CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Atlet Paracycling Negara Ditipu: Merempat Tidur Di Surau, Tak Makan Sampai Kebuluran

22-2-2019 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5703| Komen: 33|Original author: Oleh: Myra Rozi

Terpaksa tidur di surau dan tak makan selama dua hari, itu nasib yang menimpa bekas atlet paracycling negara, Mohamad Syazwan Roshdi, 22, selepas ditipu kenalannya.

Harian Metro mendedahkan, perkara itu didedahkan bekas pelumba trek negara, Mohd Rizal Tisin melalui Facebook miliknya.

Foto: Facebook
"Tadi ketika di surau CIQ (Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin) di Johor Bharu lepas Isyak saya ditegur seorang pemuda OKU (Orang Kurang Upaya), rupanya Syazwan yang juga bekas atlet paracycling negara kategori C3.

"Syazwan sudah tiga hari tidur di surau JB CIQ tu sebab sudah kena "kencing" dengan kawan dia dari Singapura yang mahu menolongnya mencari kerja di sana.

"Dia ulang-alik selama tiga hari gigih cari kerja di sana sebab sudah berjanji dengan ibunya. Keluarganya tidak tahu dia sampai terpaksa tidur surau selama tiga hari, tidak mandi dan makan dua hari.


"Hari pertama dia sampai, rakan kepada kawannya mahu pinjam duit RM500 dan janji akan bayar selepas tengah hari. Namun selepas mendapat wang, kawannya terus "block" nombornya.

Foto: NSTP
"Jadi dari dia mempunyai RM700 untuk mencari kerja di Singapura, hanya berbaki RM200 dan sudah habis digunakan selama tiga hari."

Dia terkandas kerana tiada wanga dan ibu bapanya pula berada di Pahang kerana datuknya sedang nazak.

Tambah Rizal, "Dia punya kental tidak mahu susahkan ibu bapanya sampai "senyap" selama tiga hari walaupun bergelut seorang diri di Johor Bharu.

"Betul tidak boleh mengharapkan Majlis Sukan Negara atau Kementerian Belia dan Sukan tolong semua atlet yang sudah tak disambung kontrak namun Syazwan adalah OKU di mana kedua-dua tangan dia kecil dan tidak kuat. Nak makan lurus mulut ke pinggan pun susah.

"Pandangan (netizen) apa kita perlu buat? Sementara ini aku bawa dia pulang dekat rumah sementara cari jalan penyelesaian."

Bulan lepas, dua atlet negara yang tidak disambung kontrak terpaksa menjual buah jambu dan terbabit dalam perniagaan gunting.

Namun nasib b Shukor Farhan Suliman dan Mohd Nur Syafiq Suhaimy kemudiannya terbela apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjanjikan bantuan kepada mereka. -CARI
7

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Remyda 22-2-2019 07:44 AM
BEKAS atlet paracycling negara, Mohamad Syazwan Roshdi, 22, terpaksa tidur di surau dan tidak makan selama dua hari selepas ditipu kenalannya.
Quote haryatie 22-2-2019 07:52 AM
jahatnya kawan
tu org yg dikenal
yg x dikenal lagi la jahat giler
kalau psal duit dgn sesiapa pun jgn percaya
ahli keluarga sendiri pun ada yg kaki putar alam
Quote TravellingBear 22-2-2019 07:59 AM
Sy selalu baca kat porem ni porumers kutuks meleis branak byk, branak rapat, negligence terhadap anak.

Ni pon salah 1 . Syazwan ni kecikkk lagi umo baru 22 , oku plak tu. Apakeheii datuk nazak & mak harap dia sara dorang???? Apa ye pemikiran mak2 yg mengandung???? Anak tu mesin ATM dia ke
Quote TravellingBear 22-2-2019 08:01 AM
Anak yg bukan oku & bergaji tinggi pon ada masa depan sendiri. Kenapa parents tkde planning sendiri utk masa depan sendiri , the day they conceive child???
Quote Remyda 22-2-2019 08:28 AM
Menteri budak hingusan mohon tampil & tengok kebajikan para atlit.
Quote TravellingBear 22-2-2019 08:36 AM
Kalau semua inci perkara menteri nk kena pk dan ambik tahu, baik jadik nwgara komunis je laaa aduhai makbapak datuk si syazwan ni...
Quote Remyda 22-2-2019 08:40 AM
Elok la dia tampil. Nampak la jugak dia buat kerja. Sekarang ni nampak macam tadak fungsi apa pun.



