CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ugut Ibu, Curah Petrol Pada Adik

23-9-2013 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4248| Komen: 21


K MANOHARAN

KUALA TERENGGANU - Bengang kehendaknya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak dilayan, seorang anak tergamak mengeluarkan kata-kata kesat mengugut akan memukul ibu kandungnya, dalam satu kejadian di Kampung Tok Pong Kedai Buluh, di sini, Selasa lalu.

Lebih melampau, dia yang berusia 20-an itu turut melepaskan geram dengan mencurahkan minyak petrol ke muka adiknya yang secara kebetulan berada dilokasi.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam iaitu semasa ibu malang berusia 49 tahun itu sedang berehat di rumah bersama anak-anak lain sebelum dihampiri suspek dalam keadaan marah-marah sambil mendesak menyerahkan wang.

“Mangsa yang sudah lali dengan perangai panas baran suspek tidak mengendahkan permintaan itu sehingga menyebabkan suspek seperti dirasuk dengan mengamuk dan merosakkan barang-barang di dalam rumah itu.

“Tidak puas dengan itu, suspek turut mengeluarkan kata-kata ugutan akan memukul mangsa sekiranya masih berdegil tidak mahu memberikan wang diminta,” katanya, semalam.

Jelas sumber, suspek yang seperti hilang kawalan itu turut bertindak mencurahkan petrol ke muka adiknya yang cuba masuk campur menegur perbuatan biadabnya terhadap ibu mereka.

“Suspek yang masih tidak berpuas hati itu turut menghantar pesanan ringkas kepada mangsa memaklumkan yang kereta milik mangsa akan dihancurkan juga,” katanya.

Bimbang keselamatan diri dan keluarga serta harta benda, mangsa mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chendering, di sini, sejurus suspek keluar dari rumah tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan menjelaskan suspek kini masih diburu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HUHA 21-9-2013 11:49 AM
dah agak dah mesti kes kat ganu..
Quote bianglala 21-9-2013 11:51 AM
buang-buang petrol pulakkk..
Quote chewan 21-9-2013 11:54 AM
mat pet la nie..
Quote batmana 21-9-2013 12:21 PM
tak boleh ke kumpul duit, beli gari beso, mangga leher anaknya bwh umah @ kt tiang tnb ka terus kalu dh tahu anaknye ni mat pet fulltime ?

ni tunggu anaknye smpai tahap cmni, pstu biarkn , smpai kata dh lali dgn perangai anak.. nk tunggu anaknye ugut curah petrol , tikam mak baru la pi report polis ka?..

Quote edee_91 21-9-2013 12:30 PM
seperti yang dijangka, memang jadi kat ganu kite...
Quote rospinki 21-9-2013 12:32 PM
kenapa ngan ganu ppl ni...hari2 ada je kes pelik2 kat sana?

trgt opis mate ganu...kejenya nk menipu tk sudah2...last2 apa jadi tah minah tu..lawa tpi akai takdak
Quote redz85 21-9-2013 12:34 PM
sib baik dia tak capai mancis
Quote sepiITUindah 21-9-2013 12:35 PM
bila ler mat said nak tranfomasikan rakyat ganu
Quote setia00 21-9-2013 01:17 PM
ni mesti berkaitan dadah...
sampai sanggup jadi pembunuh.
Quote Darien_Fawkes 21-9-2013 01:42 PM
tiap2 hari ada cerita si anak tanggang..
meluat sungguh..
Quote md_nana 21-9-2013 01:46 PM
Ntah paper je....geram nye...
Quote ell768 21-9-2013 08:57 PM
Anak mcm tu elok diracun jer bg mati,masak sedap2 bg makan kenyang2 jgn lupa ltk racun,hidup pin menyusahkan org,baik mati jer terus
Quote sapp73 21-9-2013 09:13 PM
dah tua bangka pun masih mintak duit kat mak....taik dadah la ni
Quote nw111 21-9-2013 11:35 PM
Aku ingat k.manoharan yg ugut ibu..
Quote yayah8989 22-9-2013 12:44 AM
hish mcm2 la perangai manusia skang mi
Quote kambeng_masam 22-9-2013 04:43 AM
ini mesti matpit...mmg dah tau sangat pangai geng2 celaka ginih.
Quote FanTasyCreaTioN 22-9-2013 05:35 AM
nw111 posted on 21-9-2013 11:35 PM
Aku ingat k.manoharan yg ugut ibu..

hahaha pun mula2 tengok picca
hati terus kata : aisey dah tua2 gni pun nak ugut2 mak..

rupa2 nya .....
awat laa besor na picca abe polis tu


Quote freebird 22-9-2013 08:51 AM
Tengganu darul matfit....
Bila rakyat bodoh pileh ameno, rasakan lah...
Quote mixed 22-9-2013 08:55 AM
Kalo agresif gini mesti taik dadah
Elok ltk tuba dlm nasi bior mati

Btw ni umat negeri @dino ni
Skunk byk sgt kes kt nganu kite tuhan bayo cash
Sb mulot celupar MB beliau

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056598 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top