Bagi pasangan romantik, biasanya mereka tidak segan silu mempamerkan kemesraan di media sosial. Begitu juga dengan pengguna Twitter, Wan Amir Azman yang memuat naik paparan skrin kiriman emel daripada isterinya yang mengantuk di tempat kerja. Menerusi emel itu, isterinya kononnya meminta izin untuk 'membuat temu janji bagi sesi pahala ringkas'. Ramai di kalangan kenalannya 'cair' dengan kemesraan pasangan itu. Bagaimanapun, kemesraan mereka dianggap tidak sesuai dipamerkan untuk tatapan umum di media sosial. Malah, ada yang mendakwa tindakan Wan Amir boleh mengaibkan isterinya sendiri selain membahayakan kariernya kerana mendedahkan nama isteri. Oleh itu, mereka berharap agar Wan Amir dapat mempertimbangkan kesan di sebalik tindakannya danmemadam posting berkenaan bagi menjaga aib isteri. Walaupun niatnya lain, namun kita tidak boleh menganggap semua orang berfikiran sama seperti kita. Jadi, elakkanlah daripada memuat naik sesuatu yang boleh menimbulkan spekulasi dan fitnah. - CARI
|
9
Bagus |
8
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jazaa100 replied at 27-2-2019 01:41 PM
Mcm haiwan je aku tgok org skrg ni.....
Nak salahkn mak bapak, tak blh jugak....
ADVERTISEMENT