CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baju Dalam Di Pagar Asrama

23-9-2013 10:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14962| Komen: 65



BAGAN SERAI - Bukan hanya baju dan seluar, malah pakaian dalam pelajar perempuan turut digantung pada pagar asrama sekolah.

Itu tindakan dilakukan pengurusan asrama sebuah sekolah agama di Kerian yang mendakwa ia sebagai hukuman dan denda terhadap pelajar yang gagal menuntut pakaian mereka.

Bapa seorang pelajar sekolah itu yang hanya ingin dikenali sebagai Shafie, 49, berkata, dia kesal dengan tindakan tersebut yang disifatkannya tidak wajar.

Menurutnya, tindakan keterlaluan dan memalukan pelajar itu diketahuinya ketika menghantar anak perempuannya pulang ke asrama Ahad lalu.

"Tindakan pihak pengurusan asrama sekolah ini sememangnya mengejutkan ibu bapa.

"Pakaian anak-anak kami digantung dan dipamerkan di pagar dan sekeping kadbod tertulis ‘Pakaian Yang Tidak Dituntut Oleh Pelajar’ turut diletakkan pada pagar," katanya kepada Sinar Harian.

Shafie berkata, pihak pengurusan sekolah sepatutnya mempertimbangkan hukuman lain yang lebih wajar.

“Kes ini sebenarnya hukuman terbaru dikenakan pengurusan asrama selepas hukuman denda keterlaluan lain dikenakan sebelum ini terhadap beberapa pelajar perempuan di sini, termasuklah hukuman ketuk ketampi sebanyak 100 kali diselangi berjalan itik sejauh 200 meter pada 26 Jun lalu.

“Persoalannya, mengapa tidak dikenakan hukuman lebih rasional terhadap pelajar yang bersalah?.

"Saya gesa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menyiasat isu ini supaya kejadian sama tidak berulang," katanya.

Shafie berkata, susulan insiden itu, pihaknya mengemukakan aduan bertulis kepada pihak pentadbiran sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kerian dan JPN Perak.

Menurutnya, tujuan aduan dikemukakan bukannya untuk mempertahankan kesalahan dilakukan pelajar tetapi mahu pihak pengurusan asrama sekolah terbabit lebih rasional dalam mengenakan hukuman ke atas mereka.

Katanya, tindakan mengantungkan pakaian dalam bukan hanya memalukan pelajar perempuan sekolah itu malah menjadikan mereka trauma kerana diejek pelajar lelaki yang menetap di blok bertentangan asrama pelajar perempuan.

Dia berkata, sebelum ini anaknya dan pelajar perempuan lain pernah dikenakan hukuman lain yang disifatkannya juga tidak wajar.

“Saya mendesak pentadbiran sekolah memberi jaminan kejadian sebegini tidak berulang memandangkan tindakan menjatuhkan hukuman keterlaluan ke atas pelajar seolah-olah sudah menjadi budaya sekolah ini,” katanya.

Sementara itu, pengurusan sekolah itu enggan mengulas isu tersebut kerana Sinar Harian difahamkan, pihak terbabit tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan tanpa kebenaran pihak JPN.

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princess_happy 21-9-2013 09:10 AM
buang je pkaian yg tak dituntut itu...
Quote d-7-0ne 21-9-2013 09:11 AM
sape suruh tdk tuntut pakaian sndiri?
Quote nurul_akmar 21-9-2013 09:12 AM
derma je pakaian tu. bg notis seminggu, kalau x amek, p derma
Quote batmana 21-9-2013 09:16 AM
warden ni anakdara tua kot..

dia tak tau ka baju dlm pmpn tu dh dikire 'aurat' juge pd sorg pmpn..mana leh tyg2 gini skalipun tuk mengajo..
Quote rosasa 21-9-2013 09:19 AM
bagi aku, tindakan macam tu memang ok..tak salah..bapak budak ni janganlah sentap sangat..bukan seluar dalam ko kot kat sana, takde tulis pun kot nama kan.. so?
jangan manjakan sangat budak zaman sekarang..dedulu life asrama lagi kejam dari ini


“Kes ini sebenarnya hukuman terbaru dikenakan pengurusan asrama selepas hukuman denda keterlaluan lain dikenakan sebelum ini terhadap beberapa pelajar perempuan di sini, termasuklah hukuman ketuk ketampi sebanyak 100 kali diselangi berjalan itik sejauh 200 meter pada 26 Jun lalu.


