Seorang wanita betindak menembak suaminya sendiri selepas bergaduh dengannya. Wanita yang dikenali sebagai Mayura,44 itu bertengkar dengan Dr Ratthasat, 45, selepas makan malam disebabkan si suami enggan memberitahu siapa yang menelefonnya pada 14 Februari lepas.
Portal The Thaiger melaporkan, pertengkaran yang berlaku di daerah Kalasin itu berpanjangan sehingga Mayura melepaskan tembakan dan mengenai pipi suaminya. Panik dengan kejadian itu, Mayura terus menghubungi pihak polis yang kemudiannya menemui dia sedang duduk di sebelah suaminya yang berlumuran darah. Sepucuk pistol ditemui dalam rumah yang bersepah dengan pakaian.
Menurut sumber, dia tertembak suaminya dengan pistol 9mm ketika menghalau suaminya keluar dari rumah. Jurucakap polis Somdej, Kolonel Thaweesak Raksasin, menyatakan Mayura bengang apabila suaminya mengelak pertanyaan siapa individu yang menelefonnya. Mayura mungkin menghadapi dakwaan cubaan membunuh namun akan menjadi lebih berat lagi, bergantung kepada keadaan suaminya yang cedera parah sekarang di hospital. -CARI |
6
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
EvieWanKenobi replied at 20-2-2019 04:06 AM
takdelah rembes mana..
shernazz replied at 20-2-2019 12:01 PM
Jawab jelah nok
Nyah mana mana yang call tu ke..
Kalau x jawab mmg perang
jazaa100 replied at 20-2-2019 12:45 PM
ha..ha...semenjak dua menjak ni...akk suka baca komen shernazz...
terhibur.....
shernazz replied at 20-2-2019 12:01 PM
Jawab jelah nok
Nyah mana mana yang call tu ke..
Kalau x jawab mmg perang
ADVERTISEMENT