CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rotan Anak, Pukul Isteri Dengan Al-Quran Kerana Tuntut Cerai

27-2-2019 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2564| Komen: 11

Gara-gara menuntut cerai, seorang wanita dan anaknya dipukul suami hingga kanak-kanak itu cedera di tangan dan kaki.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku jam 3.30 petang pada 21 Februari lalu di rumah mereka di Jalan Tengah Stulang Baru, Johor Bahru.


Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, lelaki itu yang juga pemandu teksi tidak dapat menerima apabila isterinya menuntut cerai hingga dia bertindak di luar batasan.


Kredit foto: Gambar Hiasan

“Punca kejadian apabila isteri kedua yang dinikahi pada 18 Ogos 2017 berusia 40 tahun mahu menuntut perceraian dengan suspek, namun lelaki itu tidak dapat menerimanya hingga menimbulkan kemarahan.


“Suspek kemudian masuk ke dalam bilik tidur dan mengambil sebatang rotan berukuran 60 sentimeter di atas almari lalu memanggil anak kandung perempuannya berusia sembilan tahun masuk ke dalam bilik,” katanya.

Selain memukul anaknya dengan rotan beberapa kali, suspek juga memukul kepala isterinya dengan al-Quran sebanyak tiga kali.

Difahamkan, itu bukan kejadian pertama, malah ia pernah berlaku sebanyak dua kali sebelum ini, di mana kanak-kanak itu dirotan suspek. Namun, tiada laporan polis dibuat mengenai kejadian itu.

“Ekoran daripada itu terdapat kesan kecederaan pada bahagian lengan kiri dan betis kiri mangsa,” katanya.

Polis menahan suspek sebaik laporan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • edmorita79

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote farlis 27-2-2019 04:25 PM
Motip pukul dgn Quran?? {:stress
Quote DayangKirana 27-2-2019 04:34 PM
pelik..
kejadian berulang.
lepas geram sampai anak pernah kena pukul but takde report polis before this..

to all mothers, please lah..
kalau anak pernah kena pukul sampai tahap berbekas2 tuh, thats straight up abuse already.
Report police!
You are supposed to protect your child..
sumore at her young age, i wonder how much it has impacted her emotionally.
Poor child..   
Quote CiliPadiSedap 27-2-2019 04:34 PM
Sekarang zaman musim cerai ye siapa nak nikah? Hold dulu. Siapa nak cerai sila beratur ambil no.giliran :
A - apple
B - cerai cara baik
C- cerai divorce
D - taklik
E - emak busuk hati paksa cerai menantu
F- tangkai jering
G - gara2 pergi disko mabuk jam 3 pagi
H- sila tekan butang A

Quote MissCarcosa9753 27-2-2019 04:36 PM
selayaknya bini mintak cerai

kalau xbercerai lama2 mati murung
Quote kakakau 27-2-2019 04:38 PM
dah takde benda lain ke nak guna untuk pukul?
Quote saviour_09 27-2-2019 04:42 PM
ko marah bini

kenapa ko pukul anak?

apa logik ko pakai ni mat?
Quote pearl.silver 27-2-2019 04:43 PM

Dia ingat ketuk kepala guna quran tu nk halau setan hasut bini dia minta cerai
Quote lee_sakura 27-2-2019 04:45 PM
bodoh punya laki...
Quote eyansss 27-2-2019 04:55 PM
islamic extremist to the max nampaknya wahai lelaki dayus!!!
Quote ninja boy 27-2-2019 06:34 PM
Marah betul Bini mintak cerai. Time bercinta semua sweet2 berangan2 cinderella
Quote HannahMontana 27-2-2019 06:43 PM
Andartu  terkecuali dari permasalahan di atas .

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.073963 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top