CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Maut Makan Hidangan Kulat Beracun Dari Restoran

25-2-2019 12:49 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 7106| Komen: 42|Original author: Oleh: Nia M

Makan makanan yang disediakan di rumah adalah jauh lebih baik berbanding makan di restoran. Hatta makan di restoran mahal sekali pun, kita tidak dapat mengelakkan risiko keracunan makanan dan sebagainya.

Malang tidak berbau bagi seorang wanita berusia 46 tahun, Maria Jesus Fernandez Calvo, apabila meraikan hari lahir suami tercinta di sebuah restoran di Sepanyol bersama anak mereka yang berusia 10 tahun. 

Maria telah memesan hidangan nasi dan kulat morchella di Restoran RiFF di Valencia, yang terkenal dengan inovasi makanannya. 

Kulat Morchella. Sumber : Google
Hidangan cendawan yang dipesannya itu adalah hidangan istimewa yang mesti dimasak sempurna, jika tidak ia adalah beracun. 


Namun begitu, sehari selepas makan kulat tersebut, Maria didapati muntah-muntah serta cirit-birit yang berterusan sehingga dia meninggal dunia pada pagi itu. Sebelas lagi pelanggan yang memesan hidangan sama termasuklah suami dan anak Maria, turut mengalami simptom yang sama. 

Sampel bahan makanan itu telah dihantar ke Institut Toksik Kebangsaan untuk uji kaji.

Kulat itu terkenal di Perancis tetapi ianya tidak boleh dimakan mentah kerana ia mengandungi toksin yang terlalu tinggi. 

Kebiasaannya, chef yang memasak kulat ini akan mengeringkannya terlebih dahulu sebelum membasahkannya kembali dengan air atau susu, kemudian memasaknya dengan sempurna. 

Justeru, siasatan lanjut dilakukan di restoran RiFF untuk mencari punca sama ada ia adalah kesilapan dari pihak tukang masak yang tidak memasak cendawan itu dengan sempurna mengakibatkan ia beracun dan tidak boleh dimakan. 

Pemilik restoran tersebut yang merupakan chef terkemuka turut bekerjasama dengan menutup restorannya sehingga siasatan selesai. Dia turut terkilan dan sedih dengan apa yang menimpa Maria. Restoran Riff  menerima penarafan bintang Michelin pada 2009.

Semoga keluarga Maria bertabah dengan pemergiannya dan diharapkan restoran-restoran di luar sana lebih berhati-hati selepas ini agar kejadian sebegini dapat dielakkan.  -CARI
3

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote puteribaya 25-2-2019 12:58 PM
cendawan ni meols masa kecik2 jumpa kat kebun2 getah..takut tenguk sbb org2 panggil 'cendawan kot* anjing"..apsal g makan?kata org tua2..cendawan kalu warnanya meriah terang maknanya kandungan racun nya sgt tinggi
Quote pearl.silver 25-2-2019 01:02 PM
Skang i xleh mkn cendawan tiram. Mesti cirit birit.. Sebelum ni bli cendawan kt situ gak elok je mkn..
Quote adik_aza 25-2-2019 01:04 PM
sadisnya.. takutnya nak makan benda pelik pelik
Quote puteribaya 25-2-2019 01:05 PM
pearl.silver replied at 25-2-2019 01:02 PM
Skang i xleh mkn cendawan tiram. Mesti cirit birit.. Sebelum ni bli cendawan kt situ gak elok je mkn ...

kadang2 bukan pasal makanan pun..ada masanya perut kita ni sensitif walaupun makanan tu yg biasa kita makan..mcm meols..skrg x bole makan mee kuning..padahal dulu fav..apo nak dikato..dah sampai masa..nikmat pelan2 hilang
Quote awliya 25-2-2019 01:32 PM
lorh..xpasal2 jek
Quote pearl.silver 25-2-2019 01:40 PM
puteribaya replied at 25-2-2019 01:05 PM
kadang2 bukan pasal makanan pun..ada masanya perut kita ni sensitif walaupun makanan tu yg biasa k ...

Kne try bli cendawan kt kedai lain plak.. Klu masih cirit birit.. Ok serender x mkn cendawan dah..
Selalu gak dgr org yg xleh mkn mi kuning ni..
Quote awanearisu 25-2-2019 02:17 PM
Jangan kata restoran biasa sahaja merbahaya, nah ini restoran bertaraf Michelin pun mampu menyebabkan nyawa melayang.
Quote haryatie 25-2-2019 02:20 PM
x pasal2 jerk
Quote puteribaya 25-2-2019 02:52 PM
pearl.silver replied at 25-2-2019 01:40 PM
Kne try bli cendawan kt kedai lain plak.. Klu masih cirit birit.. Ok serender x mkn cendawan dah.. ...

ye..mee kuning tinggi asid borik kan,tu yg senang ceri beri,..tapi kalu org muda..perut dia tahan lasak kot
Quote Victorioussss 25-2-2019 04:04 PM
Truffle gone wrong ke?
Quote AyaqMeloSuam 25-2-2019 05:00 PM
Ioolss.. slalu mabuk cendawan klu mkn banyak..
1st kna masa mkn kt Trappers ke nma restoren tu.. ke Tappers.. gitu lah kt Cyber.. breakfast dia.. ada pelbagai mushroom kot kt dlm.. pastu drive ke umah rsa pening. Then ttidur dlm kreta dlm 30 mins. Dh kt porch umh msa tu. Then tidur spnjang hari kt bilik.. x sedar apapun... tp mmg penin pala betol..
Quote DayangKirana 25-2-2019 05:49 PM
Owner nye Chef Bernd Knöller..
Restaurant prestij, a Michelin star sumore..
sure this case somehow will tarnish their image and reputation..
Quote MissCarcosa9753 25-2-2019 06:33 PM
Lawannya kulat tapi beracun
Quote salmon-suki 25-2-2019 10:25 PM
Kes mcm ni,michelin star dia kena tarik ke x ek?soklan serius ni
Quote anastasia7 25-2-2019 10:30 PM
puteribaya replied at 25-2-2019 01:05 PM
kadang2 bukan pasal makanan pun..ada masanya perut kita ni sensitif walaupun makanan tu yg biasa k ...

Dh try ke mee kuning yg xde asid borik. Atau try mee kuning sayur. Eh. Mee hijau sbb dibuat drpd sayur.

Kalau terbukti silap chef, boleh kena saman
Quote Dwdrum 25-2-2019 10:30 PM
kulat yang popular dalam french cuisine .... selalu nya menu kulat iini ada sewaktu spring ....
Quote Dwdrum 25-2-2019 10:31 PM
Victorioussss replied at 25-2-2019 12:04 AM
Truffle gone wrong ke?

bukan truffle
Quote precious_chicas 25-2-2019 10:41 PM
kalau di mid east, setiap kali lepas hujan, tunggu la a week pastu akan tumbuh cendawan dari bawah tanah...di sesetengah area. Arabian called it faga'. rupa mcm batu bulat2 kekuningan.
Truffle la tuh.
Quote Victorioussss 25-2-2019 10:43 PM
precious_chicas replied at 25-2-2019 10:41 PM
kalau di mid east, setiap kali lepas hujan, tunggu la a week pastu akan tumbuh cendawan dari bawah t ...

Petik chuols!
Hiris2 makan dgn steak

Yummy
Tp makesure safe to consume kalau x bebuih mulut

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.080217 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top