CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Ke Luar Negara? Jom Semak 7 Money Changer Yang Tawarkan Kadar Rendah Di Kl & Selangor!

13-2-2019 04:32 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 7445| Komen: 19|Original author: Oleh: MieJo

Banyak persediaan yang perlu dilakukan sebelum berangkat ke luar negara baik untuk bercuti atau urusan kerja. Selain menguruskan passport antarabangsa dan visa, menyediakan wang yang mencukupi juga sangat penting. 


Foto : Carian Google

Sudah tentu kita tercari-cari dimana lokasi money changer atau pengurup wang yang menawarkan kadar tukaran yang rendah. Setuju?

Menerusi portal Remaja.my, kami kongsikan 7 money changer di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menawarkan kadar termurah untuk tukaran wang asing. 

1. Spectrum Forex, Sunway Pyramid 
Lokasi: LG2-61, LG2, Sunway Pyramid Mall


Foto: Carian Google
Terdapat banyak money changer di dalam kompleks membeli belah ini. Namun, Spectrum Forex menawarkan kadar yang terbaik berbanding dengan pesaingnya. Bagi mereka yang tinggal berdekatan, bolehlah membuat pertukaran wang asing di sini. 


2. My Money Master, Mid Valley
Lokasi: LG040, Centre Court, Mid Valley Megamall

Foto : Carian Google
My Money Master (MMM) merupakan antara money changer yang terkenal dikalangan mereka yang kerap ke luar negara kerana menawarkan kadar yang murah. Maka tidak hairanlah sekiranya ramai yang sanggup beratur panjang untuk membuat pertukaran wang dengan kadar yang sangat berpatutan di sini.


3.  MV Forex, Mid Valley  
Lokasi : LG042, Centre Court, Mid Valley Megamall

Foto : Carian Google

Ianya terletak bersebelahan dengan My Money Master (MMM). Kadar pertukaran yang ditawarkan juga agak murah. Sekiranya anda seorang yang tidak terlalu gemar beratur panjang di MMM, anda boleh memilih untuk menukar wang di sini. 


4. Jalinan Duta, Nu Sentral
Lokasi: LG47A, Lower Ground, Nu Sentral Mall

Foto: Carian Google
Selain Nu Sentral, Jalinan Duta turut mempunyai satu cawangan di bangunan KL Sentral. Walaupun syarikat yang sama, namun mereka menawarkan kadar yang berbeza. Kebiasaannya, cawangan Nu Sentral menawarkan kadar yang lebih murah berbanding dengan cawangan KL Sentral. Buat perbandingan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan ya!
  

5. Global Millenium Trading (GMT), IOI City Mall 
Lokasi : LG-43C, Lower Ground, IOI City Mall, Putrajaya

Foto : Carian Google
Bagi mereka yang berdekatan dengan Putrajaya, GMT merupakan antara money changer yang menawarkan kadar tukaran wang asing yang sangat berbaloi. Selain kadar yang rendah, di sini juga kurang sesak berbanding dengan kompleks membeli belah, Mid Valley. 


6. Visionary Creation Sdn Bhd, IOI City Mall 
Lokasi : LG34B, Lower Ground, IOI City Mall, Putrajaya

Foto : Carian Google
Terletak hanya bersebelahan dengan GMT, Visionary menawarkan kadar yang sama. Bagaimanapun, ramai yang memilih GMT kerana Visionary kurang menyediakan 'wang kecil' berbanding GMT.


7. Vital Rate, Pavilion Mall
Lokasi : Lot 1.24.00, Level 1, Pavilion Mall, Kuala Lumpur

Foto : Carian Google
Vital Rate turut mempunyai cawangan lain di Suria KLCC, Plaza Sg Wang serta KL Sentral. Bagaimanapun, kadar yang ditawarkan di cawangan Pavilion Mall lebih rendah berbanding cawangan lain. 

Apa pun, sebelum membuat keputusan pastikan anda membuat perbandingan secara 'online' terlebih dahulu. Sebaiknya, hubungi money changer berkenaan untuk menyemak sekiranya mereka mempunyai stok matawang yang anda ingini. 

Selain itu, kos pengangkutan dan masa juga harus diambil kira. Pilihlah money changer yang berdekatan serta tempat yang kurang sesak yang menyediakan tempat letak kereta dengan kadar yang murah. 

