Apabila ibu bapa bercerai, kebanyakan anak-anak akan menjadi mangsa keadaan. Mereka bukan sahaja akan kekurangan kasih sayang tetapi turut tidak mendapat nafkah daripada si bapa jika bapa mereka seakan tidak mahu bertanggungjawab apabila anak-anaknya berada dibawah jagaan bekas isteri. Sudah banyak kisah yang dikongsi berkenaan tuntutan nafkah daripada golongan wanita tetapi kaum lelaki yang bergelar bapa sentiasa culas dalam pemberian nafkah kepada anak-anak lebih-lebih lagi jika sudah berkahwin lagi dan mempunyai tanggungan lain. Walau pun jumlah nafkah untuk anak-anak sudah diputuskan oleh pihak mahkamah tetapi ia bagaikan tidak membantu. Seorang pengguna Facebook telah memuat naik status tidak berpuas hati dan mengecam sikap kaum lelaki yang bergelar bapa tetapi begitu kedekut dalam pemberian nafkah kepada darah dagingnya sendiri. Lucunya, biar pun mahkamah telah mengarahkan bapa tersebut memberi nafkah sebanyak RM818 sebulan untuk ketiga-tiga anaknya tetapi dia hanya memasukkan RM10 sahaja ke dalam akaun bank bekas isterinya. Kedekut...Baik tak payah bagi terus! Rata-rata netizen wanita yang ramai memberi komen pada status facebook tersebut dan sudah semestinya mereka turut mengecam dan marah dengan sikap kedekut dan tidak bertanggung jawab lelaki itu. Ada yang berpendapat lebih baik si bapa tidak memberi nafkah langsung jika hanya memberi RM10 kerana ia seakan menghina anak-anak sendiri dan menyakitkan hati bekas isterinya. Agak-agaknya apa yang mampu dibeli dengan hanya RM10 dan dikongsi pula dengan tiga orang anak. Netizen membuat andaian sendiri, bahawa tidak hairanlah apabila anak-anak sudah besar nanti, ada bapa mereka yang hidup merempat kerana terlalu berkira dengan nafkah anak-anak mereka semasa kecil. Tetapi akhirnya anak-anak juga yang digelar anak derhaka. Seorang netizen turut berkongsi kisahnya berkaitan tuntutan nafkah yang tidak pernah diberikan oleh bekas suaminya. Bukan hanya selepas bercerai, malah semasa masih sah bergelar isteri, haknya turut dinafikan. Kesian betul pada wanita yang dapat spesis suami kedekut kan? Sememangnya hidup lelaki sebegitu tidak diberkati dan sentiasa tidak tenang dalam hidup mereka. Jika kalian adalah lelaki yang masih belum faham erti tanggung jawab dan belum bersedia untuk bergelar bapa, lebih baik kalian menangguhkan dulu niat untuk berkahwin dan mempunyai anak. Isteri dan anak-anak adalah amanah dan akan dipersoalkan hak mereka di akhirat nanti. Betul tak? - CARI |
prettyuglybabe: nak tengok cerita full dulu..kadang pompuan ni dia bolot anak sorang..bapak nak jumpa nak bawak keluar nak bermalam tak dapat..pastu dok meratib itu i ...
prettyuglybabe replied at 8-2-2019 10:38 AM
nak tengok cerita full dulu..
kadang pompuan ni dia bolot anak sorang..
bapak nak jumpa nak bawak ...
None68 replied at 8-2-2019 02:42 PM
Bertahun2 isu gini..kena buat undang2 la klu bercerai kena potong gaji suami bulan2 masuk akaun anak ...
makita replied at 8-2-2019 04:55 PM
55 thun lepas nenek meols pnh buat mcm gini. Laki curang, then nenek meols tinggal kan ank kt ex l ...
prettyuglybabe replied at 8-2-2019 06:15 PM
by right, kalau bapak tak bertanggungjawab, family si bapak kena tanggung nafkah anak-anak tu..
...
prettyuglybabe replied at 8-2-2019 06:15 PM
by right, kalau bapak tak bertanggungjawab, family si bapak kena tanggung nafkah anak-anak tu..
...
ADVERTISEMENT