Wai Foo Sing, 68 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan memuat naik karikatur dan menghantar komunikasi jelik yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah.
Harian Metro melaporkan, bagi pertuduhan pertama, dia didakwa memuat naik karikatur yang menghina Nabi dan isterinya di Facebook, pada 17 Februari pukul 5 petang. tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298 A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun. Pertuduhan kedua, dia didakwa secara sedar memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada masa dan tarikh yang sama. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun.
Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kama berkata, “Kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius. Jaminan yang ditawarkan ini tidak melampau kerana mengambil kira perbuatan yang dilakukan. Kes ini juga mendapat perhatian masyarakat awam kerana ia membabitkan agama dan Nabi Muhammad SAW. “Sekiranya jumlah jaminan yang ditetapkan dalam kadar yang rendah, bimbang boleh memberi persepsi negatif kepada orang awam terhadap sistem kehakiman. Ia jaminan munasabah bagi menjamin kehadiran tertuduh untuk perbicaraan." Wai yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan jumlah jaminan rendah, dengan alasan tak bekerja dan ada masalah kesihatan. Wai mengalami masalah kerap membuang air kecil dan dilihat membawa bag yang berisi baju dan botol air. Hakim M.M Edwin Paramjothy membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan. Mahkamah juga menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula. -CARI
|
6
Bagus |
6
Marah |
2
Terkejut |
1
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bezita60 replied at 27-2-2019 06:26 PM
Suratan atau kebetulan? Penyokong bersih lanyg paling ramai anti-Muslim dan Melayu sebenarnya..
bezita60 replied at 26-2-2019 10:26 PM
Suratan atau kebetulan? Penyokong bersih lanyg paling ramai anti-Muslim dan Melayu sebenarnya..
Kurex replied at 27-2-2019 08:50 PM
Macam cina dekat opis aku la.. Makin berani dah nak permainkan agama .. "You asyik sembahyang je, mi ...
xy_daen replied at 27-2-2019 09:35 PM
Kerajaan PH yang telus..pejuang BERSIH pun didakwa tanpa pilih kasih...
Kurex replied at 27-2-2019 08:50 PM
Macam cina dekat opis aku la.. Makin berani dah nak permainkan agama .. "You asyik sembahyang je, mi ...
Bujat replied at 28-2-2019 07:58 AM
Tampak Busuk la apek ini
CharlesDera replied at 28-2-2019 08:00 AM
tak perenah cebok beresih guna ayaq....wangi pa nya? wakakakkakakakkaka
ADVERTISEMENT