aku pernah lalui ni pun, tak pon sentap repot kat wartawan
Quote fatehana 21-9-2013 09:24 AM
mungkin pelbagai denda dh buat tp x berhasil
so wat ler yg ni
ala klu rs xnk malu xyah tuntut wat bodoh jer
Quote jazaa 21-9-2013 09:30 AM
Klu aku.....tobat nak ngaku......
Aku kata tu baju dlm warden....... :Q


Quote rospinki 21-9-2013 09:32 AM
padan muka...sapa suh tk tuntut baju.
Quote fire_place 21-9-2013 09:32 AM
Teringat pulak masa kat sekolah agama.
Kena ketuk ketampi 100x..sbb xkawal bising dlm kelas.
Kena denda.sampai 100.kaki nak balik tempat duduk mengigil2..sampai xboleh diri.

Dan aku rasa org yg mengadu ni emo sgt.
Xda beza pun dgn banyak asrama pergi..dr depan nampak coli ngn suar dlm tersidai tergantung2 kat ampaian.
Lg pun kwsan asrama perempuan bukan laki2 boleh masuk.
Boleh masuk pun yg sidai kat ampaian pun mlambak jd pameran.
Quote masa_lalu 21-9-2013 09:32 AM
warden lesbian kot
Quote fazzrules 21-9-2013 09:35 AM
den dulu kek asrama siap tilam, bantal, cadar ngan selimut kena humban p bawah sal katil tak kemas takdok plak mak pak den sentap p repot wartawan...
Quote poyohabis 21-9-2013 09:37 AM
jazaa posted on 21-9-2013 09:30 AM
Klu aku.....tobat nak ngaku......
Aku kata tu baju dlm warden....... :Q

kalo baju n benda yg dalam2 tu biakan jer la...buat per nak mengaku walaupun sendiri punya....tp denda setakat ketuk ketampi n jalan itik tu biasa la kan...aku ms sekolah tingkatan 2 dl pun kene gak ketuk ketampi 100kali coz tak buat homework sejarah...jalan itik pon kene gak coz tak bawak baju tuk pendidikan jasmani(pj)...tak de pon nak report kat mak bapak...malu ler kita dah buat salah nak report2 lak..dah tentu kita yg buat mslahnye...setakat cikgu n kwn2 kelas jer yg tau..tak jd mslah pon ms tu fkr...

Quote alepmama 21-9-2013 09:39 AM
risau kot2 pakaian dalam tu ada pulak yg berjampi mentera susah pulak nanti
yg "dalam" jgn la ditayang x baikk
kalau takat uniform sekolah tu ok ler lagi
Quote miawpink 21-9-2013 09:42 AM
setakat jalan itik ketuk ketampi tu bnda biasa

dulu pernah kna denda merangkak kat padang sekolah pada pukul 12 tgh malam
sbb x g prep...
terpaksa jd kambing waktu malam
hampir separuh warga aspuri jadi kambing
warga aspura jd penonton setia siap pasang sportlight lgi..

rileks je
pas kena denda memasing gelak
tak pun repot kat repoter
Quote havoqs 21-9-2013 09:49 AM
Baju dalam tu ada tulis nama ke? Klu pn anak dia punya, takyah la mengaku.. Apa ke bijak anak dia ni..

Yg mengadu ni sah2 xpernah tinggal kt asrama. Jln itik dr asrama ke sekolah (800m naik bukit), berkawat tgh mlm, ketuk ketampi, pelempang ngn warden sbb lmbt, kena sekat dr outing, benda2 ni la bila kita tua kita akan senyum bila igt balik.
Quote ringcat 21-9-2013 09:54 AM
apa kata, budak2 pompuan tu  pakat curi pakaian dalam warden tu
pastu gantung kat tiang bendera sekola?
Quote lalanoi 21-9-2013 10:35 AM
Sikit2 nk sntap parent skng. pdan la budk skrg kuat melawan
Quote cikatilia 21-9-2013 10:49 AM
nak menghukum tp cara nya bodo


Quote fyre 21-9-2013 11:08 AM
smkak?

smk abu bakar al baqir?

hmm..

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.051214 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top