Tidak semua yang nampak baik itu baik dan juga sebaliknya. Jangan pernah menilai rupa luaran seseorang kerana kita tidak tahu sifat dan sikap sebenarnya.
Terbaru, dunia Twitter digemparkan dengan sebuah kejadian yang kini tular dengan pantas di laman sosial. Menurut seorang pengguna Twitter, sepupunya ditampar seorang jemaah masjid yang membabi buta menuduh mangsa mencuri tabung masjid. Jika dilihat video itu, memang bersungguh-sungguh dia melempang remaja lelaki terbabit yang dipercayai seorang OKU. Difahamkan, kejadian berlaku di Masjid Al-Faizin Kepong.
Netizen yang menonton video itu bertambah lebih marah apabila melihat beberapa jemaah lain hanya memerhati dan mentertawakan tindakan lelaki dipercayai Penolong Setiausaha masjid berkenaan. Menurut Ash Zeta, selain dilempang, sepupunya itu turut dihambur makian bertubi-tubi. Bagaimanapun, Ash mendakwa ada pihak dipercayai anak saudara kepada pelaku terbabit memutar belit cerita dan meletakkan kesalah ke atas remaja berkenaan. Kes itu dipercayai sudah menjadi kes polis dan akan dibawa ke mahkamah. Namun, ramai tidak mempercayainya memandangkan individu terbabit dikatakan telah menetapkan akaunnya kepada mod privasi. Ramai netizen mengecam tindakan melulu lelaki terbabit yang menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa dan mengkritik jemaah lain yang hanya menjadi pemerhati. Selain itu, orang ramai berharap insiden itu tidak melemahkan semangat mangsa hingga takut untuk mengunjungi masjid. Bertabahlah, dik. Semoga yang benar mendapatkan keadilan. - CARI
|
10
Bagus |
11
Marah |
7
Terkejut |
15
Sedih |
9
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
munchkin replied at 21-2-2019 07:20 PM
Kat rumah aku ni pun semayang tonggang tonggek kat mesjid surau. Tapi bawak kereta macam sial pecut ...
ADVERTISEMENT