Semoga dengan perkongsian ini boleh membantu sedikit sebanyak untuk anda mendapatkan kadar tukaran wang yang rendah. Selamat bercuti! -CARI
13

Bagus
10

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuralisa 13-2-2019 04:36 PM
Jalinan duta tu mana ada murah ..
ada 2 tempat dlm nu sentral yg murah ..
Quote HujanBatuTiga 13-2-2019 04:48 PM
Yg di mid valley dh buat major renovation. No more there including the San Francisco coffee.
Quote intan_smsb 13-2-2019 04:57 PM
meols selalu beli kt mid valley
Quote Artemesiaa 13-2-2019 04:58 PM
Info tak up to date tak boleh diguna pakai tahun 2019 ni
Quote None68 13-2-2019 05:29 PM
Btol tu tukar kat midvalley good rate..tp pernah gek kuarkan cash kat atm luarnegara, mahal jugak duit kita. Untung.
Quote Sang_Pencinta 13-2-2019 05:45 PM
Info lama ke? Kebanyakannya di mall besarmemang rugi tukar wang di sini
Quote matchstick 13-2-2019 06:32 PM
Yg dkt midveli tu manjang org beratur.. Lps renovate still ada lg. Sama2 pindah dgn San Francisco coffee tu ke dlm sikit dkt aeon big
Quote lee_sakura 13-2-2019 10:01 PM
ade sesetgh money changer blh bargain harga....dulu kt belakang mcd kl sentral, tp skrg tak tau pindah mana....yg kt sebelah opis mas kl sentrl tu pon blh bargain gak sbb aku pnh tukar korea won kt situ, pastu byk currency yg kedai tu blh terima...tak ingat la apa nama kedai tu
Quote mialunar 13-2-2019 10:24 PM
Biar betiq kat ioi tue murah .. yang iols rase ok sesangat kat jalan tar .. kat mid valley tue not bad la
Quote MissVixen 13-2-2019 11:19 PM
mialunar replied at 13-2-2019 10:24 PM
Biar betiq kat ioi tue murah .. yang iols rase ok sesangat kat jalan tar .. kat mid valley tue not b ...

Jalan tar? Apa nama money changer dia?
Terima kasih
Quote uda 14-2-2019 12:07 PM
Sekarang rate my money masters dah tak rendah. Ada MC yang sebelum dia tu and yang kat the gardens yang lebih baik rates dia
Quote mialunar 14-2-2019 07:18 PM
MissVixen replied at 13-2-2019 11:19 PM
Jalan tar? Apa nama money changer dia?
Terima kasih

X ingat la.. tapi dekat2 nge mydin jalan tar.. cube la
Quote meah_kelabu 15-2-2019 11:06 AM
skrg suka tukar dkt sini

https://www.altamijcapital.com/

Quote gosship 15-6-2019 02:01 AM
Antara Duit pun best rate jugak.. dulu dekat ampang park sekarang ada dekat avenue K..
Quote Artemesiaa 15-6-2019 09:58 AM
Tak kira dimana pun cawangannya pengurup wang ni time dekat nak cuti panjang, cuti sekolah, cuti perayaan jarang nak bagi best rate sebab tengah ni demand.  Satu lagi time bila semua dah mula balik dari bercuti panjang, cuti sekolah, cuti perayaan sama juga.  The best masa kurang in demand memang berbaloi tukar time tu.
Quote vaster 20-6-2019 04:28 PM
Saya tahu bahawa ramai rakyat Malaysia berdagang forex melalui laman web ini https://justforex.com/ms/

Mereka mengatakan tidak ada bonus
Quote vaster 20-6-2019 04:29 PM
vaster replied at 20-6-2019 04:28 PM
Saya tahu bahawa ramai rakyat Malaysia berdagang forex melalui laman web ini https://justforex.com/m ...

https://justforex.com/ms/
Quote sharlenetexas 20-6-2019 04:48 PM
Kat klcc takde ke?
Quote nize 10-11-2019 11:00 AM
kat summit mall usj ada mc sederet kfc level LG , rate ok gak selalu tukar duit sini sebab dekat dengan office. SIGMA ke apa nama dia .

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.127060 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top