CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Pengacara Motif Viral Dihina Pondan, Haze 'Smash' Tetamu Yang Berfikiran Sempit

8-2-2019 10:35 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16900| Komen: 34|Original author: Oleh: Azza





Jika membawang di media sosial, sakitnya tidaklah terlalu dalam, namun apabila dihamburkan kata nista di depan mata, pastinya pedih hingga ke hati. Begitulah yang terjadi kepada pengacara Motif Viral, Hazeman Huzir atau lebih dikenali dengan nama Haze apabila disindir sebagai pondan hanya kerana karektor lembutnya. Lebih malang, orang tersebut adalah tetamu jemputan yang turut mengisi slot program yang makin panas itu.

Segala luahan Haze diungkapkan dalam bentuk video di Youtube yang berdurasi selama 9 minit 27 saat dan juga di Instagram.


'Gemuk, Hitam, Buruk, Pondan, Bapok.' - Walaupun nak sedekad aku kerja, masih lagi terima 'hate speech' dan prejudis dalam professional setting. Benda ni takkan hilang, so you just have to deal with it. Annoy them back with self-confidence and self love."

Menurut Haze lagi, karektornya kerap kali menjadi persoalan bagi mereka yang sukar untuk menerima kelainan penampilannya. Malahan perkara ini tidak akan berakhir kerana sehingga kini dia masih menerima persepsi negatif itu termasuklah yang terbaharu apabila tetamu jemputan Motif Viral sendiri yang melontarkan kata-kata itu.

Kredit foto: Youtube


"This particular guest yang viral, tetapi dia nak masukkan kawan-kawannya dalam program ini walaupun kawan-kawannya tiada kaitan langsung dengan isu viral ini. Jadi soalan aku, you viral ini ada team yang viralkan you ke? Dia kata takda. Jadi macam mana aku nak masukkan dengan perbualan seterusnya. Jadi kami matikan disitu.

"Bila dah habis aku salam semua, berbudi bahasalah, kita kan orang Melayu. Ceritanya pula individu ni dia cerita pada assistan producer aku, dia tak suka produksi pondan. Lepas tu bertemu Pink di stesen minyak pula dan tanya "Produksi ni memang suka kencing orang ke? Mungkin dia maksudkan dengan kawan-kawan dia yang dah siap mekap dan pakai mikrofon. Dan mungkin mereka rasa terkencing sebab tu. Macam mana nak viral dengan kawan-kawan yang tak membantunya."

Kredit foto: IG


Bagaimanapun menurut Haze, luahannya ini bukan sengaja diada-adakan, tetapi lebih kepada kesedaran dan 'self love' kepada pertanyaan ramai pengikutnya yang bertanya tentang pelbagai persoalan berkaitan dihina kerana tidak sama dengan orang kebanyakan.

"Something like, aku takleh dengan pondan. Tapi kenapa kau datang juga. Apa kaitan dengan aku pondan dengan kawan-kawan kau yang tak dapat masuk Motif Viral."

Haze juga menasihatkan mereka yang mengalami masalah sepertinya supaya tidak mempedulikan kata-kata tersebut sebaliknya sentiasa berada di hadapan. Masalah seperti direndah-rendahkan oleh cikgu, diperli dan sebagainya adalah kerana golongan tersebut yang tidak pernah jumpa orang macam anda, lembut atau lepas laku. Mereka tak pernah jumpa dan terkejut jadi jika mereka memanggil anda apa sahaja yang mereka mahukan, anda tahu level diri anda.

Itu adalah masalah mereka yang berfikiran sempit jadi sayangi diri anda.

Bersama rakan sepasukan Motif Viral

Ramai netizen menyokong kenyataan Haze yang tegas itu dan masing-masing tidak sabar menunggu episod Motif Viral tersebut. Namun Haze telah menjelaskan yang program tersebut tidak akan ditayangkan atas permintaan individu itu.


Netizen juga turut mempersoalkan motif individu tersebut yang melangkaui tugasan produser seolah-olah mempunyai agenda sendiri. Malahan menuduh Haze sebagai pondan pula seperti katak dibawah tempurung.

