CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hantar Isteri Jadi Wakil, MB Negeri Sembilan Dikecam Netizen

28-2-2019 02:08 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 9792| Komen: 78|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Kredit foto: Facebook


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dikecam hebat oleh para netizen berikutan tindakannya menghantar isterinya sendiri sebagai wakil dalam satu majlis di sebuah sekolah di Seremban pada 26 Februari lalu.

Kritikan demi kritikan dilontarkan selepas bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin memuat naik dalam laman Facebook miliknya pada 27 Februari gambar yang memaparkan Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan dan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG di sekolah tersebut sebagai wakil suaminya.

Sebahagian daripada mereka bimbang tindakan yang dikatakan tidak mengikut protokol itu boleh dijadikan isu besar oleh pihak lawan sekali gus menjejaskan peluang Pakatan Harapan untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan PRK DUN Rantau.


Kredit foto: Facebook

Ada juga dalam kalangan netizen yang berpandangan, tidak menjadi kesalahan bagi Wan Hasni merasmikan majlis tersebut cuma ia tidak sewajarnya dilakukan atas kapasiti sebagai wakil Menteri Besar Negeri Sembilan.

Difahamkan, jika mengikut protokol, hanya anggota pentadbiran kerajaan negeri seperti Exco yang dibenarkan untuk mewakili Menteri Besar dalam majlis rasmi.

Kredit foto: Facebook

Terdahulu, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard dalam status Facebook berkenaan secara menyindir menyatakan jemputan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan tidak sepatutnya disamakan dengan 'jemputan ke kenduri kahwin'.

"Patut antar ah setiousoho politik kalau tak wakilkan exco kor (Sepatutnya hantarlah Setiausaha Politik atau wakilkan kepada Exco," katanya.

Badrul Hisham Shaharin Kredit foto: Facebook

Sementara itu, memetik laporan Bernama, Aminuddin menjelaskan bahawa beliau tidak dapat menghadiri program di sekolah berkenaan kerana dipanggil menghadap ke istana pada waktu yang sama. 

Menurut beliau, pihak sekolah turut menjemput isterinya dan meminta Wan Hasni mewakilinya setelah dimaklumkan beliau tidak dapat hadir.

"Sebelum ini, ada juga isteri pemimpin yang mewakili suami mereka untuk hadir ke program tertentu seperti mengaji atau membabitkan hal ehwal wanita tetapi tidak  pula dipertikaikan," katanya.

Aminuddin Harun. Kredit foto: Faceboo
Sama ada perkara itu melanggar protokol atau tidak, eloklah Aminuddin mengambil kira pandangan rakyat agar Pakatan Harapan tidak mencipta rekod mentadbir Negeri Sembilan selama sepenggal sahaja. - CARI
5

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harizs 28-2-2019 02:27 PM
PH punya bangang tak boleh bawak bincang
Quote Simunggu 28-2-2019 02:30 PM
dulu BN kena kutuk tapi tak pernah buat sampai mcm ini......hebat YB PH ni...
Quote MakareyumSuciey 28-2-2019 02:32 PM
Isteri dia ckgu and bila suami jadi MB...kenalah cuti jadi ckgu dulu kenn...motif ganti hubby buat keja politik? Gila kuasa ke...gila nama?
Quote cmf_shalom 28-2-2019 02:35 PM
x pernah2 dibuat org..
PH boleh x buat pekara senonoh skit
Quote CharlesDera 28-2-2019 02:37 PM


apo bangang eh? wakakakakakakakkaa
Quote batmana 28-2-2019 02:37 PM
pasni leh la isteri no 2 , 3, 4 rasmikn
pstu anaknya
neneknya
pak sedara

mak ko ijau
Quote lemak_masin 28-2-2019 02:39 PM
nak ikut jejak kak ros ke?
Quote Acikgomen 28-2-2019 02:39 PM
MakareyumSuciey replied at 28-2-2019 02:32 PM
Isteri dia ckgu and bila suami jadi MB...kenalah cuti jadi ckgu dulu kenn...motif ganti hubby buat k ...

Kak mah 2.0 katanye
Quote cap_ayam 28-2-2019 02:41 PM
pelik bin ajaib.. tak sabar nak tunggu induk eh uwan eh ko rasmikan majlis.. mana2 acik pun buleh.. ..
Quote MakareyumSuciey 28-2-2019 02:44 PM
Acikgomen replied at 28-2-2019 02:39 PM
Kak mah 2.0 katanye

Kann...biasalah..ckgu yang tetiber dapat title...gitulah gamaknya.
Quote anastasia7 28-2-2019 02:46 PM
Kalau pibg tu tahanlah. Ni penyerahan sumbangan persekolahan kan. Ntah la. Ku tak faham protokol ni
Quote RMlava 28-2-2019 02:47 PM
dah ada jawatan tu, amanah la sikit

bukan susah amna pun nak jaga amanah kalau ada pengetahuan agama


Quote jofizo 28-2-2019 02:49 PM
mb2 dari parti pakatun memang kartun....
Quote RMlava 28-2-2019 02:49 PM
pasal dia suruh bini dia jadi wakil??

dai sakit ka??

obersi ka??

atau sibuk main forum time ada kerja

Quote tri-max 28-2-2019 02:50 PM
takpa pak menteri
nanti jawatan isteri awok kat umah sebagai peneman bilik tidur boleh ganti dgn secretary office dikala isteri mu ada hal lain
boleh la cakap "i cover your back, you cover mine"
Quote Acikgomen 28-2-2019 02:51 PM
MakareyumSuciey replied at 28-2-2019 02:44 PM
Kann...biasalah..ckgu yang tetiber dapat title...gitulah gamaknya.

Kawan acik sorang gitu jugek. Lakinya hakim. Bila naik pangkat, kerajaan bagi la title dato. Sheols cikgu je. Lepas jadi datin, asal ada event kat skolah je, sheols jadi vip. Pengetua skolah pulak kena apit sheols
Terus kembang jubo up gambar kat pesbuk
Quote hussaini4675 28-2-2019 02:54 PM
MakareyumSuciey replied at 28-2-2019 02:32 PM
Isteri dia ckgu and bila suami jadi MB...kenalah cuti jadi ckgu dulu kenn...motif ganti hubby buat k ...

isteri dia masih bekerja jadi cikgu ke?
Quote zorrro_03 28-2-2019 02:55 PM
BUAT LAH apa saja.  negeri ini kita yang punya..  
Quote hussaini4675 28-2-2019 02:55 PM
CharlesDera replied at 28-2-2019 02:37 PM
apo bangang eh? wakakakakakakakkaa

kalau orang rembau, cakap 'hompong'

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.046272 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top