CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Malaysia Bakal Dideportasi Dari UK Kerana Gagal Buktikan Dia Gay

4-3-2019 11:06 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8745| Komen: 68|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Seorang rakyat Malaysia yang takut didakwa berikutan orientasi seksual beliau telah berhijrah dan memohon suaka di UK pada tahun 2005. Beliau bagaimanapun kini bakal dihantar balik kerana pihak pendakwaraya negara itu tidak mempercayai beliau seorang homoseksual. 



Kredit foto: Mirror.uk


Yew Fook Sam, 67, ditinggalkan isteri dan anak-anaknya apabila Sam tertangkap basah mempunyai hubungan sulit dengan beberapa orang mak nyah di Thailand. Setelah isterinya memohon cerai, Sam kemudiannya  berhijrah ke UK atas visa pelancong dan dihukum penjara selama 10 bulan pada tahun 2016 selepas ditangkap kerana bekerja secara haram di Liverpool.



Kredit foto: Mirror.uk



Walaupun terlibat dalam banyak kegiatan golongan LGBT termasuk menyertai banyak perarakan, pihak pendakwaraya tidak mempercayai beliau seorang gay dan mengarahkan supaya Sam dihantar balik ke Malaysia selepas hukumannya tamat. 


Sam yang kini cuba memohon status pelarian berkata beliau tidak mahu dihantar balik kerana kecenderungan seksualnya adalah satu kesalahan besar di Malaysia dan bakal dihukum dalam undang-undang Sivil dan Syariah.


Kredit foto: Mirror.uk

Permohonan Sam ditolak kerana pendakwaraya tidak mempercayai Sam seorang gay. "Sam tidak pernah ada teman lelaki dan tidak ada seorang saksipun boleh dipanggil mengesahkan Sam pernah berhubungan intim dengan lelaki dalam tempoh 30 tahun dia di UK" kata sumber itu lagi.


Sam bagaimanapun cuba memberitahu pihak Kementerian Luar UK bahawa dia sudah tua dan tidak memerlukan seks. "Hanya kerana tidak pernah ada teman lelaki atau berhubungan seks tidak semestinya seseorang itu bukan golongan LGBT" tambahnya. 



Kredit foto: Mirror.uk

Harapan terakhir Sam kini ialah sebuah pungutan suara ramai yang dilancarkan (online petition) supaya pihak berkuasa UK memberikan suaka politik kepadanya. Beliau juga dikatakan bakal mengemukakan permohonan baru selepas mendapat jumlah sokongan tandatangan yang mencukupi diperoleh. - CARI 

4

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enhe.duanna 4-3-2019 11:13 AM
mahkamah syariah mahu hukum ah pek ini ?beliau ini islam kah .....alasan saja
Quote shi_jewel 4-3-2019 11:16 AM
lgbt spesies 1 nite stand kot.
ekekeke..cannot brain dis story
Quote noraidil_06 4-3-2019 11:17 AM
Malangnya hidup ko uncle{:laugh
Quote Mina2215 4-3-2019 11:28 AM
Uncle ni perlu cari sorang yg sanggup mengaku jadi partner gay dia, barulah dia selamat. Soalnya, sapa nak ngaku?  Hehehehe
Quote CardiGans85 4-3-2019 11:28 AM
Sejak bila sharia law terguna pakai untuk orang bukan islam?

Quote grouper 4-3-2019 11:29 AM
Patut blh masuk tread lawak jenaka...
Quote CharlesDera 4-3-2019 11:29 AM
tak faham...awat la depa penduboq2 lgbt ni boleh menegang kote dengan lubang duboq...ada pulak yang suka menadah duboq untuk dikotekan....mungkin depa mewarisi sexual behavioral ini daripada binatang sebab berkemungkinan teori evolusi itu adalah benerrrr....bahawa manusia itu berasai daripada binatang kuaq daripada lubang duboq...hinanya hangpa penduboq lgbt dan penduboq etis...wakakakakakakakkaa

hangpa tak caya tanya abangberukz aka abangbikerz, Mangkaq5 aka M5, dan tak lupa otaku85 aka otakkuning85 aka koteku85.....depa pejuang2 duboq etis sejati lagi benerrrrr...wakakakakakkakakak
Quote sonatalady 4-3-2019 11:29 AM
Seronok duduk sana.tiba2 kantoi.
Manalah nak balik malaysia.sanggup buat apa saja..
Quote CharlesDera 4-3-2019 11:32 AM
kalau dikawinkan dengan rasul junjungan liberal siti kassim mesti sweet baq hang...wakakakakakkaka
Quote clarizsa 4-3-2019 11:33 AM
Bodohlah
Bila masa malaysia hukum gay pulak
Ramai je hepi2 kt malaysia ni
Gedik2 eh orgtua ni syok dok UK xmo balik msia buat alasan kelakar
Hahahahaha
Padan muka
Quote blythes 4-3-2019 11:34 AM
muslim ke dia ni
Quote Artemesiaa 4-3-2019 11:34 AM
Cipta alasan untuk terus menetap disana lagi pun dah lama disana mana dia nak balik dah.
Quote Sang_Pencinta 4-3-2019 11:35 AM
Uncle ni kena buat live show depan pegawai pendakwaraya kot baru boleh dipercayai
Quote sambaldurian 4-3-2019 11:39 AM
Ini la nama nya spesies hidung x mancung, pipi tersorong2. Diberi betis nakkan paha. Udah2 la tu, pakcik ni bkn memberi sumbangan kt dorg pun, tu omputih halau balik. Knp la nk jadi pati kt sana.omputih pun taw la msia ni bkn iran, afghan ada kes hatred kt gay. Paling padu the bawang netizen. Kes pancung2, simbah2 asid xde lg.
Quote Sang_Pencinta 4-3-2019 11:40 AM
https://www.change.org/p/home-of ... ion-of-yew-fook-sam


Quote alesandra 4-3-2019 11:44 AM
mirror neh pun satu bodoh...main tembak je.uncle neh bukan muslim pun nak dakwa dia kat mahkamah  syariah.artikel yg tak bertanggungjawab.ngabehkan boreh
Quote Malaysia.Doom 4-3-2019 11:45 AM
Propa la kau nyah
Quote insulin 4-3-2019 11:50 AM
Boyot dan tak hensem. Memang tak laku di mata gays sekalian.
Quote mesmerize 4-3-2019 11:55 AM
gigih apek ni pakai baju n accessories pelangi untuk menampakkan heols gayah yang haus.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.080960 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top