Jadi, siapakah yang berani terang-terangan menghina orang lain? Mereka lebih berani dari makcik bawang siber nampaknya. - CARI
7

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wadiunong 8-2-2019 10:38 AM
wartawan cari ni memang rela kena maki rasanya.  dah kenapa dok repeat balik semua gossip yg forumer dah bukak benang? wei cari la gossip yg fresh. korang ni memang malas ek nak check gossip2 tu dah ada benang ke belum atau memang keja korang macam ni? senang nya wei
Quote Thanatus 8-2-2019 10:53 AM
wadiunong replied at 8-2-2019 10:38 AM
wartawan cari ni memang rela kena maki rasanya.  dah kenapa dok repeat balik semua gossip yg forumer ...

ko jangan main main.. kang datang ketua editor kata tak paham cara diaorg buat kerja... kerja repeat thread org lain ni yg dibanggakan
CARI-MRO.png

Mohon @kibodwatriuh datang mengadap
Quote Iris. 8-2-2019 10:56 AM
siapa yang bermulut hangsuang itu?
Quote Thanatus 8-2-2019 10:58 AM
thread dah ada, dah 3 hari org lain bukak lahh weii

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1145422&extra=page%3D1


Quote MissVixen 8-2-2019 11:02 AM
Thanatus replied at 8-2-2019 10:53 AM
ko jangan main main.. kang datang ketua editor kata tak paham cara diaorg buat kerja... kerja repe ...

Fuyoooo. Sentap betul.
Quote chicozinn 8-2-2019 11:16 AM
wartawan cari ni selayaknya xpyah ada la..da la cedok benang orang..eh, hello jadi wartawan skang memang pemalas ke hape??lol
Quote imanda 8-2-2019 11:21 AM
apa dah jd dgn forum skg?
dah forumer bk thread, wartawan cari bk lagi benda yg sama cuma tambah2 komen cilok dr twidder ig dll. apo??? wartawan zmn skg mmg keje mudah gini aje ke xde dah panjat pagar nyamar2 mcm dulu utk berita hot n ada nilai?
Quote kibodwatriuh 8-2-2019 11:35 AM
Thanatus replied at 8-2-2019 10:53 AM
ko jangan main main.. kang datang ketua editor kata tak paham cara diaorg buat kerja... kerja repe ...

kalau dah ramai mengadu benda yang sama, the problem lies in you wahai reputz dan editor CARI (ke CURI?)
Quote wadiunong 8-2-2019 12:04 PM
Thanatus replied at 8-2-2019 10:53 AM
ko jangan main main.. kang datang ketua editor kata tak paham cara diaorg buat kerja... kerja repe ...



wow over sentap wartawan ni . kalo dalam hati ada taman, tak payah la jadi wartawan
Quote jiwakacau06 8-2-2019 12:05 PM
wartawan CARI berfikiran sempit..double thread...buka thread gunA sc ig retis...
Quote damian_lee 8-2-2019 01:26 PM
Wartawan cari ... hadapla kooo
Dah lama org bersuara
Xdengar gak

Koserrr sangat
Lagi2 si cari Saiful tuuu

Koserrr la aku nak bebel banyak sangat
Dah lama ku bersuara
Tapi x didengari
Sebb tu malas nak layan cari sangat
Quote solarlunar 8-2-2019 01:31 PM
kibodwatriuh replied at 8-2-2019 11:35 AM
kalau dah ramai mengadu benda yang sama, the problem lies in you wahai reputz dan editor CARI (ke  ...

Suke btol bukak byk thread yang SAMA. Pastu bukan nk update content. Org tegur mengamuk.
Quote sleepandream 8-2-2019 01:51 PM
aiyoo...
nak buat artikel boleh tapi tak payahla buka thread baru... merge dgn sedia ada pun boleh

Quote kibodwatriuh 8-2-2019 01:58 PM
solarlunar replied at 8-2-2019 01:31 PM
Suke btol bukak byk thread yang SAMA. Pastu bukan nk update content. Org tegur mengamuk.

Omputeh kata defensive, padahal dah sememangnya terang lagi bersuluh
Quote mirwaisahmadzai 8-2-2019 02:02 PM
bila tengok dia ni baru teringat dia mirip sapa....REZA BEDAH!!!!!!!!!!!!
Quote drivethru 8-2-2019 02:30 PM
Ape persamaan makan gaji buta dengan makan babi buta.

Jawapan : Dua2 wartawan cari.
Quote MsCinderella 8-2-2019 02:47 PM
Thanatus replied at 8-2-2019 10:53 AM
ko jangan main main.. kang datang ketua editor kata tak paham cara diaorg buat kerja... kerja repe ...

wow.....lasernya wartawan ni...
ada kena banned tak...?

forumer cakap yg betul..so berbahasa la skit bila ditegur tu
Quote 7doors 8-2-2019 03:07 PM
Hahahaha...kata professional...sentap jugak wartawan cari ni ek...siap whoareyuss lagi..kelass!
Quote terpaku 8-2-2019 04:21 PM
kahkah reputs cari kena hencap

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.044239 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top