CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pengasas Jenama Adidas Dan Puma Adik-Beradik, Tapi Tak Pernah Berdamai Semasa Hayatnya

11-2-2019 12:24 PM| Diterbitkan: MN_jarilaju| Dilihat: 5700| Komen: 12|Original author: Oleh: MN_jarilaju

Anda mungkin mengenali jenama terkenal dunia Adidas dan Puma. Tapi tahukah anda sebenarnya pengasas kepada jenama terkemuka dunia ini merupakan adik-beradik kandung. 

Ya, mereka adalah adik-beradik Dassler yang berasal dari Jerman. Adidas diasaskan oleh Adolf Adi Dassler manakala Puma pula diasaskan oleh abangnya Rudolf Dassler.

Foto: Harian Nasional
Syarikat Kasut Adik Beradik Dassler

Adi Dassler mempelajari kemahiran pembuatan kasut daripada bapanya yang juga merupakan seorang pembuat kasut di sebuah kilang. Hasil dari pembelajaran itu menjadikan Adi seorang pembuat kasut yang bagus manakala abangnya Rudolf mempunyai kemahiran menjadi seorang jurujual yang cekap.


Foto: SneakersHolic
Hasil dari gabungan menarik ini maka terciptalah Gebruder Dassler Schuhfabrik yang bermaksud Syarikat Kasut Adik-Beradik Dassler pada sekitar tahun 1920 disebuah pekan kecil di Jerman bernama Herzogenaurach. Mereka semakin dikenali semasa Sukan Olimpik 1936 berlansung, apabila seorang atlet olahraga memakai kasut buatan syarikat mereka, Jesse Owens telah memenangi 4 pingat emas ketika itu.

Perbalahan Keluarga Punca Berpecah

Semasa Perang Dunia ke 2 sekitar penguasaan Adolf Hitler pada tahun 1933, Adi dan Rudolf turut menyertai Angkatan Tentera Nazi dan pergi berperang. Namun, beberpa peristiwa telah menyebabkan mereka berbalah dan berlaku salah faham. Disebabkan perbalahan ini, mereka mengambil keputusan untuk berpisah dan mengambil haluan masing-masing.

Antara salah satu peristiwa berlaku perbalahan antara mereka adalah ketika kemuncak peperangan sewaltu Rudolf ditangkap oleh tentera Amerika dan dituduh sebagai ahli SS Waffen. Namun tuduhan itu merupakan satu kesilapan. Rudolf yakin Adi telah mengkhianatinya dan menyalahkan Adi atas penangkapan tersebut. Syarikat bersama mereka dibubarkan pada tahun 1948 dan segala aset dan pekerja-pekerja di syarikat mereka dibahagikan sama rata.

Adidas Dan Puma

Adi telah menubuhkan syarikat yang diberi nama Adidas hasil daripada kombinasi namanya ADI DASsler. Manakala Rudolf juga telah menubuhkan syarikatnya sendiri yang diberi nama Rudo bersempena dengan namanya tetapi telah di tukar kepada Puma selepas itu.

Foto dari: Aretta-WordPress.com
Syarikat dan kilang mereka dibina dan beroperasi berhampiran sebuah sungai yang dipanggil Sungai Aurach di pekan kecil Jerman, Herzogenaurach. Kedua-dua kilang mereka bertentangan antara satu sama lain yang hanya dipisahkan oleh sebatang sungai.

Perkara Pelik Antara Pekerja Adidas Dan Puma

Oleh kerana perbalahan antara Adi dan Rudolf, para pekerja di kedua-dua syarikat ini turut menjadi musuh antara satu sama lain. Dikatakan pekerja di syarikat Adidas tidak dibenarkan berkahwin dengan pekerja dari syarikat Puma. Begitu juga pekerja dari Syarikat Puma yang dilarang berkahwin dengan pekerja dari Syarikat Adidas. Seseorang itu juga dilayan berbeza berdasarkan jenama kasut yang mereka pakai.

Kedua-dua mereka, Adi dan Rudolf tidak pernah berdamai semasa hayat mereka. Mereka dikebumikan di tanah perkuburan yang sama namun jauh dari satu sama lain.

Semasa hayat mereka, mereka boleh dikatakan sebagai pelopor jenama terbaik dunia yang banyak menghasilkan kasut-kasut terbaik. Syarikat Adidas lebih mahir dalam menghasilkan kasut dari segi teknikal dan kualiti. Malah mereka mempunyai hubungan baik dengan ramai atlet. Manakala Syarikat Puma lebih bijak dalam menjual produk keluaran mereka. -CARI
11

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • edmorita79


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote r_innalif 11-2-2019 01:13 PM
Good info TT. Besaing scara sihat. Dua dua produk berkualiti..
Quote moonbug 11-2-2019 01:13 PM
Ooo baru tahu
Quote MN_jarilaju 11-2-2019 01:35 PM
r_innalif replied at 11-2-2019 01:13 PM
Good info TT. Besaing scara sihat. Dua dua produk berkualiti..

TQ. Betul tu. Dua2 brand ni ada kualiti yang baik. Dan satu lg ada identiti sendiri.
Quote URUHA 11-2-2019 01:45 PM
Brand Puma tu ada sentimental value kt meols sbb Italy menang WC dgn jersi tajaan Puma. Tapi papehal meols lagi suka brand Kappa
Quote MsKathryn 11-2-2019 02:41 PM
Tau cos penah baca article pasal adik beradik ni..
Quote intan_smsb 11-2-2019 04:14 PM
dua2 i luv
Quote Levespa 11-2-2019 04:27 PM
tq tt.. baru tau adik beradik rupanya..adidas me suka dia punya track suit je.. kalau kasut design puma lebih diverse lagi
Quote estrelle 11-2-2019 04:31 PM
Suka dua2..tp lebih suka adidas{:love
Quote amyza 11-2-2019 04:47 PM
Beli adidas/puma masa remaja jer...lama dah berlalu. Tunggu anak i jadi remaja pulak baru rajin masuk kedai adidas/puma. Beg sekolah dulu rm60-rm80 je sekarang mesti berganda2 harga nye.
Quote kutu_ayam 12-2-2019 07:13 AM
Maklumat yg sgt memberikan kesan....thanks
Quote star_anisse 12-2-2019 08:34 AM
sejarah yang menarik.. adidas & puma
Quote None68 15-2-2019 04:54 PM
Hui canggih punya gaduh smpi mati..tq TT very informative.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.154888 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top