Seorang kelindan lori maut dihentam tayar treler yang bergolek di lebuh raya, kira-kira jam 5.20 pagi, semalam, lapor Berita Harian.
Sebelum kejadian, mangsa, Abdul Rashid Abdul Rahman, 29, dikatakan turun memeriksa kenderaannya di lorong kecemasan di Kilometer 372.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan. Difahamkan, lori berkenaan dipandu rakan mangsa berusia 30 tahun menuju ke Kuala Lumpur dari Teluk Intan sebelum berhenti di lorong kecemasan selepas terdengar bunyi dari bahagian belakang kenderaan itu. Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, mangsa turun dahulu untuk memeriksa keadaan tayarnya.
"Sebaik mangsa turun, satu tayar dipercayai milik treler yang tidak dapat dikesan tercabut dan bergolek melalui celah antara penghadang besi sebelum menghentamnya. “Akibat hentaman itu, mangsa maut di tempat kejadian manakala rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat,” katanya. Tambahnya Wan Kamarul, pihaknya telah mebghubungi Plus Malaysia Berhad (PLUS) untuk memeriksa sama ada kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di Kilometer 372. Selain rakaman video ‘dashcam’, lori berkenaan turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - CARI
|
4
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
5
Sedih |
4
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
insulin replied at 26-2-2019 12:03 PM
Takziah kepada keluarga mangsa. Tayar yang melayang bergolek memang sangat merbahaya.
Jajabeans replied at 26-2-2019 12:55 PM
Gile la. Yg hentam kereta pun boleh pecah kereta tu, kalau hentam org mmg trus gol la nak2 tayar t ...
taji2906: bahaya tayar tercabut ni..aku pernah kat hiway elite bawak lane kanan sekali..tergerak hati nak bawak slow n tukar lane paling kiri..elok dah masuk la ...
ADVERTISEMENT