Ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu di hadapan televisyen malam tadi kerana ingin menyaksikan sendiri debat secara langsung antara Prof. Dr Imelda Balchin dan Hayati Muzaffar, atau dikenali sebagai Doula Yat.
Tajuk segmen Analisis itu ialah Doula: Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor. Maka, orang ramai ternanti-nanti apakah kupasan yang akan disampaikan oleh kedua-dua mereka. Akan tetapi, orang ramai telah dapat mengagak hasil kupasan topik tersebut kerana terdahulu, TV Al Hijrah juga telah mencetuskan kontroversi apabila panel jemputan yang merupakan seorang freelance medical doktor tidak dapat menjawab topik anti-vaksin dengan baik berbanding seorang lagi panel yang menyokong vaksin. Selepas rancangan semalam, ternyata ramai yang tidak berpuas hati kerana mendakwa Doula Yat tidak memberi jawapan mengikut soalan yang diajukan sedangkan ia satu topik yang menarik.
Ramai netizen yang turut menyedari raut wajah Dr Imelda yang tampak seperti menahan emosi sepanjang rancangan tersebut. Sesekali, suaranya ditinggikan dan segala yang diperkatakan oleh Doula itu sering dipertikai dan dipersoal kerana Doula itu berhujah tanpa fakta. Rupa-rupanya, di sebalik tabir sebelum rancangan bermula, ternyata berlaku sesuatu. Dr Imelda berkongsi mengenainya di laman Facebook. Melalui perkongsian itu, rupa-rupanya kawan baik arwah Amy Kamila iaitu wanita bersalin yang meninggal kerana komplikasi ketika bersalin dengan Doula Yat, menghampiri Dr Imelda sejurus sebelum rancangan bermula dan berterima kasih kepadanya kerana membela nasib arwah. Ramai netizen lain yang turut menyampaikan penghargaan kepada Dr Imelda melalui laman Facebook. Walaupun ramai yang mengkritik Doula Yat, masih ramai pengikutnya yang masih menyokong. Menurut salah seorang daripada mereka, rakyat tidak memahami konsep gentle birth yang dibawa oleh doula. Doula Yat juga kelihatan mempertahankan dirinya di laman peribadi Facebook. Nampaknya, setelah perbincangan malam tadi, rakyat sudah pastinya boleh memilih untuk bersalin menggunakan khidmat doula atau doktor. Anda bagaimana? - CARI |
5
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
9
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
siputsedut replied at 23-2-2019 04:04 PM
Dah habis dah makian dkt golongan homebirthing encouraged by doula ni..x reti dh aku nk kata sbb tah ...
cikkittydiva: ikut pengalaman sy bsalin.. kalau da sakit..sape2 pun tak boleh tlg kecuali semangat kita yg kena kuat..nurses..doktor dah cukup bg galakan utk kite p ...
ADVERTISEMENT