SUSPEK yang cedera ditembak selepas cuba menyerang anggota polis menggunakan parang dalam kejadian di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam dibawa oleh kakitangan Hospital Bukit Mertajam untuk mendapatkan rawatan lanjut.
BUKIT MERTAJAM 20 Sept. - Seorang lelaki tergamak membahayakan nyawa bayinya sendiri yang berusia empat bulan dengan mengacukan parang ke kepala anaknya itu semata-mata mahu melarikan diri daripada ditahan polis. Kejadian berlaku semasa suspek cuba meloloskan diri selepas rumahnya di Kampung Bukit Teh, Machang Bubuk di sini, diserbu sepasukan polis kira-kira pukul 9.45 pagi. Suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau melarikan diri dengan mengendong anaknya sejauh 100 meter sambil mengancam untuk menikamnya. Namun tindakan suspek berusia 26 tahun itu akhirnya dipatahkan polis yang menembak kedua-dua kakinya selepas cuba bertindak agresif menyerang anggota pasukan keselamatan berkenaan. Kejadian itu mengejutkan penduduk kampung kerana tidak menyangka berlaku di depan mata mereka. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia sedang menidurkan anaknya sebelum terdengar bunyi bising dan ternampak beberapa anggota polis mengejar seorang lelaki yang berlari sambil mengendong bayi dan memegang dua bilah parang. "Saya tidak berani hendak keluar, cuma mengintai melalui tingkap sebelum ternampak dia terbaring akibat ditembak di kaki dan bayi berkenaan diselamatkan oleh anggota polis," katanya yang masih trauma dengan kejadian berkenaan. Tambahnya, dia jarang bertegur sapa biarpun pernah tinggal berjiran selama beberapa tahun sebelum lelaki itu dan keluarganya berpindah ke rumah peninggalan bapanya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah memberitahu, anggotanya terpaksa melepaskan tembakan di kedua-dua kaki suspek untuk mempertahankan diri selepas cuba dilibas dengan parang. Menurutnya, anggotanya telah melepaskan tembakan amaran terlebih dahulu namun suspek terus bertindak agresif. "Suspek kini dirawat di hospital dan dilaporkan stabil. Anggota polis juga tiada yang cedera. Dia mempunyai tiga rekod jenayah membabitkan kes curi motosikal dan dadah," ujarnya sambil memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
|
bianglala posted on 21-9-2013 10:33 AM
paper metro tulis, emak baby tu umur 16 tahun. tak tau la betul ke tak.
batmana posted on 21-9-2013 12:08 PM
bagusla polis, dpt juge aim kt kaki..bukan kt kepala bapaknye...
ADVERTISEMENT