Panas memang panas PRK Dun Semenyih ini, di hari penamaan calon lagi sudah ada kontroversi yang mengegarkan satu Malaysia. Apa tidaknya, pertama kali dalam sejarah PRK, Menteri diserang dan dihemburkan kata-kata kesat oleh penyokong parti pembangkang. Seperti yang dilaporkan media tempatan, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan telah mendakwa hampir dipukul oleh sekumpulan penyokong BN serta lehernya telah dicekik oleh seorang pemimpin EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhamad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo. "Nak caci saya "babi, bangsat, bodoh, hancing" saya tetap akan hormati, kerana itu hak saudara. Tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, ini dah melampau!," ujar Syed Saddiq seperti dilaporkan media.
Syed Saddiq kemudian telah membuat laporan polis sehingga Papagomo di tahan untuk disoal siasat. Papagomo kemudian telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan reman selama tiga hari. Memetik laporan media tempatan sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim telah mengesahkan bahawa siasatan pihaknya telah mendapati tiada pergaduhan serius antara Papagomo dengan Syed Saddiq pada 16 Februari lalu. Menurutnya lagi, fail kes ini akan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk proses pendakwaan jika pihak polis sudah mempunyai bukti dan saksi yang mencukupi. Papagomo sebelum itu telah menafikan yang dia mahu menyerang Syed Saddiq. Papagomo mendakwa dia hanya memeluk bahu Syed Saddiq dan mahu melindungi Menteri Belia dan Sukan itu daripada diserang oleh penyokong BN. Dalam pada itu, penyokong BN mendakwa pembantu Syed Saddiq telah memulakan provokasi dengan menunjukkan isyarat lucah terhadap mereka. Menurut mereka lagi Syed Saddiq tidak mengikut laluan yang ditetapkan SPR dengan sengaja memasuki kawasan penyokong BN. Keadaan menjadi semakin hangat, apabila netizen yang pada mulanya menyebelahi Syed Saddiq telah menjadi sebaliknya. Ini gara-gara sebuah klip video yang telah tular di media sosial yang jelas menunjukkan Papagomo tidak mencekik Syed Saddiq seperti didakwa, sebaliknya hanya memeluk dari belakang. Namun Syed Saddiq mendakwa video tersebut telah di sunting dan ia tidak menunjukkan keadaan yang sebenar. "Mula-mula OK tapi dia edit (video), tak ada tunjuk part (bahagian) lain," ujarnya dalam satu sidang media.
|
5
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
4
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT