Susulan permintaan ramai, rancangan televisyen popular ANALISIS di Stesen TV Alhijrah bakal bersiaran lagi pada hari Jumaat ini dengan satu lagi topik yang pastinya menjadi tumpuan penonton.
Kali ini penerbit rancangan tersebut telah mengundang Dr. Rafidah Abdullah, seorang pakar nefrologi yang juga antara ahli perubatan paling banyak pengikut di media sosial. Selain Dr. Rafidah, turut diundang ialah Ustaz Abdullah Bukhari, seorang pendakwah dan seorang lagi ahli panel yang belum diumumkan identitinya. Dipercayai ahli panel ketiga itu akan mewakili pengeluar, penjual atau pengedar pil-pil mahupun makanan suplemen yang semakin mendapat tempat di hati pengguna. Uniknya Ustaz Abdullah Bukhari juga dikatakan pernah mengalami pehit getir komplikasi buah pinggang, satu kesan sampingan dalam pemakanan supplemen yang tidak terkawal. Meninjau komen-komen dalam Facebook ANALISIS bersama FINAZ YUNUS, program ini sekali lagi bakal mendapat sambutan hangat seperti Debat Doula minggu lalu, yang mengundang seorang doula freelance dan seorang pakar perubatan. Ramai netizen memberikan pandangan supaya kali ini pihak penerbit turut mengundang pengasas-pengasas produk disertakan bukti kajian-kajian kepada testimoni yang mereka gunakan untuk memancing pembeli. Sudah pasti debat manipulasi supplemen Jumaat ini, 1 Mac, 10 Malam di TV Alhijrah akan menjadi bualan ramai dan diharap dapat memberikan ilmu kepada penonton. -CARI
|
9
Bagus |
11
Marah |
7
Terkejut |
7
Sedih |
10
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
brown_pupil replied at 27-2-2019 12:39 PM
hopefully yg no 3 tu geng2 shakelee tu ke, geng2 jus tu ker..
Sang_Pencinta replied at 27-2-2019 12:45 PM
DS Vida layak tak masuk Panel no 3???
akubest replied at 27-2-2019 02:51 PM
alaaa... ari tu akak dah request tok vidahhh
barulah letop tok vidah vs doc pidahhh
brown_pupil replied at 27-2-2019 12:39 PM
hopefully yg no 3 tu geng2 shakelee tu ke, geng2 jus tu ker..
chicozinn replied at 27-2-2019 03:12 PM
harap ostat tu citer pengalaman dia skit buah pggang sbb mkn produk memacam n bg nasihat kt marhae ...
ADVERTISEMENT