Setiap umat Islam dituntut supaya menutup aurat terutama ketika menjejakkan kaki ke masjid. Bukan itu sahaja, semua pengunjung bukan Islam juga diminta untuk menutup aurat sebagai tanda menghormati rumah ibadat Muslim itu.
Pun begitu, tular di Twitter baru-baru ini, apabila seorang gadis telah melawat sebuah masjid di India tanpa menutup auratnya. Menerusi kapsyen gadis itu, dia menyampaikan bahawa hijab adalah tuntutan budaya dan bukannya kewajipan agama. Keterangan gadis itu dihentam habis-habisan oleh kebanyakan netizen yang bengang kerana pendapatnya yang mengikut kepalanya sendiri dan tidak berlandaskan al-Quran. Ada juga netizen yang menyelar tindakan wanita ini yang melancong semata-mata untuk mencari masjid bersesuaian dengan kefahamannya. Menurut seorang netizen, ini bukanlah kali pertama gadis ini melakukan perkara sebegini. Maryam Lee yang juga aktivis feminisme pernah beberapa kali sebelum ini 'memanaskan' laman sosial dengan kenyataan-kenyataan provokasinya. |
Beribear replied at 28-2-2019 11:20 AM
Laa tempat pengajian mana dia belajar sampai ckp pakai tudung tu tuntutan budaya je? Kalau tuntutan ...
sharlenetexas replied at 28-2-2019 11:26 AM
Dia belajar dgn Alais kot
"Hijab is a social and culture construct, not a religious obligation."
ADVERTISEMENT