CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Pakar Indonesia Malu Dikait Melatih Doula, Mahu Kak Yat Minta Maaf!

1-3-2019 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10439| Komen: 92|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kenyataan doula Hayati Muzaffar atau lebih dikenali sebagai Kak Yat yang mendakwa menerima latihan untuk menyelia kelahiran dari seorang doktor di Indonesia telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengamal perubatan di negara jiran tersebut.


mStar Online melaporkan, Presiden Persatuan Toksikologi Indonesia, Dr Tri Maharani menafikan sekeras-kerasnya dan menyatakan, 

“Wah menakutkan sekali. Saya kira itu tidak benar. Saya pasti tidak ada seorang pun pakar kecemasan yang akan melakukannya.

“Saya sangat terkejut apabila ada pakar kecemasan dikaitkan dengan amalan itu. Tentu sahaja kami tidak setuju."


Dr Tri Maharani (kanan) Kredit foto: mStar Online

Malahan menurutnya Kerajaan Indonesia sendiri tidak mengiktiraf peranan doula di negara itu.

“Di sini tidak boleh guna doula. Kalau pun ada di desa terpencil yang tiada doktor atau bidan. Itu pun kerana terpaksa.

“Namun masyarakat Indonesia ada program Klinik Ibu dan Anak (KIA) dan semua ibu harus berdaftar dengan puskesmas (klinik kesihatan) atau hospital mini di setiap daerah."


Tambahnya mereka tidak akan sesekali menggunakan khidmat doula dalam proses menyambut kelahiran bayi.

“Ya pasti tidak ada. Ini kerana program KIA sangat ketat. Kalau ada kematian ibu melahirkan maka doktor dan bidan akan dihadapkan ke jawatankuasa perubatan.

“Malah doktor dan bidan juga boleh dipenjarakan kalau bersalah. Jadi kami sangat takut. Angka kematian ibu hamil dan melahirkan tinggi, jadi strategi ini dilaksanakan sejak 30 tahun lalu."

Justeru itu Dr Tri menggesa Kak Yat agar membuat permohonan maaf kepada pakar perubatan kecemasan di Indonesia.

“Dia harus minta maaf. Kenyataan dia membuatkan kami semua malu. Pakar kecemasan di seluruh Indonesia tidak ramai, hanya ada 58 orang kesemuanya.

“Jadi saya kenal dan tahu semua. Tapi kalau (individu) mengaku pakar atau pakar kecemasan palsu mungkin ada. Jika Doktor Perubatan Am (GP) atau doktor mengaku pakar kecemasan itu soal lain. Saya yakin bukan pakar kecemasan.”

Sebelumnya Kak Yat pernah mengeluarkan kenyataan dalam perogram Analisis menyatakan, 

“Pertama kali masa saya dilatih menjadi doula pada 2012 dibawah pimpinan seorang doktor bekerja di Jakarta sebagai doktor pakar kecemasan.

“Dia ada studio yoga. Jadi dia ajar di dalam studio yoga untuk jadi penyokong emosi.”

Bagaimanapun Dr Tri menyangkal dakwaan berkenaan.

“Seramai 58 pakar kecemasan Indonesia tidak ada praktik di rumah dan buka studio yoga. Saya pasti itu bukan pakar kecemasan. Mungkin doktor biasa atau GP atau doktor palsu.

“Jadi saya memerlukan nama doktor yang dimaksudkan untuk saya buat laporan kepada Kementerian Kesihatan dan Persatuan Doktor Indonesia." -CARI

1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • darls


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cutieslilies 1-3-2019 10:35 AM
padan muka ko yatttttt...rasainnnnn
Quote noraidil_06 1-3-2019 10:39 AM
Gila yatt ni. Bencinya tgk
Quote Catpaw 1-3-2019 10:45 AM
pakar 58 ja kat indon... sian pulak kat dia...
Quote cikwawi 1-3-2019 10:53 AM
dia ada bipolar disorder ye?
Quote Cookingholic 1-3-2019 10:53 AM
Hahahaha rasain lho! In your face la yatt. Semua ayat ko takbleh pakai. Dasar gagal total
Quote eyansss 1-3-2019 10:56 AM
mampus ko yatt... ko nak pusing apa pulak kat fb ko kalini...
Quote AnaisAnais 1-3-2019 10:58 AM
rasainnn


dia ingat org indon tak tgk tv malaysia? tak ikuti hot issues kat malaysia?


Quote batmana 1-3-2019 10:59 AM
harap pihak berkuasa tangkapla doula2 ni

pasal bunuh baby yg mak nya sndiri bodo + baghal

Quote zuriey 1-3-2019 11:24 AM
sampai skrng i rasa jijik tgk dia bt style doggie live pulak tu..
Quote lemak_masin 1-3-2019 11:32 AM
Semua ni duit punya pasal... tipu sana tipu sini.. padan muka doulaaa ni.. pakar dari seberang pun dah berbunyiii... pakar kecemasan yang ada yoga  tu mesti alaa-ala yatt jugaaak palsu lagi memalsukan..
Quote leylapple 1-3-2019 11:35 AM
saman si yat nie ahahahahahahah....

sure blh bayar kan? 1 patient service dah lebih 5k..lom lagi kelas seorang cas rm400
Quote duri_durians 1-3-2019 11:37 AM
Pakar kecemasan di seluruh Indonesia tidak ramai, hanya ada 58 orang kesemuanya.


pakar apa yg dia maksudkan? macam sikit sangat nisbahkan kepada rakyat indonesia.
Quote anastasia7 1-3-2019 11:41 AM
duri_durians replied at 1-3-2019 11:37 AM
pakar apa yg dia maksudkan? macam sikit sangat nisbahkan kepada rakyat indonesia.

Doktor pakar yg handle bahagian Kecemasan & trauma kot
Quote NeckPillow 1-3-2019 11:59 AM
hahaahaha

ko berhalusinasi ke yatttttttt
Quote kucingitam 1-3-2019 12:00 PM
habis la yatt..main petik je..len kali petik la dr pakar kat rusia atau antartika..jauh sikit, yatt...drg tak dpt siaran tv malaysia..
Quote shi_jewel 1-3-2019 12:05 PM
dia kan main sebut je...asal yang terlintas di otak dia time debate.
Quote sukacactus 1-3-2019 12:08 PM
Famous ko doula yatt!
Sampai doktor pakar indon pun nk berkenalan
Quote AnBulisia 1-3-2019 12:14 PM
58 orang sahaja?
untuk servis kepada 300 ++ juta rakyat dia?

Quote tangen 1-3-2019 12:14 PM




Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.074370 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top