Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menerima tujuh jahitan di dahi selepas dilempar gurunya di pusat jagaan kanak-kanak Brighter Day Care di St Louis County, Missouri.
METRO melaporkan, dalam kejadian pada 1 Februari itu, guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) melempar mangsa ke arah perabot di dalam sebuah kelas. Sebelum kejadian, kanak-kanak berkenaan dilihat sedang berdiri di sebelah kerusi sebelum guru terbabit menghampirinya dan menarik tangannya, lalu dilempar hingga terjatuh merempuh perabot. Wanita terbabit kemudian dilaporkan mengirim nota kepada ibu bapa kanak-kanak itu dengan menjelaskan kecederaan pada kepala mangsa adalah disebabkan dia terjatuh.
Peguam Jennifer Hansen yang mewakili keluarga mangsa berkata kepada Fox2, pengarah pusat jagaan kanak-kanak berkenaan, Sharon Williams hanya melihat rakaman tersebut lima hari selepas kejadian apabila dihubungi keluarga mangsa yang menuntut untuk melihat sendiri apa yang berlaku kepada anak mereka. Sejurus itu, guru terbabit dipecat, manakala pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap suspek dan majikannya. Difahamkan, Sharon enggan memberi sebarang komen berhubung kejadian kerana kes masih dalam siasatan. - CARI
|
5
Bagus |
8
Marah |
4
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
munchkin replied at 28-2-2019 10:42 PM
Kemain pengarah pusat takmo komen ye. Mentang2 skin color lain. Kalau skin color sama, cikgu tu skin ...
ADVERTISEMENT