Peminat K-pop memang ramai di Malaysia. Ia mula menjadi buah mulut sejak tahun 2009 dan sehingga kini, semakin ramai gadis bahkan lelaki yang meminati kumpulan K-pop.
Tapi, tidak disangka ada peminat yang sangat obses sampai hampir lari akidah. Menurut perkongsian seorang pengguna di Twitter, salah seorang dari pengikutnya telah menghantar cerita mengenai adik perempuannya yang meminati kumpulan BTS. Menerusi cerita itu, memang kita dapat lihat bahawa gadis tersebut fanatik dengan kumpulan dari negara terbabit. Tahap kemaruk adik perempuannya ini agak serius kerana dia sering bercakap dalam bahasa Korea seorang diri dengan bantal BTS. Yang paling merisaukan adalah apabila adik perempuannya teringin makan daging babi kerana BTS kesayangannya makan makanan itu. Selepas tersebarnya cerita ini, ramai netizen berkata, adik perempuannya itu mungkin perlu mencari teman lelaki kerana dia mungkin berasa keseorangan. Tak salah minat artis K-pop, tapi biarlah berpada! - CARI |
6
Bagus |
7
Marah |
11
Terkejut |
8
Sedih |
6
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
yayangmama: alamak risau nyalbh kurang baya2 anak nihuhuhu...anak sy mmg xde boyfren, tp takdelah taksub sgt dgn BTSsbb sy selalu momok kan dia ckp org2 belah san ...
annehuda replied at 11-2-2019 01:49 PM
sebab honestly remaja kita ni memang 'lonely'
makbapak tak amek peduli, abang kakak pulak suka buli ...
ADVERTISEMENT