Seorang kanak-kanak perempuan melecur 13 peratus apabila terkena air teh o panas yang tumpah dari gelas. Keika kejadian, ibunya Nor Hayati Yazid, 23, berpaling untuk mengambil gula sebelum terkejut mendengar jeritan anak tunggalnya itu.
Harian Metro melaporkan, kejadian yang berlaku pada pukul 2 petang di rumahnya di Kempas, Johor Bahru itu menyaksikan suaminya, Mohd Azarul Alaudin, 29, baru pulang dari kerja. Ketika suaminya terlelap kerana penat, Hayati berada di dapur menyediakan air panas. "Lepas saya tuang air panas dan teh ke dalam gelas, saya berpaling untuk mengambil gula. “Dalam sekelip mata saya dengar Nur Afeeya Humaira (Afeeya) menangis dan melihat air panas dalam gelas itu tumpah ke atas badannya.
“Saya pelik, selalu dia tak dapat capai barang atas meja yang lebih tinggi daripadanya. “Gelas itu juga saya letak ke arah lebih jauh dari hujung meja. Saya tidak perasan sama ada dia panjat atau dia terlanggar meja sehingga menyebabkan gelas itu jatuh." Dia kemudiannya membukan baju Nur Afeeya Humaira yang berusia setahun 3 bulan dan mendapati kulit badannya menggelupas. “Petang semalam, doktor sudah memeriksa Afeeya dengan mencuci kesan lecur, membalutnya sebelum memberi ubat tahan sakit. “Doktor juga hairan, air panas yang tumpah itu hanya segelas, tetapi boleh mengakibatkan anak saya melecur kira-kira 13 peratus. Afeeya melecur pada badan, muka, bahu, lengan dan leher manakala kawasan punggung ke bawah terselamat. -CARI
|
7
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
“Doktor juga hairan, air panas yang tumpah itu hanya segelas, tetapi boleh mengakibatkan anak saya melecur kira-kira 13 peratus.
gujiwa replied at 25-2-2019 05:23 PM
“Doktor juga hairan, air panas yang tumpah itu hanya segelas, tetapi boleh mengakibatkan anak saya ...
tom2 replied at 25-2-2019 05:38 PM
panjat? rasa cam umur 3 bulan x panjat lagi kot. terlanggar meja. tapi musykil sebab cam banyak temp ...
farlis replied at 25-2-2019 07:16 PM
Kulit bdk 3 bulan.. Very fragile.. Moga cptsembuh
ADVERTISEMENT