Quote seri_mawr 22-2-2019 08:48 AM
atlet ni tu la..masa bejaya di sanjung2...bila dah x nak...derang buang gitu jek....

masa dalam  kontrak berapa gaji depa ni sebulan..??

keje2 jenis...atlet..penyanyi...pelakon....klu xde simpanan sendiri mmg risiko aihh...

tapi budak ni muda lagi...kesian la....dah lah OKU...ada bantuan tuk OKU kan..?

Quote Remyda 22-2-2019 08:50 AM
seri_mawr replied at 22-2-2019 08:48 AM
atlet ni tu la..masa bejaya di sanjung2...bila dah x nak...derang buang gitu jek....

masa dalam   ...

Ya. Mungkin ada bantuan JKM
Quote shi_jewel 22-2-2019 08:53 AM
so mana pi syed sadiq? baru hang tau betapa sukarnya nak memerintah.


seteruk2 kj dulu, teruk lagi si sadiq ni
Quote idril 22-2-2019 08:57 AM
siannya dia
moga ada yg sudi membantu dia
Quote tobby 22-2-2019 09:00 AM
Ok lagi. Yg satu Msia ditipu manipesto hancing lg sadis
Quote rospinki 22-2-2019 09:02 AM
haryatie replied at 22-2-2019 07:52 AM
jahatnya kawan
tu org yg dikenal
yg x dikenal lagi la jahat giler

itu biasak maknusia zmn skrg...kesian org oku tu pon di pedajai. lagi satu..sebelum setuju apa2 plan kena bincang dulu dgn keluarga dan org yg kita pecaya..tak pun selidik batul2 dulu
Quote fushimi 22-2-2019 09:07 AM
seri_mawr replied at 22-2-2019 08:48 AM
atlet ni tu la..masa bejaya di sanjung2...bila dah x nak...derang buang gitu jek....

masa dalam   ...

kalau jadi macam ni ramai je nak tuding jari kat pada kerajaan tak kira pada kerajaan lama atau pada kerajaan baru
jadi atlet negara ni sama jugak macam kita bekerja.Cuma kita bekerja maybe untuk syarikat korporat atau bekerja  untuk kerajaan.

setiap keringat ko tu dibayar bukan free.Kalau semua orang nak salahkan kerajaan sebab tak jaga kebajikan bekas atlet atau atlet aku rasa tuduhan tu macam tak adil

sepatutnya kena latih diri sendiri untuk mengurus kewangan dengan baik semasa tenaga masih boleh diguna pakai supaya kemudian nanti tak menyusahkan orang lain

memang para atlet menaikkan nama negara tapi kerajaan tak pulak kerah tenaga atlet secara FOC








Quote fifie_olin 22-2-2019 09:09 AM
haryatie replied at 22-2-2019 07:52 AM
jahatnya kawan
tu org yg dikenal
yg x dikenal lagi la jahat giler

bkn kwn...tp musuh...
ambik kesemptan atas org lain

Quote Remyda 22-2-2019 09:13 AM
Bekas atlet merupakan pemegang 3 pingat emas edisi ke -9 Sukan Asean. Selepas berhempas pulas berjuang untuk negara akhirnya kontrak beliau ditamatkan pula baru baru ini

Di mana sifat kemanusiaan MSN ?
Quote supermum 22-2-2019 09:22 AM
fushimi replied at 22-2-2019 09:07 AM
kalau jadi macam ni ramai je nak tuding jari kat pada kerajaan tak kira pada kerajaan lama atau pa ...

Setuju. Banyak dah kisah mcm ni. Kenapa masih tak dijadikan teladan. Semoga adik ini murah rezeki kewangan n kesihatan.
Quote kucingitam 22-2-2019 09:27 AM
kenapa dgn berbaki rm200 tu dia takmo terus balik rumah?
Quote awanearisu 22-2-2019 09:33 AM
Edited by awanearisu at 22-2-2019 09:35 AM

Kalau nak cari juga kerja dalam masa yang singkat, banyak yang ada kerja kilang. Itu pun bukan betul-betul di JB. Perlu ke Senai atau Tebrau. Memandangkan beliau golongan OKU, agak mustahil untuk bekerja di kilang.

Kalau nak bekerja di Singapura, ada cara dan saluran yang betul. Harap adalah yang sudi bimbing beliau.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048802 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top