"Malaysia perlu lahirkan lebih ramai bayi demi memenuhi tuntutan industri perumahan." Tajuk kontroversi itu diucapkan oleh Konsultan Firma Perumahan sebuah syarikat swasta, Sulaiman Saheh ketika membincangkan topik penawaran rumah yang melebihi permintaan. Hal ini membuatkan ramai netizen berasa marah kerana ucapannya tidak bersandarkan kepada fakta sebenar iaitu sebenarnya projek perumahan terlebih mahal hingga tiada yang membeli. Apatah lagi permintaannya supaya warga Malaysia melahirkan lebih ramai bayi adalah cadangan yang tidak berpijak pada bumi yang nyata. Selebriti, Kudsia Kahar turut melontarkan persoalan sama lalu dipersetujui oleh netizen lain.
Dalam ucapannya juga, beliau mengingatkan bahawa
nasihatnya itu telah diwar-warkan sejak beberapa tahun dahulu lagi iaitu
populasi rakyat Malaysia masih tidak mencukupi bagi memenuhi kuota unit
perumahan yang telah siap. Lebih malang ialah berlakunya pembaziran
projek kerana Malaysia tidak mempunyai warga yang ramai untuk mengisi
kelopongan yang sedia ada. Kudsia juga turut menyindir projek 'membuat bayi' ini sebenarnya meliputi penjagaan kesihatan dan pendidikan. Jadi berterima kasih lah kepada rancangan yang dilakukan oleh agensi tersebut selama 18 tahun sebelum bayi tersebut bersedia membeli rumah. Itu belum termasuk lagi cabaran mengenai kecelaruan sistem masyarakat iaitu Doula dan juga doktor separuh masa. Komennya mengenai isu tersebut mendapat banyak komen daripada netizen lain yang menyatakan bahawa bukannya populasi yang jadi masalah tetapi kemampuan untuk membeli rumah yang harganya tidak logik dek akal. Sementara itu, netizen lain turut mencabar agensi tersebut untuk menjual apartmen atau kondominium yang berharga setengah juta ringgit kepada harga yang lebih munasabah iaitu bawah RM200,000, jadi adakah akan berlaku pembaziran lot rumah atau tidak? Jadi, cadangan supaya menambah lebih ramai anak bukanlah cadangan tepat. Ini keranan masalah sebenar belum diselesaikan lagi, tidak perlu menambah masalah baru. Ramai netizen mencadangkan supaya kerajaan menghentikan pembinaan rumah eksklusif sebaliknya menumpukan kepada perumahan mampu milik. "Beli rumah mahal, sewa harga yahudi mintak lagi baby dalam keadaan keliling manusia nak kaya dengan cara menindas orang lain, tindas miskin bandar. Nak tambah lagi orang dekat Malaysia ni? Begitulah rungutan ramai warga Malaysia terutamanya yang miskin bandar terpaksa menghadapi situasi perit di bumi sendiri. Malahan bukan warga sendiri sahaja yang merasai kesusahan ini, ia turut dipersetujui seorang warga asing yang bekerja di sini. Katanya dia terkejut dengan bilangan kondominium yang membanjiri Kuala Lumpur tetapi hakikatnya tiada siapa pun yang menginap di situ sudah menjelaskan situasi sebenar. Nampaknya tiada penyelesaian jitu dalam menangani masalah lot rumah yang masih belum dibeli dan didiami. Jadi, cadangan merepek daripada pihak pemaju atau kerajaan hanya membuatkan rakyat marhein makin marah. Apa lah salahnya mereka mendengar suara kita, tetapi itulah apabila wang mengatasi segala-galanya, semua dengan mudah dilupakan begitu sahaja. - CARI |
5
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
11
Sedih |
13
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Cemay replied at 25-2-2019 11:39 AM
Suruh bank bagi buat 100% loan, and bagi kelongaran untuk peminjam dari pekerja swasta sikit.
harg ...
ADVERTISEMENT