi tambah pulak kerja sekolah agama.
Memang leh mendatangkan tekanan.
Quote kroit92 2-3-2019 01:36 PM
sehirkedi replied at 1-3-2019 09:11 PM
Kesiannya.. Gamaknya takut sangat kena marah, denda atau pukul sebab kerja tak siap..
Heheeh.. teri ...

sama la kita
letih gila waktu tu. selalu tertidur dalam kelas, penat.
homework selalu tak siap. buat homework sekolah pagi, sekolah petang tertinggal. buat sekolah petang, sekolah pagi tertinggal.
macam aku, ramai adik kecik, waktu malam la kena tolong diorang prepare esok nak sekolah. baju la, tudung la, baju sukan. tolong homework diorang. mak ayah kerja, aku yang ganti buat kerja rumah. tengokkan adik makan, basuh pinggan mangkuk, basuh sidai baju walaupun waktu malam.

lepas tu pergi sekolah, kena lempang cikgu, sebab salah buat satu soalan, kena lempar buku keluar tingkap
aiyoo, rasa nak follow buku tu terbang tingkat 3. umur 9 tahun dah penat hidup
Quote CiliPadiSedap 2-3-2019 03:51 PM
Kt atas ni semua contoh xbaik.. mohon anak2 jangan ikut.. kerja sekolah untuk disiapkan bukan untuk di tangguh .. biarkan acik2 kepam xbuat kerja sekolah..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.043742 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top